Berbulan Madu Dengan Bidadari

Jumaat, 27 Jun 2008

Pada zaman Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam ada seorang sahabat yang bernama Zahid yang berumur 35 tahun namun belum juga menikah. Dia tinggal di suffah masjid Madinah. Ketika sedang memperkilat pedangnya tiba-tiba Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam datang dan mengucapkan salam. Zahid kaku dan menjawabnya agak gugup.

"Wahai saudaraku Zahid….selama ini engkau sendiri saja," Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam menyapa.

"Allah bersamaku ya Rasulullah," kata Zahid.

"Maksudku kenapa engkau selama ini engkau membujang saja, apakah engkau tidak ingin menikah…," kata Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam.

Zahid menjawab, "Ya Rasulullah, aku ini seorang yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dan wajahku hodoh, siapa yang mahu akan diriku ya Rasulullah?"

"Asal engkau mahu, itu urusan yang mudah!" kata Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam.

Kemudian Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam memerintahkan pembantunya untuk membuat surat yang isinya adalah melamar kepada wanita yang bernama Zulfah binti Said, anak seorang bangsawan Madinah yang terkenal kaya raya dan terkenal sangat cantik jelita. Akhirnya, surat itu dibawa ke rumah Zahid dan ia diserah sendiri oleh Zahid ke rumah Said. Disebabkan di rumah Said sedang ada tetamu, maka Zahid setelah memberikan salam kemudian memberikan surat tersebut dan diterima di depan rumah Said.

"Wahai saudaraku Said, aku membawa surat dari Rasul yang mulia diberikan untukmu saudaraku."

Said menjawab, "Adalah suatu kehormatan buatku."

Lalu surat itu dibuka dan dibacanya. Ketika membaca surat tersebut, Said agak terperanjat karena tradisi Arab perkawinan yang selama ini biasanya seorang bangsawan harus kawin dengan keturunan bangsawan dan yang kaya harus kawin dengan orang kaya, itulah yang dinamakan SEKUFU.

Akhirnya Said bertanya kepada Zahid, "Wahai saudaraku, betulkah surat ini dari Rasulullah?"

Zahid menjawab, "Apakah engkau pernah melihat aku berbohong…."

Dalam suasana yang seperti itu Zulfah datang dan berkata, "Wahai ayah, kenapa sedikit tegang terhadap tamu ini…. bukankah lebih baik dijemput masuk?"

"Wahai anakku, ini adalah seorang pemuda yang sedang melamar engkau supaya engkau menjadi isterinya," kata ayahnya.

Disaat itulah Zulfah melihat Zahid sambil menangis sejadi-jadinya dan berkata, "Wahai ayah, banyak pemuda yang tampan dan kaya raya semuanya menginginkan aku, aku tak mau ayah…..!" dan Zulfah merasa dirinya terhina.

Maka Said berkata kepada Zahid, "Wahai saudaraku, engkau tahu sendiri anakku tidak mau…bukan aku menghalanginya dan sampaikan kepada Rasulullah bahawa lamaranmu ditolak."

Mendengar nama Rasul disebut ayahnya, Zulfah berhenti menangis dan bertanya kepada ayahnya, "Wahai ayah, mengapa disebut-sebut nama rasul?"

Akhirnya Said berkata, "Lamaran ke atasmu ini adalah perintah Rasulullah."

Maka Zulfah istighfar beberapa kali dan menyesal atas kelancangan perbuatannya itu dan berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah, kenapa sejak tadi ayah tak berkata bahwa yang melamar ini Rasulullah, kalau begitu segera aku harus dinikahkan dengan pemuda ini. Kerena ingat firman Allah dalam Al-Qur'an;
"Sesungguhnya jawaban orang-orang mukmin, bila mereka dipanggil kepada Allah dan Rasul-Nya agar rasul menghukum (mengadili) diantara mereka ialah ucapan. Kami mendengar, dan kami patuh/taat. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung." (QS. An Nur 24:Ayat 51)


Zahid pada hari itu merasa jiwanya melayang ke angkasa dan baru kali ini merasakan bahagia yang tiada taranya dan segera melangkah pulang. Sampai di masjid ia bersujud syukur. Rasul yang mulia tersenyum melihat gerak-gerik Zahid yang berbeda dari biasanya.

"Bagaimana Zahid?"

"Alhamdulillah ia diterima ya Rasul," jawab Zahid.

"Sudah ada persiapan?"

Zahid menundukkan kepala sambil berkata, "Ya Rasul, aku tidak memiliki apa-apa."

Akhirnya Rasulullah menyuruhnya pergi ke Abu Bakar, Uthman dan Abdurrahman bin Auf. Setelah mendapatkan wang yang cukup banyak, Zahid pergi ke pasar untuk membeli persiapan perkawinan. Dalam keadaan itu jugalah Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam menyeru umat Islam untuk menghadapi kaum kafir yang akan menghancurkan Islam.

Ketika Zahid sampai di masjid, dia melihat kaum Muslimin sudah siap-siap dengan perlengkapan senjata, Zahid bertanya, "Ada apa ini?"

Sahabat menjawab, "Wahai Zahid, hari ini orang kafir akan menghancurkan kita, maka apakah engkau tidak mengetahui?" .

Zahid istighfar beberapa kali sambil berkata, "Wah jika begitu perlengkapan nikah ini akan aku jual dan akan ku beli kuda yang terbaik."

Para sahabat menasihatinya, "Wahai Zahid, nanti malam kamu berbulan madu, tetapi engkau hendak berperang?"

Zahid menjawab dengan tegas, "Itu tidak mungkin!"

Lalu Zahid menyitir ayat sebagai berikut;
"Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu
usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih baik kamu daripada cintakan Allah dan Rasul-Nya (dengan) berjihad di jalan-Nya. Maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik." (QS At Taubah: Ayat 24).

Akhirnya Zahid (Aswad) maju ke medan pertempuran dan mati syahid di jalan Allah.

Rasulullah berkata, "Hari ini Zahid sedang berbulan madu dengan bidadari yang lebih cantik daripada Zulfah."

Lalu Rasulullah membacakan Al-Qur'an;
"Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur dijalan Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki. Mereka dalam keadaan gembira disebabkan kurnia Allah yang diberikan-Nya kepada mereka, dan mereka bergirang hati terhadap orang-orang yang masih tinggal dibelakang yang belum menyusul mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati." (Surah Ali Imran Ayat 169-170).

"Dan janganlah kamu mengatakan terhadap orang-orang yang gugur di jalan Allah, (bahwa mereka itu) mati, bahkan (sebenarnya) mereka itu hidup, tetapi kamu tidak menyadarinya." (Al Baqarah :Ayat 154).

Pada saat itulah para sahabat meneteskan air mata dan Zulfah pun berkata, "Ya Allah, alangkah bahagianya calon suamiku itu, jika aku tidak dapat mendampinginya di dunia, maka izinkanlah aku mendampinginya di akhirat."

Yahudi & Dajjal

Khamis, 26 Jun 2008

Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin
atau apa jua makhluk lain selain ia sebagai manusia yg ditangguhkan
ajalnya "Minal Munzharin" seperti halnya Nabi Isa as yg di angkat
oleh Allah swt ke atas langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga
beliau nantinya turun semula ke atas muka bumi ini lalu beliau akan
mati dan di kuburkan di Madinah Al Munawwarah. Sama juga halnya dgn
Iblis yg di tangguhkan kematiannya sehingga kiamat nanti.
Dajjal; ayahnya seorang yg tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti Paruh
burung. Sedangkan Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak
dagingnya.

Menurut Imam Al Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal
keturunan bapanya ialah seorang Dukun Yahudi yg di kenali
dgn "syaqq" manakala ibunya adalah dari bangsa Jin. Ia hidup di
zaman Nabi Sulaiman as dan mempunyai hubungan dengan makhluk² halus.
Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap dan dimasukkan ke
dalam penjara. Walau bagaimanapun kelahiran dan kehidupan masa kecil
tidak diketahui dgn jelas.

Sifat² Badannya: Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah

bersabda: Dajjal ialah orang yang buta matanya sebelah kiri, lebat

(panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga dan Neraka. Nerakanya
itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka (Hadis Sahih
Muslim)

Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yg disebutkan dalam Hadis²
Rasulullah saw, diantaranya: Seorang yg kelihatannya masih muda;
Berbadan Besar dan agak kemerah-merahan; Rambutnya kerinting dan
tebal. Kelihatan dari belakang seolah-olah dahan kayu yg rimbun.

Dan tandanya yg paling ketara sekali ada dua: Pertama: Buta mata
kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yg kecut,manakala mata
kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-kelip laksana
bintang. Jadi kedua-dua matanya adalah cacat. Kedua: Tertulis
didahinya tulisan "Kafir (Kaf-Fa-Ra)". Tulisan ini dapat dibaca oleh
setiap org Islam, sama ada ia pandai membaca atau tidak.

Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma
dalam diri Dajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum
itu, kedua-dua tanda yg terakhir ini belum ada pada dirinya.

Tempat Tinggalnya Sekarang:

Menurut riwayat yg sahih yg disebutkan dlm kitab "Shahih Muslim",
bahawa Dajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di
sebuah pulau dan ditunggu oleh seekor binatang yg bernama "Al-
Jassasah". Terdapat hadis mengenainya.. (tetapi terlalu panjang utk
ditulis.. anda boleh membaca terus dari buku). Daripada Hadis ini
jelaslah bagi kita bahawa Dajjal itu telah ada dan ia menunggu masa
yg diizinkan oleh Allah swt utk keluar menjelajah permukaan bumi ini
dan tempat "transitnya" itu ialah di sebelah Timur bukan di Barat.

Berapa lama ia akan hidup setelah kemunculannya: Dajjal akan hidup
setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini, selama empat puluh
hari sahaja.

Namun begitu, hari pertamanya adalah sama dgn setahun dan hari kedua
sama dengan sebulan dan ketiga sama dengan satu minggu dan hari-hari
baki lagi sama seperti hari-hari biasa. Jadi keseluruhan masa Dajjal
membuat fitnah dan kerosakan itu ialah 14 bulan dan 14 hari.

Dalam Hadis riwayat Muslim ada disebutkan: Kami bertanya: "Wahai
Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di muka bumi ini? Nabi
saw,

menjawab: Ia akan tinggal selama empat puluh hari. Hari yg pertama
seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan hari ketiga
seperti seminggu. Kemudian hari² yg masih tinggal lagi (iaitu 37
hari) adalah sama seperti hari² kamu yg biasa. Lalu kami bertanya
lagi: Wahai Rasulullah saw!

Di hari yg panjang seperti setahun itu, apakah cukup bagi kami hanya
sembahyang sehari sahaja (iaitu 5 waktu sahaja). Nabi saw menjawab:
Tidak cukup. Kamu mesti mengira hari itu dgn menentukan kadar yg
bersesuaian bagi setiap sembahyang.."

Maksud Sabdaan Rasulullah saw, ini ialah supaya kita mengira jam yg
berlalu pada hari itu. Bukan mengikut perjalanan matahari seperti
biasanya kita lakukan. Misalnya sudah berlalu tujuh jam selepas
sembahyang Subuh pada hari itu maka masuklah waktu sembahyang Zohor,
maka hendaklah kita sembahyang Zohor, dan apabila ia telah berlalu
selepas sembahyang Zohor itu tiga jam setengah misalnya, maka
masuklah waktu Asar, maka wajib kita sembahyang Asar Begitulah
seterusnya waktu Sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh seterusnya
hingga habis hari yg panjang itu sama panjangnya dgn masa satu tahun
dan bilangan sembahyang pun pada sehari itu sebanyak bilangan
sembahyang setahun yg kita lakukan. Begitu juga pada hari Kedua dan
ketiga.

