RetaLLiaTing KRU

Jumaat, 30 Januari 2009


Assalamualaikum 

Alhamdulillah syukran atas nikmat hidup Alhamdulillah
syukur kepada Allah Alhamdulillah

so , nak cter , update skt
Today , Jumaat 30jan 2009 Alhamdulillah

mlm td , iktikaf kat masjid tun uda
di seksyen 16 shah alam Alhamdulillah

xjauh dari tmpt aku keje ni la
Alhamdulillah


iktikaf ngan pakcik ismail
dan fery Alhamdulillah

so aktiviti sterusnya
Insya Allah hari ni gaji Insya Allah


then ptg ni , after keje ( kul 5:30ptg )
aku gerak blk kg Insya Allah

bg mak duit skt nnt Insya Allah
then esok pagi (sabtu)
aku akan gerak ke pekan tanjung karang plk
dari umah kt kg tu