Fitnah Dajjal:

Dajjal telah diberi peluang oleh Allah swt utk menguji umat ini.
Oleh kerana itu, Allah memberikan kepadanya beberapa kemampuan yg
luar biasa. Di antara kemampuan Dajjal ialah:

1. Segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya. Benda-benda
beku akan mematuhinya.Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam akan
diuji dahulu oleh Allah dgn kemarau panjang selama 3 tahun berturut-
turut. Pada tahun pertama hujan akan kurang sepertiga dari biasa dan
pada tahun kedua akan kurang 2/3 dari biasa dan tahun ketiga hujan
tidak akan turun langsung.

Umat akan dilanda kebuluran dan kekeringan. Di saat itu Dajjal akan
muncul membawa ujian. Maka daerah mana yg percaya Dajjal itu Tuhan,
ia akan berkata pada awan: Hujanlah kamu di daerah ini! Lalu hujan
pun turunlah dan bumi menjadi subur. Begitu juga ekonomi,
perdagangan akan menjadi makmur dan stabil pada org² yg bersekutu
dgn Dajjal. Manakala penduduk yg tidak mahu bersukutu dgn
Dajjal..mereka akan tetap berada dlm kebuluran dan kesusahan. Dan
ada diriwayatkan penyokong Dajjal akan memiliki segunung roti
(makanan) sedangkan org² yg tidak percaya dengannya berada dalam
kelaparan dan kebuluran.

Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah s.a.w. bertanya: "Jadi apa
yg dimakan oleh org Islam yg beriman pada hari itu wahai
Rasulullah?"

Nabi menjawab: "Mereka akan merasa kenyang dengan
bertahlil,bertakbir, bertasbih dan bertaubat. Jadi zikir-zikir itu
yang akan menggantikan makanan." H.R Ibnu Majah

2. Ada bersamanya seumpamanya Syurga dan Neraka: Di antara ujian
Dajjal ialah kelihatan bersama dengannya seumpama syurga dan neraka
dan juga sungai air dan sungai api. Dajjal akan menggunakan kedua-
duanya ini untuk menguji iman org Islam kerana hakikat yg benar
adalah sebalik dari apa yg kelihatan. Apa yg dikatakan Syurga itu
sebenarnya Neraka dan apa yg dikatakannya Neraka itu adalah Syurga.

3. Kepantasan perjalanan dan Negeri-Negeri yang tidak dapat
dimasukinya:

Kepantasan yg dimaksudkan ini tidak ada pada kenderaan org² dahulu.
Kalau hari ini maka bolehlah kita mengatakan kepantasan itu seperti
kepantasan jet-jet tempur yg digunakan oleh tentera udara atau lebih
pantas lagi daripada kenderaan tersebut sehinggakan beribu-ribu
kilometer dapat ditempuh dalam satu jam "... Kami bertanya: Wahai
Rasulullah! Bagaimana kepantasan perjalanannya di atas muka bumi
ini?

Nabi menjawab: "Kepantasan perjalanannya adalah seperti
kepantasan "Al Ghaist" (hujan atau awan) yang dipukul oleh angin
yang kencang." H.R Muslim

Namun demikian, Dajjal tetap tidak dapat memasuki dua Bandar suci
umat Islam iaitu Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah.

4. Bantuan Syaitan-Syaitan untuk memperkukuhkan kedudukannya:
Syaitan² juga akan bertungkus-lumus membantu Dajjal. Bagi syaitan,
inilah masa yg terbaik utk menyesatkan lebih ramai lagi anak cucu
Adam a.s.

CARA UTK SELAMAT DARI FITNAHNYA:

Rasulullah s.a.w. juga telah meninggalkan kepada kita beberapa cara
yg perlu diikuti supaya kita dapat selamat dari fitnah Dajjal ini.
Cara-cara itu ialah:

Pertama: Memahami bahawa Dajjal itu adalah pendusta dan pembohong
serta mempunyai beberapa kelemahan yg ketara sekali. Diantaranya
ialah buta mata sebelah kiri. Seandainya ia sebagai tuhan, sudah
tentu ia dapat menghindarkan cacat cela yg jelas dapat dilihat di
mukanya itu. Dajjal takut kalau ada orang yg sempat memperhatikan
kekurangannya ini. Oleh kerana itu apabila ia selesai memfitnah org
di suatu tempat, ia akan segera beredar dari situ. Ia takut ada
orang yang meneliti keaiban dan kekurangannya ini.

Kedua: Tertulis didahinya perkataan "Kafir" yang bererti ia adalah
seorang kafir, di mana tulisan ini akan dapat dibaca oleh setiap
Muslim, sama ada dia pandai membaca atau tidak. Jadi orang Islam
tidak perlu terpedaya dgn godaannya. Apakah lagi nak mengatakan dia
sebagai tuhan.

Ketiga: Menghindarkan diri daripadanya, sama ada pergi ke Makkah
atau Madinah atau duduk di rumah dan jgn bergaul langsung dgn
masyarakat yg telah tergoda oleh fitnah Dajjal dan hendaklah ia
menghalang golongan perempuan dari keluar rumah kerana kebanyakan
pengikut Dajjal ini dari kalangan orang yang jahil tentang Islam dan
golongan perempuan.

Keempat: Membaca sepuluh ayat pertama (atau yg terakhir) dari surah
Al-Kahfi seperti yg disebutkan dalam hadis Rasulullah saw: "... .
Sesiapa yg hafal sepuluh ayat dari ayat awal surah Al-Kahfi, ia akan
terpelihara dari godaan Dajjal dan dalam riwayat lain, siapa yg
hafal sepuluh ayat yg terakhir daripadanya.." (Hadis Sahih Muslim)

"Sejak Allah s.w.t. menciptakan Nabi Adam a.s. sampai ke hari kiamat
nanti tidak ada satu ujian pun yg lebih dahsyat daripada Dajjal" H.R
Muslim.

Fitnah Dajjal atau ujian Dajjal ini akan mudah meragut keimanan
seseorang.

Oleh itu maka janganlah ada di kalangan ummat Islam ini yg
berkata: "Saya tak apa, saya dapat melawan Dajjal" Jangan sekali-
kali berkata demikian kerana sgt sedikit org yg dapat mempertahankan
keimanan ketika berhadapan dgn Dajjal. Oleh itu Rasulullah s.a.w.
telah mengajar kita supaya berlindung dengan Allah s.w.t. dari
godaan Dajjal, seperti yg di ajarkan oleh Baginda dlm doa tahiyyat
akhir yg sunat doa itu kita baca setiap kali kita sembahyang. Ini
menunjukkan betapa besarnya fitnah Dajjal tersebut "Ya Allah aku
berlindung dgn engkau daripada siksa api neraka Jahanam dan dari
siksa kubur dan dari ujian dlm kehidupan dan ujian setelah mati dan
juga aku berlindung dgn Engkau daripada kejahatan Al Masih Dajjal.."
H.R Muslim

Ainul Mardhiah - Bidadari Syurga

Bidadari syurga....

Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki
yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari
bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia
(isteri solehah merupakan ketua akan segala bidadari- bidadari tsb).

Berjihad pada agama Allah merupakan satu amalan yang menjadi
kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan
kalangan sahabat-sahabat. Setiap manusia yang mati wlaupun berapa
umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.

Kisah......:

'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik
dikalangan bidadari-bidadari yang lain (nama puteri bongsu saya -
bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa)
ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan
sahabat untuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa yang
keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka dia akan
dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan
bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya
sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari
tersebut.... tetapi dia malu nak bertanyakan kepada nabi kerana malu
pada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap beri nama sebagai
salah sorang yang akan keluar/pergi. Sebelum Zohor sunnah nabi akan
tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi
juga turut bersama jemaah tadi... tidur bersama-sama....

Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh
indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi
cantik dan muka yang berseri2 lalu ditanyanya dimanakah dia... lalu
lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk
berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah... lalu ditunjuknya di suatu arah
maka berjalan dia... di suatu pepohon beliau mendapati ada seorang
wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan begitu... takpernah
dilihat didunia ini... lalu diberi salam dan dia bertanya andakah
ainul mardhiah... wanita itu menjawab ehh tidakk... saya khadamnya,
ainul mardhiah ada di dalam singgahsana sana.

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan
mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda
dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di
dalam mahligai.... lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah dia
ainul mardiah lalu wanita itu menjawab... eh tidakkk saya hanya
khadamnya di dalam mahligai ini... ainul mardiah ada di atas
mahligai sana,..... lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai
permata itu kecantikkannya sungguh mengkagumkan... lalu dia sampai
ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda
cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang
kedua.... dan tak pernah dia lihat di dunia.... lalu wanita itu
berkata ... akulah ainul mardhiah, aku diciptakan untk kamu dan kamu
diciptakan untk aku.... bila lelaki itu mendekatinya wanita itu
menjawab... nantiii kamu belum syahid lagiiii...... tersentak itu
pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-
galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan agar
jangan menceritakan cerita ini kepada nabi SAW... tapi sekiranya dia
shahid barulah ceritakan kepada nabi.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi
di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi
telah shahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke
masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu
makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka
kawan sahabat yang shahid tadi telah bangun dan merapati nabi SAW
dan menceritakan perihal sahabat nabi yang sahaid tadi... dalam
menceritakan itu nabi menjawab benar... benar... benar... dalam
sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang benar
cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk
berbuka puasa di syurga.... subhanallah...

Ahlan Wa Sahlan Assalamualaikum












Apa kabar semua
sihat smua hdknya Insya Allah

iman apa kabar
Insya Allah mau plihara
dan usaha lagi dan lagi Insya Allah

time kasih kerana sudi melawati blog ini
smg beroleh manfaat yg baik Insya Allah

Jazaka Allah khir

Amin Ya Rabbal Alamin

ni Post skt gmba masjid negeri Alhamdulillah


amik dari henset membe (dgn izin dia)

Alhamdulillah

smg beroleh keberkatan

amin

smg semua masjid di seluruh dunia

hidup dgn amal2 soleh

spt yg Nabi SAW lakukan di zaman Baginda SAW

utk itu kita mau sedia utk keje ini Insya Allah


kemuliaan dlm agama
sejauh mana kita taat perintah Allah
ikut cara Nabi SAW

Insya Allah

Assalamualaikum

Akhirat.....

Selasa, 24 Jun 2008

Petua Cerdas Ingatan :

1. Bersugi
2. Puasa
3. Baca Al-Quran

Semua yg berlaku, apa yg mereka pakai, mkn, dll
pada zaman Nabi s.a.w dan para sahabat r.a
adalah yg terbaik
dan baik utk kita

3 Perkara Yang Perlu Di Percepatkan Apabila Masanya Sudah Sampai :

1. Solat apabila telah masuk waktunya
2. Mengkebumikan jenazah, apabila, jenazah telah disiapkan
3. Mengkahwinkan anak perempuan, apabila lelaki yang beriman telah di temui

Kelebihan Sugi

* Terdapat 70 kelebihan bersugi (menggunakan kayu sugi)

1. Mewangikan mulut
2. Memutihkan gigi
3. Menghilangkan Gelema
4. Mencerdaskan Fikiran
5. Mencerahkan Mata
6. Menguatkan Tulang Belakang
7. Sunnah Nabi SAW. Bila amalan sunnah, maka ada pahala di sisi Allah, Insya Allah
8. Membersihkan mulut
.................................. dan banyak lagi Masya Allah

70. Mudah mengucap kalimah di akhir kalam


* Salah satu keburukan dadah ialah, lupa mengucap kalimah di akhir kalam.

maka org yahudi telah letakkan dadah dlm smua ubat di hospital

Allah berkuasa, makhluk xde kuasa.

ada usaha, ada doa, ada pengorbanan utk agama Allah, Insya Allah

mdh2an Allah bantu.


* Asal Usul Rokok

Ulama bgtau asal pkok tembakau adalah
apabila satu ketika dulu
syaitan kencing
dan dari tnh tmpt kene air kencing itu
tmbuh satu pokok
yg org yahudi itu amik
dan dinamakan nya tembakau
lalu di buat rokok


Sabda Nabi SAW :

"Jgnlah kamu caci mencaci, sindir menyindir, dan menjual satu bhgn
atas satu bhgn yg lain"


" Dan tidak ada kurniaan yg lebih baik sesudah kamu bertaqwa kepada Allah Azza Wa Jalla
melainkan kurniaan Isteri yg solehah. Bila kamu memandang nya,kamu menjadi tenang, bila
kamu ikrar, ia taat, bila kamu pergi, ia menjaga harta kamu dan kehormatan nya."

"Jgnlah satu mukmin, membenci mukminah yg lain kerana satu perkara yg tdk disukainya. Padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak"

"jgnlah kamu memandang hanya pada satu2 kelemahan yg ada pada istri kamu.
Sesungguhnya Allah menjadikan padanya , kebaikan yg byk."


Insya Allah......

Assalamulaikum

Bayo dosto bozroko
( Tuan2 yg mulia )

Kejayaan umat manusia (dan jin)
adalah semata2 dlm agama

sejauh mana kita dpt taat perintah Allah
ikut cara Nabi S.A.W

Allah taala telah beli diri, harta org mukmin dgn syurga
maka diri kita, harta kita , bukan milik kita

tapi milik Allah S.W.T

maka yg kita ada, adalah masa
modal kita adalah masa

(demi masa, manusia dlm kerugian, kecuali ( yg termasuk dlm 4 prkra ini)
beriman dan beramal soleh, berpesan2 dgn kebenaran, berpesan2 dgn kesabaran (istiqamah dlm memberi peringatan)

Ulama kita yg mulia telah bgtau
bahawa cukup utk Allah Taala turunkan ayat ni saja utk kita
tapi kerana limpah Rahim NYA, Allah taala
beri kan peringatan, ptunjuk jln yg betul
dlm pelbagai cara, melalui ayat2 Al Quran 6666 ayat.

kemudian Allah zahirkan Al Quran secara practically

melalui amalan2 yg Rasulullah S.A.W zahirkan


Sahabat R.A telah ikut cara Nabi SAW 100%
maka Allah taala sgt suka

maka Allah taala telah redha pada mereka
ketika mereka hidup di dunia lagi

kita mau risau
adakah kehdpn yg kita jalankan ini sempurna
sperti yg ditunjukkan oleh Nabi s.a.w

maksud Nabi s.a.w di hantar di muka bumi
adalah sama seperti kita di hantar di muka bumi ini juga

iatu mengajak manusia kpd Allah

"Katakanlah wahai muhammad, inilah jalanku,
mgajak manusia kpd Allah , dgn basirah (yakni kerja)
aku dan pengikut ku

Nabi s.a.w bersabda, "masuk lah kedalam islam sepenuhnya"

tp hari ini
kerana dakwah tidak dijalankan

umat telah jauh dari maksud agama yg sebenarnya
umat telah amal hanya sbhgn dari agama

dan mereka amal agama tersebut hanya sbg adat
di waktu2 tertnatu

cthnya dlm perkahwinan, kematian, perayaan......

sbnrnya
mcm mana khdpn Nabi s.a.w
mcm tula khdpn kita

cthnya shbt2 r.a
mcm mana mereka amal agama

mcm tu la kita kene amal agama

kita paham, utk dunia kita doa dan usaha , target utk maksimum

tp utk agama kita wat minimum

ini telah salah

kerugian pabila bersama bende yg di tinggalkan

maka iman dan amal soleh yg hanya akan di bawa ke kubur , masyar , sirat, mizan, dan ke syurga Allah taala

Amin Ya Rabbal Alamin...

hari ini kita mau niat

hidup kita mau sukakan Allah

apa yg saya wat, sayat wat utk sukakan Allah

saya hanya akan wat perintah Allah

smyg jemaah, ikram muslimin, bg masa utk agama, taat ibu bapa,
meninggikan kalimah Allah Insya Allah

kita mau syukr dgn Allah taala
kerana Allah taala bg kita nikmat Agama

yg mana nikmat agama ini sgtlah besar

Allah bg ketenangan dlm amal agama

walau pun kita tgk org kafir dgn dunia mereka yg besar2

tp ketenangan tiada dlm hati mereka

Allah taala blh zahirkan emas, permata sbg pahala kita di dunia

tp Allah hanya mau tgk siapakah amalanya yg lebih baik di antara kamu

kerana nilai ganjaran amal sgtlah besar

maka sbaik2 tmpt blsn adlah di syurga Nya nnt Insya Allah

Allah suruh kita bersabar, berzikir sbyk2nya

agar kita menjadi hamba NYA yg taat kepada NYA

yg mengingatiNYA sbyk2nya

kerana kita sbg hambanya hanyalah ukt membersarkan Allah shj Insya Allah


utk itu saya mau azam
utk amal agama 100% Insya Allah

mau sediakan tempatan saya amal agama 100%
dan kuar buat pngorbanan agama
sebaik2nya ( 40 hari tiap tahun, 3 hari tiap2 bulan Insya Allah )

Ulama bgtau kesempurnaan agama
adalah telah terzahir pabila

bila semua lelaki akil baligh semayang jamaah di masjid
para wanita tutup aurat dgn sempurna
dan anak2 taat ibu bapa


dan perkara ini akan dtg apabila
ada pergerakan utk mncapai maksud iini

iaitu pergerakan yg mirip2 cara Nabi SAW
yang mana Nabi SAW telah hantar byk jemaah keluar dari masjid Nabawi ke serata dunia Alhamdulillah

klu tak , nama saya apa

so utk kelangsungan agama ini di masa akan dtg

maka tugas kita skrg adlh utk agama ini ( kerana Nabi2 telah tdk akan di hantar lagi)

Nabi SAW pikir mcm mana slrh umat nya
dpt slmt dari api neraka ,masuk syurga Allah taala

pejabat sy, ladang saya, kedai saya

itu bukan keje saya

itu hanya utk memenuhi keperluan saya

tapi keje saya

adalah keje Nabi SAW

bawa diri saya, kuarga saya, saudara mara, jiran ttga, warga kg, warga negara,
seluruh umat,

mendapat Rahim Allah di mashar kelak Insya Allah


utk itu semua sedia Insya Allah !

Muzakarah Masturoh

Khamis, 19 Jun 2008


MUDZAKARAH MASTUROHJun 17, '08 3:38 AM
for everyone
MUDZAKARAH MASTURAH

ADA 7 BAGIAN PENTING DALAM USAHA MASTURAH

1. Pentingnya usaha masturah
2. Tujuan usaha masturah
3. Target usaha masturah
4. Maqomi masturah
5. Persyaratan keluar masturah
6. Program jama`ah keluar masturah
7. Nusrah jama`ah masturah

5 TARGET USAHA MASTURAH

1. Hidup ta`lim di rumah
2. Hidup sederhana
3. Banyak waktu untuk amal agama, mempersingkat untuk keperluan lain
4. Memiliki akhlak yang baik / berkhidmat
5. Menjadi da`iyah / selalu berbicara agama

MAQOMI MASTURAH

1. Ta`lim rumah
2. Ta`lim muhallah

MUDZAKARAH – MUDZAKARAH DI DALAM PROGRAM

1. 6 sifat sahabat ( six point )
2. 20 usul – usul da`wah
3. Maqomi rijal
4. Maqomi masturah
5. Mendidik anak secara Islam
6. Da`wah iman yakin
7. Adab safar ( perjalanan )
8. Adab rumah tangga
9. Adab mandi dan tandas ( sewaktu-waktu )

MAKSUD DAN TUJUAN DIKELUARKANNYA MASTUROH

• `Alimah ( berilmu )
• Zahidah ( sederhana )
• `Abidah ( ahli ibadah )
• Murabbiyah ( pendidik )
• Khaddimah ( berkhidmad )
• Da`iyah ( penda`wah wanita )

TUJUAN : Kepentingan Kerja Masturah
• Wanita pertama masuk Islam adalah wanita ( korban harta ) – Khadijah
r.ha
• Yang mati syahid pertama adalah wanita – Sumayyah r.ha
• 2 orang khalifah masuk Islam karena wanita – Fathimah r.ha dan
Saudah r.ha
• Yang menghidupkan usaha da`wah yang telah lama tidur adalah wanita

TERTIB MASTURAH :
Tertib umum :
• Dikontrol oleh markaz
• Tidak boleh bawa anak
• Muhrim hakiki suami
• Harus diketahui kemana tujuannya
• Garis taqwa ( jaga suara )
Tertib Khusus :
• Full hijab dari rumah
• Kemauan sendiri
• Hafal 6 sifat sahabat dan uraiannya
• Hafal 10 surat terakhir dalam Al-Qur`an dll.

KERJA MASTURAH 24 JAM

Waktu Khuruj :
• 6 sifat sahabat setelah subuh cukup satu mutakallim ( tidak bergilir )
• Sebelum dhuha 6 sifat sahabat secara bergilir
Di Rumah :
• Semua pesanan bagi wanita ( 6 pesanan ) diamalkan selama 24 jam.

KUNCI KEBAHAGIAAN DUNIA AKHIRAT

DALAM SUNNAH ADA KEJAYAAN
DILUAR SUNNAH TAK ADA KEJAYAAN

Tujuh Tantangan Dalam Da`wah
1. Didustakan
2. Dikatakan Orang Gila
3. Dikatakan Tukang Sihir
4. Diboikot
5. Disakiti
6. Diancam
7. Di remehkan

ALLAH KUASA MAKHLUK TAK KUASA
DUNIA SEMENTARA AKHIRAT SELAMA - LAMANYA
MAKSUD HIDUP DA`WAH
TUJUAN HIDUP AKHIRAT

MENCARI RIDHA ALLAH S.W.T
MENCARI RIDHO RASULULLAH S.A.W
MENCARI RIDHO SUAMI

1 X 24 JAM AMALKAN SUNNAH
INI ADALAH PINTU MASUK KE SURGA

AMAL MAQOMI WANITA ( MASTURAH )

Salah satu maksud masturah dikeluarkan adalah untuk membentuk fikir
agama, karena setiap hari wanita selalu disibukkan dengan urusan rumah
tangga sehingga fikirnya hari-hari hanya urusan dunia. Oleh karena itu
dengan keluar ke jalan agama diharapkan setelah pulang ke rumah dapat
membawa fikir agama untuk bekal menghadap Allah swt, sehingga akan
menjadikan wanita tersebut asbab hidayah dengan beberapa amalan yang
perlu wujud dalam rumah :
1. Menjadi `Alimah : wanita yang berilmu dengan menjaga ta`lim secara
istiqamah
? Ta`lim adalah perintah Allah awt dan salah satu sunnah Rasulullah saw
? Ta`lim adalah roh agama
? Ta`lim adalah salah satu pintu gerbang masuknya agama ke dalam rumah.

2. Zahidah : hidup sederhana
? Hidup sedehana adalah salah satu sunnah cara hidup Rasulullah saw.
? Dengan hidup sederhana hisab akan mudah dan ringan
? Sederhana pakaian, makanan, perumahan, perabotan, penampilan dll.

3. `Abidah : Ahli ibadah, menjaga shalat di awal waktu, dzikir pagi
petang, semua pekerjaan rumah selalu diiringi dengan dzikir, istiqamah
baca Al-Qur`an dan berusaha untuk selalu mengkhatamkannya,
shalat-shalat sunat,puasa wajib dan puasa sunat serta gemar bersedeqah.

4. Murabbiyah : Sebagai guru yang mendidik anak – anak secara Islam
sesuai dengan yang telah dicontohkan oleh Rasulullah saw ;
Karena anak adalah amanah dari Allah swt
Tarbiyatul adab : jaga ada-adabnya
Tarbiyatul jasad : badan, pakaian dan makanan
Tarbiyatul wiladhah : setelah melahirkan
Tarbiyatul Diin : Agama, kenalkan agama sejak anak-anak masih kecil,
latih untuk selalu takut hanya kepada Allah swt, tanamkan pada anak
Cinta Allah dan RasulNya, cinta saudara dll.
5. Khaddimah : Selalu berkhidmat untuk suami dan anak – anak dalam
setiap menunaikan keperluan dan kebutuhan suami dan anak-anak serta
setiap tamu yang datang ke rumah dengan ikhlas karena Allah swt.

6. Da`iyah : Mengajak manusia untuk selalu ta`at kepada Allah swt dan
kepada Rasulullah saw dengan menanamkan iman yakin kepada kampung
akhirat, dll.

PENTINGNYA MASTURAH KELUAR DI JALAN ALLAH

? Pemimpin keluarga adalah suami tetapi pemimpin rumah tangga adlaah istri
? Ibu adalah madrasahnya anak-anak
? Ibu adalah universitas terbesar bagi anak-anaknya, sikap dan cara
berfikir ibu sangat besar pengaruhnya bagi anak dan penghuni rumahnya,
keluarganya dan lingkungan tetangganya.
? Karena itu sangat penting bagi wanita untuk mempunyai pengetahuan
dan fikir agama.
? Apabila di rumah, ibu selalu disibukkan dengan urusan rumah tangga
seperti mengurus anak, membersihkan rumah, memasak dll sehingga sulit
untuk belajar agama dengan benar.
? Apabila kita keluar di jalan Allah, maka kita akan berada dalam
suasana yang berbeda, terlepas dari urusan dunia, sehingga kita dapat
belajar agama dengan benar, dan Insyaallah fikir agama bisa masuk
dalam hati kita.
? Dan apabila pulang ke rumah, kita tahu bahwa kita punya tanggung
jawab untuk menanamkan fikir agama kepada anak-anak kita,
pembantu-pembantu kita, keluarga kita, orang-orang di sekitar kita dan
siapapun yang bertemu dengan kita.
? Di akhirat kelak kita akan di soal / ditanya tentang : shalat kita,
puasa kita, zakat kita dan amal perbuatan lainnya.
? Sebagai muslim, baik laki-laki maupun wanita mempunyai tanggung
jawab da`wah, maka wanita pun akan diminta pertanggungjawabann ya
mengenai da`wah.
? Dari rumah yang ibunya mempunyai fikir agama, maka akan lahir
anak-anak yang shaleh dan shalehah.
? Dari kisah-kisah para nabi, dapat dilihat dari istri nabi yang tidak
punya fikir agama seperti nabi Nuh as. Beliau berda`wah selama 950
tahun hanya mendapat pengikut 83 orang. Anaknya menjadi kafir, kaumnya
dimusnahkan oleh Allah swt.
? Nabi Luth as., istrinya menentang da`wah, anaknya menjadi kafir,
kaumnya juga dimusnahkan oleh Allah swt.
? Sebaliknya nabi Ibrahim as., istri-istrinya adalah wanita yang punya
fikir agama, sehingga beliau mendapat banyak pengikut dan dari
keturunannya lahir nabi Ishaq as., nabi Yusuf as., nabi Daud as., nabi
Sulaiman as., nabi Isa as., dan dari Siti Hajar lahir nabi Ismail as.,
yang dari keturunannya lahir nabi Muhammad saw.
? Demikian pula istri-uistri Rasulullah saw mampunyai fikir agama,
terutama Khadijah r.ha yang telah mengorbankan seluruh harta bendanya
untuk penyebaran agama allah swt, dan beliaulah yang selalu menghibur,
mendorong suaminya untuk si`arnya Islam, sehingga kurang lebih 23
tahun Nabi berda`wah, seluruh jazirah Arab masuk Islam.
o Setelah nabi wafat perjuangan da`wah dilanjutkan oleh para
sahabatnya dengan pengertian dan dorongan para istrinya sehingga tidak
beberapa lama 2/3 belaha zaman inipun kerja da`wn bumi menjadi Islam.
? Demikianlah semua ini berkat pengaruh dn fikir kaum wanita.
? Seorang wanita sholehah lebih baik dari 70 aulia, sedangkan wanita
yang akhlaknya buruk lebih jahat dari 1000 laki-laki yang jahat dan
dia akan menyeret 4 laki-laki keneraka jahannam yaitu :1. suaminya, 2.
Bapaknya, 3. Saudara laki-lakinya, 4. Anak laki-lakinya.
? Di zaman ini kerja da`wahpun dimulai dari seorang wanita yang punya
fikir agama yaitu nenek Maulan Ilyas rah.a. Beliau ingin mempunyai
keturunan yang mempunyai fikir agama, maka dinikahkanlah putrinya
dengan seorang ulama dan darinya lahirlah Maulana Ilyas rah.a.
? Jadi sangat perlu sekali wanita ikut ambil bagian dalam usaha da`wah
ini.
? Agama akan sangat lambat sekali perkembangannya apabila para
wanitanya tidak ikut usaha da`wah.
? Ibarat pedati yang mempunyai roda sebelah, maka jalannya pun akan
lama atau seperti seekor burung yang sayapnya patah sebelah.

Jadi pentingnya wanita ikut usaha da`wah karena :

1. Da`wah Rasul pun langsung kepada istrinya
2. Agama Islam tersebar di zaman khulafurrasyidin, 2 orang khalifah
masuk Islam dengan asbab wanita, yaitu : Umar r.a asbabnya adalah
adiknya Fathimah binti Khattab r.ha dan Usman r.a asbabnya adalah
bibinya Saudah r.ha.
3. Jumlah wanita lebih banyak daripada laki-laki, jumlah anak-anak
lebih banyak dari wanita, dengan asbab ambil usaha da`wah maka rahmat
Islam akan tersebar keseluruh alam.
4. Orang – orang kebathikan memanfaatkan wanita untuk promosi dunia.
5. Apabila wanita paham agama akan rela berkorban habis-habisan.
Seperti Siti Khadijah r.ha dan Sumayyah r.ha.
6. Satu do`a seorang wanita shalehah lebih baik daripada do`a 70 wali.
Tetapi satu wanita jahat lebih rusak daripada 1000 laki-laki jahat.

5 TERTIB UMUM MASTURAH DAN PERSIAPAN MASTURAH KELUAR DI JALAN ALLAH

1. Menggunakan garis taqwa ( memakai full hijab / purdah )
2. Tidak ada amir untuk masturah, amir hanya dari kaum laki-laki
3. Tanggung jawab masturah adalah tanggung jawab semua jumidar ( oleh
karena itu jumidar harus tahu kerja masturah )
4. Kerja masturah harus terkontrol dan terkendali
5. Semua kerja masturah hanya boleh berjalan dengan hasil musyawarah
laki-laki.

Persiapan Masturah Keluar Di Jalan Allah :
1. Tafakut
2. Masturah yang hamil 4 – 8 bulan boleh keluar masturah
3. Anak wanita full hijab, anak wanita dengan ibunya, anak laki-laki
dengan bapaknya
4. Anak adalah amanah, tapi agama adalah amanah yang paling besar
5. Keluar tanpa membawa anak lebih mujahadah.

Route :
1. Lihat kondisi jama`ah, jika jama`ah baru harus keluar ditempat yang
sudah 40 hari masturah
2. Amir sudah pernah 4 bulan, masturah sudah beberapa kali 3 hari
3. Bila jama`ah sudah berpengalaman, maka kirim ke daerah baru
4. Tempat baru harus ditinjau jangan hanya lewat telepon
5. Kalau ada takaza ke tempat baru harus ada orang lama
6. Harus ada pengecekan :
# Istrinya siap atau tidak, sudah ikut ta`lim atau belum, keinginan
istri atau tidak.
# Rumah selama ditempati masturah betul-betul di infakkan
# Jalur rumah dua pintu ( depan dan belakang )
# Kondisi rumah ada ruangan khusus ta`lim, mulakot dan bayan
# Dapur terpisah agak jauh / terhijab oleh dinding sehingga ketika
masak tidak terganggu
# Kamar mandi I dan II terpisah
# Tempat wudhu harus diluar, sebaiknya disediakan banyak seperti di masjid
# Tempat jemuran pakaian tidak terlihat oleh laki-laki
# Sandal disimpan supaya tidak terlihat oleh laki-laki.

ADAB – ADAB RUMAH YANG DITEMPATI MASTURAH

1. Tidak ada terpajang gambar-gambar makhluk hidup, seperti anjing dan
patung-patung, karena malaikat rahmad tidak akan memasuki rumah yang
ada unsur tersebut.
2. Full hijab, dari luar tidak bisa melihar ke dalam, dari dalam tidak
bisa melihat keluar, termasuk pintu juga pakai hijab / tabir.
3. Pajangan ditutup atau disembunyikan
4. Ada tempat I dan II yang tertutup
5. Ada tempat bayan
6. Semua anggota keluarga yang laki-laki tidak boleh masuk ke dalam
rumah selama rumahnya ditempati masturah
7. Tuan rumah sudah pernah keluar, minimal 3 hari ( supaya di rumah
tersebut hidup suasana agama, sehingga layak ditempati masturah ).
8. Harus dibentuk hirosah ( security ) kalau jarah rumah dengan masjid
agak jauh ( 1 orang anshar dan 1 orang muhajirin )
9. Ketika rombongan datang ke lokasi, maka 2 orang rijal memeriksa ke
dalam rumah, kalau belum siap perlu dibetulkan dulu, masturah menunggu
di dalam mobil.
10. Hidayah akan turun dengan hijrah dan nusrah, nusrah yang paling
tinggi nilainya, menyediakan rumah untuk ditempati masturah.
11. Yang mengetuk pintu / bayan siap dimulai ialah petugas istiqbal
dengan mengetuk 3 kali.

Dua hal yang tidak dapat ditawar :
1. Hijab, hijab rumah dan hijab masturah
2. Muhrim bagi masturah yang keluar.

* MASTUROH = Wanita yang tertutup

Hidayah utk umat, amin......

502 Wasiat Rasulullah Kepada Wanita

Telah bersabda Rasulullah SAW maksudnya: "Kebanyakan wanita itu adalah isi Neraka dan kayu apinya." Sayidatina Aisyah bertanya, "Mengapa, wahai Rasulullah?" Jawab Rasulullah SAW:

  1. Karena kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cobaan seperti kesakitan waktu melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja di rumah.
  2. Rasulullah SAW bersabda
    "Wanita, apabila ia sholat lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat pada suaminya, maka masuklah ia dari mana saja pintu surga yang ia kehendaki."
    (Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban, Thabrani dan Anas bin Malik)
  3. Rasulullah SAW bersabda:
    "Pertama kali urusan yang akan ditanyakan pada hariAkhirat nanti ialah mengenai sholat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajibannya atau tidak)."
  4. Imam Thabrani menceritakan bahwa seorang isteri tidak dianggap menjalankan kewajibannya kepada Allah sehingga ia menjalankan kewajibannya kepada suaminya. Seandainya suaminya memintanya (untuk digauli) walaupun (dia) sedang berada di belakang unta maka ia tidak boleh menolaknya.
  5. Nabi SAW bersabda:
    'Apabila lari wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sholatnya sehingga ia kembali dan mengulurkan tangannya kepada suaminya (meminta maaf)."
    (Riwayat dan Hassan)
  6. Abdullah bin Amru bin Al Ash r.a. berkata: 'Bersabda Rasulullah SAW: "Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah."
    (Riwayat Muslim)
  7. Sabda Rasulullah SAW:
    "Siapa saja perempuan yang memakai bau bauan, kemudian ia keluar melihat kaum lelaki ajnabi agar mereka mencium bau harumnya maka ia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina." (Riwayat Ahmad, Thabrani dan Hakim)
  8. Sebaik-baik bagi wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali untuk urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabda Rasulullah SAW:
    "Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar, mendongaklah syaitan memandangnya."
    (Riwayat Tarmizi)
  9. Haram bagi wanita melihat laki-laki sebagaimana laki-laki haram melihat wanita (yang halal nikah) kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual-beli.
    Diriwayatkan bahwa pada suatu hari, ketika Rasulullah bersama sama isteri-isterinya (Ummu Salamah dan Maimunah), datang seorang datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum), Rasulullah menyuruh isten-istennya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, 'Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami, ya Rasulullah?"
    Rasulullah menjawab, "Bukankah kamu dapat melihatnya?" (Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)
  10. Rasulullah SAW bersabda:
    "Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan muhramnya) adalah seumpama gelapgulita pada han Kiamat, tidak ada nur baginya. "
    (Riwayat Tarmizi)
  11. Sabda Rasulullah SAW:
    'Dikawini wanita karena empat sebab: karena hartanya, karena keturunannya, karena kecantikannya dan karena agamanya. Maka carilah yang kuat beragama niscaya kamu bertuah."
    (Riwayat Bukhari)
  12. Rasulullah SAW bersabda:
    "Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkawinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kawinnya)."
  13. Nabi SAW pemah bersabda:
    "Wanita yang taat akan suaminya, semua burung-burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristighfar baginya selama dia masih taat pada suaminya dan diredhainya (serta menjaga sholat dan puasanya).
  14. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
    "Wanita yang taat berkhidmat pada suaminya akan tertutup tujuh pintu Neraka dan akan terbuka pintu-pintu Surga. Masuklah dan mana saja pintu yang disukainya dengan tidak dihisab."
  15. Rasulullah SAW bersabda:
    "Siapa saja wanita yang bermuka masam sehingga menyebabkan tersinggung hati suaminya, maka wanita itu dimurkai Allah sampai ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya."
  16. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, baik itu miskin atau kaya
  17. Ibnu Umar berkata bahwa telah datang seorang wanita kepada Rasulullah saw lalu bertanya,"Apakah hak suami atas isteri?" Jawab baginda,"Tunaikanlah hajatnya sekalipun engkau berada di alas belakang unta. Jangan berpuasa sunat melainkan seijin suami, kalau engkau berpuasa juga maka pahalanya untuk suami dan dosa untuk isteri. Jangan keluar melainkan dengan ijinnya, jika keluar juga akan dilaknat oleh malaikat Rahmat dan malaikat azab sehinggalah ia kembali ke rumahnya."
  18. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
    "Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada di rumah serta dengan tidak seijinnya dan tidak boleh memasukkan seorang laki-laki ke rumahnya dengan tidak seijin suaminya."
    (Riwayat Bukhari dan Muslim)
  19. Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
    "Tdaklah putus balasan dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya."
  20. Dari Muaz bin Jabal, bersabda Rasulullah: "Siapa saja wanita yang berdiri diatas kedua kakinya membakar roti untuk suaminya, hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dan api Neraka."
  21. Dan siapa saja wanita yang menunggu suaminya hingga pulang lalu disapukan mukanya, dihamparkan tempat duduknya atau menyediakan makan minumnya atau merenung ia pada suaminya atau memegang tangannya, membaikkan hidangan padanya, memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya karena mencari keredhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya tiap-tiap langkahnya dan setiap renungannya pada suaminya seperti memerdekakan seorang hamba. Pada hari Kiamat nanti, Allah karuniakan nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas karuniaan karamah itu. Tidak ada seorang pun yang sampai ke martabat itu melainkan nabi-nabi.
  22. Thabit Al Bananiy berkata: "Seorang wanita dari Bani Israil yang buta sebelah matanya, sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila dia menghidangkan makanan di hadapan suaminya, dipegang pelita sampai suaminya selesai makan. Pada suatu malam, pelitanya kehabisan sumbu, maka diambil rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada esok harinya matanya yang buta telah sembuh Allah karuniakan karamah (kemuliaan) pada perempuan itu karena memuliakan dan menghormati suaminya."
  23. Dan lbnu Mas'ud bersabda Rasulullah SAW: 'Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkannya ke dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun) karena dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan menghadapnya."
  24. Nabi SAW bersabda:
    "Siapa saja wanita yang berkata kepada suaminya: Tidak pemah aku dapat dari engkau satu kebaikanpun. Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malam hari."
  25. Sabda junjungan Rasulullah SAW:
    "Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menyenangkan engkau, jika engkau memerintah diturutinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya."
  26. Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
    "Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya kecuali jika terpaksa (karena suatu urusan yang mustahak) dan dia juga tidak berhak melalui jalan lalu-lalang melainkan di tepi-tepinya."
  27. Syeikh Abdullah berkata:
    "Durhaka seorang perempuan yang keluar dan rumahnya kepada majlis zikir atau majlis ilmu yang bukan fardhu ain. Wajiblah atasnya keluar supaya belajar dia akan segala fardhu ain itu dan haram atas suaminya mencegah isteri jika dia (suami) tidak mampu mengajarnya. Jika dia ada ilmu niscaya wajiblah atasnya mengajar akan isterinya itu maka ketika itu haramlah perempuan itu keluar dari rumahnya lagi durhaka dia."
  28. Sabda Rasulullah SAW:
    "Apabila seorang laki-laki memanggil isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya, hingga marahlah suaminya, maka tidurlah wanita itu dalam laknat malaikat sampai pagi. "
  29. Abu Bakar As Siddiq mengatakan. aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
    "Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat manusia semuanya "
  30. Ibnu Umar r.a. berkata, telah bersabda Rasulullah SAW: "Kamu sekalian adalah pemimpin dan kamu masing-masing akan ditanya dan suami pemimpin kepada keluarganya dan isteri
    pemimpin rumah tangga suaminya dan anak-anaknya. Kamu sekalian pemimpin dan akan bertanggungjawab atas pimpinanmu. "
    (Riwayat Bukhari dan Muslim)
  31. Tersebut dalam kitab Muhimmah karangan Syeikh Abdullah bin Abdul Rahim Pattani:
    "Hendaklah isteri mendahulukan suaminya atas hak dirinya dan seluruh kaum kerabatnya."
  32. Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
    "Wanita yang tinggal di rumah bersama anak-anaknya, akan tinggal bersama-samaku di dalam surga."
  33. Rasulullah SAW bersabda:
    "Surga itu terletak di bawah telapak kaki ibu." (Riwayat Ahmad)
  34. Rasulullah SAW bersabda:
    "Wanita yang meminta suaminya menceraikannya dengan tidak ada sebab yang dibenarkan oleh syariat, haramlah baginya bau
    surga."
    (Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)
  35. Rasulullah SAW bersabda:
    "Wanita yang meninggal dunia dalarn keadaan suaminya redha (tidak marah) padanya, niscaya ia masuk surga."
    (Riwayat Tarmizi)
  36. Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
    "Apabila seorang wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristightarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebaikan dan menghapuskan baginya serbu
    kejahatan."
  37. Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
    "Apabila seorang wanita mulai sakit hendak bersalin maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil)".
  38. Nabi SAW bersabda:
    "Apabila seorang wanita melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa dosanya seperti keadaan ibunya melahirkannya."
  39. Rasulullah SAW bersabda:
    "Perintahkanlah anak-anakmu semua yang berumur tujuh tahun untuk mengerjakan sholat. Apabila mereka telah berumur sepuluh tahun tetapi belum mengerjakan sholat hendaklah dipukul (tetapi jangan sampai luka) dan pisahkanlah tempat tidurnya."
    (Riwayat Abu Daud)
  40. Sabda Rasulullah SAW:
    "Ya Fatimah, barang siapa wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong kumis dan mengerat kukunya, memberi minum Allah akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman surga, dan dicatatkan Allah baginya kebebasan dari api Neraka dan selamatlah ia melintas titian Sirat"
  41. Hal-hal yang menjadikan wanita itu durhaka kepada suaminya seperti tersebut dalam kitab Muhimmah:
    a. Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya baik itu untuk jimak atau menyentuh mana saja bagian tubuhnya.
    b. Keluar rumah tanpa izin suami baik itu ketika suami ada di rumah ataupun tidak ada.
    c. Keluar rumah karena belajar ilmu yang bukan ilmu fardhu ain. Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu fardhu ain jika suaminya tidak mampu mengajar.
    d. Tidak mau berpindah (berhijrah) bersama suaminya.
    e. Mengunci pintu, tidak mengijinkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk.
    f. Bermuka masam ketika berhadapan dengan suami.
    g. Minta talak.
    h. Berpaling atau membelakangi suami ketika berbicara.
    i. Menyakiti hati suami baik itu dengan perkataan atau perbuatan.
    j. Meninggalkan tempat tidur tanpa izin.
    k. Mengijjnkan orang lain masuk ke dalam rumah, sedangkan orang itu tidak disukai oleh suami.
  42. Tersebut dalam kitab Muhimmah, suatu ketika di Madinah, Rasulullah SAW keluar mengiringi jenazah. Baginda mendapati beberapa orang wanita dalam majelis. Baginda lalu bertanya: "Apakah kamu menyolatkan mayat?" Jawab mereka, "Tidak." Sabda baginda, "Sebaiknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetap tinggallah di rumah dan berkhidmat kepada suami niscaya pahala sama dengan ibadah- ibadah orang laki-laki."
  43. Imam Ghazali rh.m berkata: "Wajib bagi wanita mengikuti perintah suaminya selagi tidak membawa maksiat."
  44. Ulama-ulama ada berkata, wajib bagi wanita-wanita:
    a. Mengekalkan malu pada suaminya.
    b. Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan. c. Mengikut kata-kata dan suruhannya.
    d. Dengar dan diam ketika suami berbicara. e. Berdiri menyambut kedatangannya.
    f. Berdiri menghantar kepergiannya,
    g. Hadir bersamanya ketika masuk tidur.
    h. Memakai wangi-wangian untuk suaminya.
    i. Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya.
    j. Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tidak adanya.
    k Tidak berkhianat ketika ketidak adaan suaminya. I. Memuliakan keluarga suaminya.
    m. Memandang pemberian suami yang kecil sebagai besar dan berharga.
    n. Ketahuilah, Surga dan Neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami padanya
  45. Dicentakan di dalam kitab Muhimmah bahwa seorang Badwi menemui Rasulullah lalu berkata," Tidak akan aku percaya pada engkau sebelum
    ditunjukkan padaku suatu mukjizat." "Apakah yang engkau kehendaki" tanya Rasulullah. "Suruh pohon kurma yang kering itu menghadap engkau," kata Badwi itu. Maka bersabda Rasulullah, "Pergilah engkau kepada pohon yang kering itu, katakan bahwa Muhammad memanggilnya." Arab Badwi itu pun melakukan apa yang diperintahkan. Setelah diberitahu kemudian, pohon kurma itu kelihatan bergerak gerak ke kin dan ke kanan hingga tercabut akar-akarnya dan berjalan ia menghadap Rasulullah, lalu memberi salam. Rasulullah menjawab salamnya. Melihat peristiwa itu Arab Badwi itu terus mengucap kalimah syahadah. "Cukuplah ya Rasulullah, cukuplah," katanya lagi. Rasulullah pun memerintahkan pohon itu kembali ke tempatnya. Arab Badwi itu berkata lagi. "Wahai Rasulullah, aku telah meminta darimu sesuatu yang tidak pernah diminta oleh orang lain. Itu pun engkau tunaikan, karena itu ijinkan aku sujud kepadamu setiap kali sujud sholat di belakangmu." Jawab baginda, "Tidak harus seorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan, maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya, karena membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka."
  46. Dari Ali bin Abi Talib: Aku dengar Rasulullah bersabda: "Tiga golongan dari umatku akan mengisi Neraka Jahanam selama tujuh kali umur dunia. Mereka itu adalah: a. Orang yang gemuk tetapi kurus. b. Orang yang berpakaian tetapi bertelanjang. c. Orang yang alim tetapi jahil. Adapun yang gemuk tetapi kurus itu ialah wanita yang gemuk (sehat) tubuh badannya, tetapi kurang ibadahnya. Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama (yaitu berpakaian tipis atau terlalu ketat hingga terbayang bentuk tubuh badannya). Orang yang alim tetapi jahil ialah ulama yang menghalalkan yang haram karena kepentingan pribadi. "
  47. Rasulullah SAW bersabda:
    "Empat golongan wanita yang berada di surga ialah:
    a. Perempuan yang menjaga dirinya dari berbuat haram lagi berbakti kepada Allah dan suaminya.
    b. Perempuan yang banyak keturunannya lagi penyabar serta menerima dengan senang hati keadaan serba kurang (dalam kehidupannya) bersama suaminya.
    c. Perempuan yang bersifat pemalu dan jika suaminya datang maka ia mengekang mulutnya dari perkataan yang tidak layak kepadanya.
    d. Perempuan yang ditinggal mati oleh suaminya dan mempunyai anak-anak yang masih kecil, lalu ia mengekang dininya hanya untuk mengurus anak-anaknya dan mendidik mereka serta memperlakukannya dengan baik kepada mereka dan tidak bersedia menikah karena kuatir putera puterinya akan tersia-sia. (Kalau ada jaminan putera-puterinya tidak akan disia-siakan barulah ia mau nenikah).

    Dan empat golongan wanita yang berada dalam Neraka ialah:
    a. Wanita yang jelek (kotor) mulutnya terhadap suaminya. Jika suaminya pergi, ia tidak menjaga dirinya dan jika suaminya datang ia memakinya (memarahinya),
    b. Wanita yang memaksa suaminya untuk memberi apa yang dia tidak mampu.
    c. Wanita yang tidak menutupi dinnya dari kaum laki-laki dan keluar rumah dengan menampakkan perhiasannya dan memperlihatkan kecantikannya (untuk menanik kaum laki-laki).
    d. Wanita yang tidak mempunyai tujuan hidup kecuali makan, minurn dan tidur dan ia tidak sanggup berbakti kepada Allah dan tidak sanggup berbakti kepada Rasul-Nya dan tidak sanggup berbakti kepada suaminya."
  48. Rasulullah SAW bersabda:
    "Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya, pada hari Kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat ke belakang tengkuknya."
  49. Rasulullah SAW bersabda:
    "Aku berdiri di atas surga, kebanyakan orang yang masuk ke masuk ke dalamnya ialah golongan miskin, manakala orang-orang kaya tertahan di luar pintu surga karena dihisab. Selain dari itu ahli Neraka diperintahkan masuk ke dalam Neraka dan aku telah berdiri di atas pintu Neraka, aku lihat kebanyakan orang yang masuk ke dalamnya ialah wanita."
    (Riwayat Imam Bukhari dan Usamah bin Lad r.a)
  50. Rasulullah SAW juga bersabda: "Aku lihat api Neraka, tidak pemah aku melihatnya seperti hari ini, karena ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli Neraka ialah wanita." Baginda ditanya, "Mengapa begitu, ya Rasulullah?" Rasulullah menjawab: "Wanita mengkufurkan suarninya dan mengkufurkan ihsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa puas hati dan cukup."
    (Riwayat Imam Bukhari)
  51. Sabda Nabi SAW: "Kebanyakan ahli Neraka adalah terdiri dari kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah
    seorang daripada mereka, "Mengapa terjadi demikian, apakah karena mereka berzina atau membunuh anak atau kafir?" Jawab Nabi, "Tddak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalarn nikmat suaminya."
  52. Sabda Rasulullah SAW:
    "Keadaan wanita sepuluh kali ganda seorang laki-laki di dalam Neraka dan dua kali ganda seorang laki-laki di dalarn surga. "
  53. Suatu hari Rasulullah SAW datang melawat anaknya Fatimah ra dan didapatinya sedang menangis. Maka bertanyalah Rasulullah
    SAW: "Apakah yang membuat engkau menangis, wahai Fatimah?'
    Fatimah menjawab, "Wahai ayahku, aku menangis disebabkan oleh keletihan yang tidak terkira ketika mengisar tepung dan menyediakan keperluan rumah. Sekiranya ayahanda menyuruh Imam Ali membeli seorang wanita suruhan, itu akan menjadi pemberian yang besar bagiku."

    Mendengar kata-kata itu, hati Rasulullah teriris hingga berlinang air mata baginda. Lalu baginda pun duduk berhampiran alat pengisar kemudian mengambil segenggam gandum dan melafazkan
Ketika Rasulullah memasukkan gandum tersebut ke dalam alat pengisar maka bergeraklah alat itu dengan sendirinya sambil alat itu memuji Allah dalam bahasa yang amat indah dan suara yang amat merdu sehingga semuanya dikisar. Lalu Baginda pun berkata, "Berhentilah kamu wahai alat pengisar " Ketika itu Allah telah menjadikan alat itu dapat berkata-kata. "Demi Allah yang mengantarmu dengan kebenaran sebagai seorang Rasul dan dengan berita sebagai orang yang diamanahkan. Aku tidak akan berhenti sebelum kau memberi jaminan dari Allah untuk menempatkan aku di dalam surga dan menjauhkan aku dari api Neraka." Berkata Rasulullah SAW: "Kau adalah batu, namun kau takut pada api Neraka" Alat pengisar menjawab, "Wahai Rasulullah, aku telah mendengar kata-kata ini dari Al Quran: "Wahai orang yang beriman, jauhkanlah dirimu dan ahli keluargamu dari api Neraka yang pembakarnya terdiri dari manusia dari batu-batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar dan keras, tidak mendurhakai terhadap apa yang diperintahkan Allah kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan."
Maka Rasulullah pun mendoakan untuk keselamatan batu itu. Selesai berdoa turunlah malaikat Jibril a.s dan berkata: "Wahai Muhammad, Tuhan yang untuknya segala pujian dan yang Maha Tinggi, mengirim salam dan penghormatan dan berpesan kepada engkau, beritahu batu itu berita gembira bahwa Allah telah menganugerahkan pada batu itu keselamatan dari api neraka dan
meletakkannya di antara batu-batu surga di dalam mahligai Fatimah di mana ia akan bercahaya bagaikan matahari di alam ini."
Lalu disampaikan berita itu. Baginda memandang kepada Fatimah lalu bersabda: "Wahai Fatimah, sekianya begitu kehendakAllah, pengisar ini akan bekerja setiap hari tetapi Allah ingin mencatatkan untukmu perbuatan baik dan meninggikan derajatmu karena tanggung jawabmu yang berat itu. "
"Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membina tujuh parit di antara dirinya dengan api Neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi. "
"Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat." "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam benang yang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khusus untuknya di atas takhta di hari Akhirat." "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya pahala sama seperti orang yang memberi makan kepada seribu orang yang lapar dan memberi pakaian kepada seribu orang yang tidak berpakaian." "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian-pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan yang jahat dan menjadikan dinnya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memperhatikan."
(Riwayat Abu Hurairah)
54. Asma binti Khanyah Fazari dinwayatkan telah berkata pada puterinya pada hari pernikahan anaknya itu: "Hai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suamimu. Jadilah engkau tanah bagi suamimu (taat perintahnya) dan dia akan menjadi langit bagimu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya dia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan berbagai-bagai kesukaran karena itu akan memungkinkan dia meninggalkamu. Kalau dia mendekatimu, dekatilah dia dan jika dia menjauhimu maka jauhilah dia dengan baik. Peliharalah benar-benar suamimu itu akan hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah biarkan suamimu itu mencium sesuatu darimu melainkan yang harum, Jangan pula dia mendengar melainkan yang enak dan janganlah dia melihat melainkan yang indah saja pada dinmu."

Bila isteri lebih masyhur dari suaminya, suami rasa bertuah dalam derita, kalau suami lebih masyhur dari isterinya, isteri rasa bertuah dalam kebanggaan.

Wanita Solehah

This Link Here

Allah Maha Kuasa, Makhluk xde Kuasa

Rabu, 18 Jun 2008

Masih Mencari - X Factor
MASIH MENCARI ( X – FACTOR )

Ku masih mencari
Seorang kekasih
Yang dapat mengerti
Perasaan ku ini
Seorang penyayang
Yang mampu menenangkan
Hati yang hiba
Ketika dunia mencabar
Dia mendengar
Segala luahan ku
Dan sanggup
Memperbetulkan
Salah dan silap ku
TAK PERLU LAH WANITA
YANG TERCANTIK DI DUNIA
TAK PERLU YANG TERNAMA
ASAL BERHATI MULIA
TABAH UNTUK MEREDAH
DI DALAM SENANG DAN SUSAH
SETIA MERINDU DI SAAT TERPISAH
HINGGA HARI INI
BELUM KU TEMUI
KU MASIH MENCARI…
Ku masih mencari
Insan bernama teman
Yang sedekahkan
Senyuman dalam tangisan
Dia bersederhana
Serta
Bertanya khabar hati
Yang kelihatan runsing
Perlu bersabar
Dengan kelemahanku
Berlembut
Andainya ada ku terkasar tutur
( repeat chorus )
Ku sedar ku bukannya sempurna
Dan tak semewah mana
Hati ku harta yang paling berharga
Pabila ku temui yang serasi
Kan ku limpahkan kasih
Pada yang ku ternanti nanti
( repeat chorus )

Masjid Negeri Shah Alam

Khamis, 12 Jun 2008














hik hik hik
Assalamualaikum
hai semua
apa kabar
thanks sudi baca hah hah

erm apa kabar semua
sht la hendaknya Alhamdulillah

ni la masjid negeri
masjid negeri selangor
terletak di shah alam

shah alam ni 1 jam stgh dari kg aku Alhamdulillah
kg aku kat tanjung karang hik hik (kuala s'gor)

masjid ni mmg byk kenangan wat aku
spi skang Alhamdulillah

masjid ni dulu aku keje kat sini
lama tu
stahun lebih
lebih kurang hmm

byk kngan
membe2 lama
satu keje
spi skang msih kwn ngn dorg lagi alhamdulillah

duk serumah pun dgn dorg skang Alhamdulillah

mudah2an kita dpt imarah kan masjid2 kita Insya Allah

hidup dgn dakwah, taklim, ibadah, khidmat

4perkara ni adalah ada pada masjid nabawi zaman Nabi s.a.w dulu

zaman skang pun ada, alhamdulillah

marilah kita bersyukur

dan wat keje Nabi s.a.w sungguh2 Insya Allah


Assalamualaikum

Pesan-Pesan dari Bay Wahab Tgl 4 Desember 2007 di Masjid Kebon Jeruk - JKT

Selasa, 10 Jun 2008

Assalammu’alaykum wr. wb.
Berikut adalah beberapa pesan yang disampaikan oleh Bay Wahab orang yang telah lama dalam usaha da’wah Rasulullah SAW :

1. kita dikirim oleh Allah SWT ke dunia ini dengan umur yang sangat singkat, namun dengan umur yang sangat singkat itu kita diperintahkan untuk mendapatkan dan membina akhirat yang selama-lamanya.
2. Hendaknya kita jangan merasa menjadi orang indonesia, atau orang jakarta, atau orang pakistan, atau lainnya, tapi hendaklah kita merasa diri kita ini adalah umat Rasululah SAW.
3. Rasulullah SAW adalah nabi terakhir yang dikirim untuk seluruh manusia seluruh alam hingga hari kiamat, nabi-nabi terdahulu hanya dikirim untuk kaumnya atau negaranya saja. dikatakan kepada nabi isa as itu ada manusi akufur kepada Allah, tapi nabi Isa as katakan aku tidak diutus kepada orang itu aku diutus hanya kepada kaum bani israil.
4. Kini Rasulullah SAW telah wafat dan tak akan ada nabi lagi setelah Nabi Muhammad SAW, tapi risalah agama yang dibawa nabi SAW tetap harus sampai keseluruh alam hingga hari kiamat.
5. Maka kita sebagai umat RAsulullah SAW mempunyai kewajiban untuk meneruskan tugas ini, tugas da’wah menyampaikan agam a ke seluruh alam.
6. Baik yang muda, yang tua, yang sakit, yang sembuh, yang kaya, yang miskin, yang pejabat maupun rakyat,laki-laki maupun perempuan, yang awam atau bodoh maupun yang pintar sebagai umat Rasulullah SAW mempunyai kewajiban ini.
7. Maka sekarang diri kita pertama kali MOHON AMPUN (BERISTIGHFAR) kepada Allah SWT, karena kita telah lupa dan melalaikan tugas ini.
8. Ada manusia yang menganggap petani adalah pekerjaannya, supir taksi pekerjaanny a, pedagang adalah pekerjaann ya, bisnis adalah pekerjaann ya, padahal kerja umat RAsulullah SAW yang sesungguhnya adalah kerja da’wah.
9. Maka kita MOHON AMPUN (BERISTIGHFAR) ke pada Allah SWT karena tidak menganggap kerja da’wah adalah pekerjaan kita.
10. Kita harus merasa kasihan kepada orang amerika, orang eropa, dll yang tidak beriman kepada Allah SWT dan
Rasul-Nya, karena apabila mereka mati maka mereka akan masuk kedalam kubur dengan 99 ular yang mematukinya sampai hari kiamat selanjutnya akan disiksa abadi di dalam neraka selama-lamanya.
11. Hendaknya usaha da’wah kita kita niatkan seperti yang Rasulullah SAW niatkan yaitu untuk seluruh alam, dan bawa usaha ini dengan kasih sayang dan hikmah.
12. aApabila kita niatkan seperti Rasululla h SAW maka do’a kita, bicara da’wah kita, ibadah kita akan mendapatkan pahala seluruh alam.
13. Mendirikan shalat akan mendapatkan pahal a, tapi mengajak orang lain untuk mendirikan shalat akan mendapat pahala yang besar dari Allah SWT.
14. Apabila kita buat kerja yang sama dengan kerja Rasulullah maka Allah SWT akan berikan pertolongan kepada kita sebagaimana Allah SWT tolong Rasulullah SAW dan do’a kita akan dikabulkan oleh Allah SWT.
15. Apabila ada orang yang menentang kita dalam usaha da’wah maka sesungguhnya dia bukan menentang kita tapi menentang pekerja da’wah dan oleh Allah SWT akan diberikan 2 keputusan apakah dia akan diberikan hidayah atau dihancurkan oleh Allah SWT.
16. Maka kita jangan takut kepada siapapun, hendaknya kita hanya takut kepada Allah SWT dan berharap hanya kepada Allah SWT.
17. maka kita hendaknya sampaikan kalimat Laa ilaaha illallaah kepada seluruh manusia yang ada diseluruh alam.
18. Apabila kita perbanyak bicarakan kalimat Laa ilaaha illallaah dan bicarakan kebesaran Allah, buat halaqah-hala qah untuk meningkatkan iman, membicaraka n akhirat, surga dan neraka sedetail-d etailnya, perbanyak ta’lim tentang keutamaan ber’amal, perbanyak dzikir dan do’a, kemudian baru shalat kita akan mempunyai ruh.
19. Mari kita sama-sama niatkan dalam diri kita untuk buat kerja yang sama dengan kerja Rasulullah SAW yaitu kerja da’wah sampaikan kalimah iman kepada umat seluruh alam, sampaikan risalah Rasululla h SAW hingga hari kiamat dengan begitu Allah SWT akan tolong kita , Allah SWT akan selesaikan masalah-masalah kita.

Laporan Da'wah di Germany

Oleh dzul,2005-06-15 11:39:19

Bismillahirohmanirrohim.Im Namen Allahs, des Allarbarmers, des Barmherzigen.

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Inilah jalanku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.” (Yusuf 12:108)”

Assalamu’alaykum warahmatullahi wabarakatuh,

Kehadapan syura dan rakan-rakan seusaha semoga sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah Ta’ala.

Alhamdulillah, sekarang telah hampir 2 bulan kami dalam perjalanan membuat usaha atas iman serta mencari keredhaan Allah Ta’ala.

Alhamdulillah, kami bersyukur kehadrat Illahi kesemua kami dalam keadaan sihat wal’afiat, juga satu hati dan bertambah keakraban serta kasih sayang.

Lapuran kami teruskan di Sehid Samil Masjid, Reutlingen. Sebelum ini tiada jemaah yang pernah buat usaha di masjid ini kerana mereka tidak membenarkan beriktikaf dalam masjid. Alhamdulillah, dengan fikir risau dan usaha karkun tempatan, kami adalah jemaah pertama yang dibenarkan beriktikaf. Walaupun masjid ini dikenali sebagai masjid Turki, tetapi 3 orang karkun tempatan dari Habsyah, AlJaazair dan Pakistan telah berusaha memecahkan benteng pemisahan antara keturunan dengan baik dan penuh hikmah. Natijahnya, masha’Allah, sambutan penduduk tempatan adalah sangat baik dan mereka sangat senang dengan kedatangan kami.

Di masjid ini kami banyak belajar bagaimana bergaul dengan masyarakat Islam Turki di Germany. Subhanallah, mereka pada zahirnya nampak kasar dan tidak mesra tetapi ikhtilat dan ikram membuka lebar ruang kemesraan dan kasih sayang. Di masjid ini kami dilayan dan dijamu seolah-olah kami adalah satu rombongan orang-orang kenamaan dari Malaysia. Jelas terbayang erti memuliakan tetamu dan ikram muslimin, sehinggakan ianya menampakkan betapa kekurangannya layanan kami terhadap saudara-saudara kami yang bergerak dalam jemaah-jemaah dakwah dan tabligh yang pernah mengunjungi masjid dan surau di tempat kami. Semoga Allah Ta’ala ambil kerja agama dari mereka semua kerana mereka lebih layak dari kami. Perjumpaan dan perpisahan sentiasa dengan pelukan mesra dan senyuman. Malah mereka menunjukkan kesukaan mereka kepada jemaah kami sehinggakan kami tidak tahu apa reaksi kami apabila mereka mengambil foto-foto kami dalam masjid sewaktu bayan!

“Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam) dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia.” (Al-Anfaal 8:74)

Route kami seterusnya adalah Albstadt, satu bandar kecil di selatan Germany berhampiran sempadan Switzerland. Beberapa orang pelajar Malaysia belajar dan buat usaha agama di sini. Rata-rata pelajar Malaysia yang belajar di Germany ini dikenali oleh orang Islam tempatan sebagai pemuda-pemuda yang soleh dan penggerak usaha agama. Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh Maulana Ilyas rahmatullah alayh bahawa bukanlah maksud usaha agama ini semata-mata untuk melahirkan para hafiz dan para alim tetapi untuk melahirkan masyarakat “dindar” (yang soleh dan bertaqwa). Jelas, pelajar-pelajar Malaysia, khususnya yang telah didedahkan dengan usaha dakwah dan tabligh sebelum datang ke sini, telah menjadi penggerak dan pembantu kepada usaha agama di Germany. Walaupun di tempat yang telah maju usaha agama seperti di United Kingdom, pelajar-pelajar Malaysia telah lama menjadi penggerak kepada usaha agama di sana, tetapi kebanyakan mereka adalah daripada kalangan post graduate, manakala di German mereka terdiri daripada pemuda-pemuda daripada kalangan undergraduate. Dalam usia semuda mereka, mereka telah berjaya menambat hati masyarakat Islam tempatan. Mereka bahkan menjadi muazin dan imam-imam di masjid-masjid makami mereka. Semoga Allah Ta’ala meningkatkan fikir dan usaha rakan-rakan kami yang telah mengambil tanggungjawab atas usaha agama pelajar-pelajar di IPTA/IPTS, khususnya pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus persediaan ke luar negara. Sesungguhnya usaha atas pelajar-pelajar tersebut telah menjadi asbab hidayat ke seluruh alam dan akan terus menjadi asbab hidayat atas hati-hati manusia di seluruh dunia, insya’ Allah.

“Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.” (Al-Ankabuut 29:69)

Di Switzerland, kami buat usaha dari Masjid Madni, Weinbergstrasse 147, Zurich, Schweiss. Switzerland bukanlah termasuk dalam route takaza kami dari KL, tetapi beberapa orang rakan seusaha dari Malaysia telah memaklumkam kepada orang-orang tanggungjawab Germany supaya kami di hantar ke sana selama beberapa hari. Ada dua orang rakan seusaha dari Malaysia di Swiss, seorang telah menetap 16 tahun di sana dan seorang lagi bekerja di Sauber-Petronas Zurich. Kami juga dinusrah oleh seorang rakan seusaha berbangsa Itali yang fasih bercakap Kelantan. Masya Allah, beliau mendapat hidayat sewaktu beliau melancong ke Kelantan dan buat usaha agama di Kelantan selama 4 tahun sebelum berhijrah ke Switzerland. Beliau sangat serasi menjadi mutarjim jemaah kami kerana beliau hanya boleh bertutur dalam loghat Kelantan.

Kami buat usaha di Zurich hanya selama 4 hari. Dari sana kami dapat sedikit karguzari tentang usaha agama di Swizerland. Usaha agama di Switzerland bermula sekitar awal 1970an. Jemaah pertama yang sampai ke Swizerland adalah jemaah dari Pakistan. Mereka telah memulakan usaha di Swizerland dalam keadaan payah dan penuh mujahadah. Oleh kerana hampir tiada masjid di Swizerland pada masa itu, mereka telah tidur berhamparkan salji. Berkat susah payah mereka dan usaha agama yang mulai berputik di Swizerland, sekarang telah ada 120 buah masjid di seluruh Schweiss. Di kawasan Zurich sahaja ada 30 buah masjid, 15 buah masjid dalam pusat bandar, dan daripadanya 6 masjid ada amalan makami. Satu gereja telah diubah menjadi masjid di Zurich.

“Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertakwa.” (Al-An’aam 6:153)

Kami dapat karguzari bahawa sebelum usaha agama berkembang di Switzerland, masyarakat Islam di sana amat dibenci oleh masyarakat tempatan kerana keadaan akhlak mereka yang tercela dan terlibat dalam berbagai kegiatan maksiat dan jenayah serta dianggap sebagai sampah masyarakat. Ada diantara mereka yang sanggup bekerja di gereja-gereja membunyikan loceng-loceng kebathilan. Alhamdulillah, keadaan hidup mereka telah berubah dengan berkembangnya usaha agama di Swizerland, walaupun masih tidak secara total. Masalah utama mereka adalah kesan suasana sekitaran yang menjadi musuh utama kepada iman. Sewaktu kami di sana, orang-orang Swiss yang bertuhankan keduniaan sedang menganjurkan pesta lucah jalanan Zurich Street Festival. Alhamdulillah, Allah Ta’ala masih melindungi sebahagian hamba-hambaNya dengan RahmatNya dengan asbab usaha agama.Di Zurich juga kami mengunjungi seorang lelaki Melayu yang berkahwin dengan wanita Swiss dan membuka perniagaan restoran di Zurich dengan menjual minuman keras dan menghidangkan masakan khinzir. Sewaktu jumpa beliau di restorannya, kami tasykil beliau untuk solat berjemaah dan bersama dengan kami tetapi beliau tidak bersedia untuk beri masa. Amat sedih keadaan hidup yang beliau alami dibawah kongkongan isterinya. Semoga Allah Ta’ala selamatkan iman beliau.

“Sesungguhnya tanggungan Kamilah memberi hidayat petunjuk (tentang yang benar dan yang salah).” (Al-Layl 92:12)

Usaha agama di Switzerland adalah di bawah tanggungjawab dan pengawasan France. Setiap awal bulan pada minggu pertama, mereka bermesywarah di France dengan orang-orang tanggungjawab di sana. 2 bulan sekali rakan-rakan seusaha seluruh Switzerland bermesywarah di Masjid Madni di Zurich. Sebagaimana di Germany, usaha agama di Switzerland adalah secara terbuka. Tiada masaalah untuk buat umumi ghast. Cuma kehadiran kami sentiasa menjadi perhatian masyarakat kerana ketrampilan dan cara berpakaian kami berbeza daripada mereka. Sewaktu kami buat umumi ghast di tengah-tengah bandar, tiba-tiba datang seorang wanita cuba memberikan kami sekuntum bunga. Masya Allah, terkejutnya kami waktu itu tak tahu apa nak buat, cuma berjalan terus dengan merendahkan pandangan mata.

Seterusnya kami kembali ke Ulm, Germany dimana kami buat usaha di Masjid Arabische Zentrum, Zeppelinstrasse 35, Ulm. Kami dimaklumkan bahawa jemaah Malaysia pertama juga buat usaha di masjid ini tahun lepas. Alhamdulillah, berkat daripada pengorbanan mereka dan usaha rakan-rakan seusaha tempatan, di masjid ini hidup 5 amal. Usaha agama di sini rata-rata dijalankan oleh pemuda-pemuda Arab dan Turki serta pemuda-pemuda German yang baru masuk Islam. Di masjid ini 10 orang pemuda German telah masuk Islam dalam jangka masa 10 bulan yang lalu dan kebanyakan mereka buat usaha agama. Beberapa orang diantara mereka sedang belajar bahasa Arab di Mesir. Beberapa orang keluar 40 hari, 10 hari dan 3 hari dari masjid ini.Kemudian jemaah kami singgah di Masjid Salahuddin, Frauentorstrasse 10, Augsburg. Terdapat 15 buah masjid di Augsburg. Alhamdulillah, di sini kami dapat nusrah daripada seorang hafiz dan alim, Maulana Mustaffa Islam, berketurunan Turki yang belajar di Raiwind selama 9 tahun. Hanya di masjidnya (Islamische Gemeinschaft Milli Gorus, Boschstrasse 61-65, Augsburg) ada amal makami tetapi tidak dibenarkan i’tikaf. (Sebelum kami terlupa, Maulana Mustaffa kirim salam pada Hafiz Umar, dan semua maulana-maulana di Markaz Sri Petaling yang pernah belajar bersamanya di Raiwind dulu).

Di Augsburg juga kami buat usaha atas pelajar-pelajar tajaan MARA berpusat di German Malaysia Institute (GMI), Kuala Lumpur. Alhamdulillah, mereka ini telah melapangkan masa bersama kami selama 3 hari dan beberapa orang daripada mereka telah keluar 3 hari bersama rakan-rakan seusaha tempatan. Rata-rata mereka telah mengenali usaha agama semasa mereka belajar di GMI.

Perjalanan kami diteruskan ke M? (Munich). Oleh kerana M? adalah antara kota terbesar di German dan pusat perindustrian dan ramai penduduk Islam dan banyak pula masjid, kami telah buat usaha di sini selama 11 hari berpusat dari Masjid-ul Ummah, Tagetesstrasse 6; Masjid Salih Sanli, Carl-Wery-strasse 60; dan Masjid Omar, Bergmannstrasse 10, Munchen. Masjid-ul Ummah ialah tempat tumpuan usaha agama di Munchen dan Sheikh Abdul Wahid sab, jemaah tasykil German juga bermakami di sini. Kami telah targheeb pelajar-pelajar Indonesia sekitar 12 orang kepada usaha agama di Masjid Omar yang rata-rata mereka tidak pernah mendengar mengenai usaha atas iman dan amal. Kami juga telah bentuk 2 atau 3 jemaah untuk buat ghast di penginapan pelajar-pelajar universiti, di penginapan suaka politik, serta penginapan awam.

Seterusnya kami buat usaha selama 3 hari di Masjid Ar-Rahman, Hemauerstrasse 20, Regensburg, tidak jauh dari sempadan Checz Republic. Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Nurnberg. Dalam perjalanan ke N?g kenderaan-kenderaan kami ditahan oleh polis setelah diikuti beberapa lama. Alhamdulillah, mereka membenarkan kami meneruskan perjalanan setelah mereka memeriksa passport dan beg-beg kami. Semasa diperiksa kami bersolah maghrib ditepi jalan. Seorang rakan seusaha tempatan keturunan Bosnia yang nusrah kami telah mendakwahkan anggota-anggota polis berkenaan kepada Islam. Sebenarnya ini adalah kali ketiga kami ditahan oleh polis German. Perkara ini kami anggap sebagai satu perkara biasa apatah lagi dengan salah tanggapan orang-orang bukan Islam terhadap orang-orang Islam dewasa ini. Apa yang jelas, mereka ini adalah masyarakat yang jiwa mereka diselubungi ketakutan, seperti seorang yang naik keretapi kelas satu tetapi tidak memiliki tiket.“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk.” (An-Nahl 16:125)

Di N?g, kami buat usaha di Masjid Bilal, Zufurhstrasse 8. Dua tahu dahulu masjid ini hidup 5 amalan masjid tetapi sekarang solah fardhu pun tidak lagi dikerjakan dengan berjemaah. Di atas rak buku masih tersusun beberapa kitab Fadhail Amal dari berbagai bahasa. Usaha kami di sini ditumpukan terhadap menghidupkan kembali amalan masjid. Setelah kami khususi beberapa rakan seusaha, ramai lah ahli jemaah masjid dapat dikumpulkan dan diberi targheeb untuk menghidupkan kembali amalan masjid. Alhamdulillah, suasana masjid kembali hidup dan jelas terbayang harapan pada wajah-wajah mereka. Mereka bersama-sama bergandingan dengan kami buat umumi ghast dan memulakan semula taklim masjid. Jemaah 3 hari dibentuk untuk keluar pada bulan ini. Allah Ta’ala juga mempermudahkan usaha kami kerana mereka telah mengenali rapat seorang pelajar Malaysia yang diberi tanggungjawab untuk menghidupkan kembali usaha agama di masjid ini. Beberapa orang rakan seusaha dari Erlangen, satu bandar berdekatan juga datang untuk membantu usaha agama di sini. Mereka akan terus buat intikali (ghast kedua) di Masjid Bilal ini.“Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum agama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayat petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal

sempurna.” (Az-Zumar 39:18)

Alhamdulillah, di masjid ini juga kami mengumpulkan pelajar-pelajar Malaysia baru dan lama dan memberi targheeb terhadap kepentingan usaha agama bagi pelajar-pelajar. 22 orang pelajar-pelajar MARA baru tiba di N?g sehari sebelum ketibaan kami.

Kemudia kami buat usaha di Masjid Turkische di Pappenheim dalam kawasan Eichstatt, lebih kurang 70km dari N?g. Mashaallah, di kawasan ini usaha agama begitu maju dikalangan masyarakat Turki. 10 orang telah keluar 4 bulan ke IPB, 4 orang telah keluar jemmah masturat 40 hari ke Pakistan, dan ramai karkun 40 hari serta 3 hari. Mereka ini rata-ratanya pekerja kuari batu marmar yang di katakan paling bermutu di dunia. Mereka bekerja 8 bulan dan cuti 4 bulan setahun pada musim sejuk. Di kawasan kuari tempat mereka bekerja hidup solah berjemaah dan taklim harian. Ada tempat khas untuk mereka bersolah berjemaah. Selain Berlin, kawasan ini adalah kawasan yang paling maju usaha agama di Germany. Mereka keluarkan 3 jemaah 3 hari setiap bulan. Rakan-rakan seuasaha di sini berazam untuk keluar 40 hari ke Malaysia secepat mungkin.Esok kami akan ke Frankfurt semula kerana jemaah kami diputuskan untuk menghadiri satu jord karkun lama di Masjid Pak Muhammadi. Khabarnya jord ini akan dihadiri oleh Maulana Ibrahim Gujrati dan beberapa orang lama dari India. Setakat ini sahaja lapuran kami.InshaAllah, kami akan berikan laporan terakhir perjalanan kami semasa di Holland nanti.

Nikmat kehidupan (atau kesihatan) dan nikmat harta benda setiap seorang Muslim adalah milik Allah, yang mana Allah Ta’ala telah beli kedua-duanya dengan nilai syurga.

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (diantara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual belinya itu dan (ketahuilah bahawa) jual beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.” (At-Taubah 9:111)

Rasulullah sallalaahu alayhi wasallam hat uns seit lang verlassen. Aber die Verantwortung f?n ist meine Arbeit, und Arbeit von den ganzen Menschen.Wassalamu’alaykum warahmatullahi wabarakatuh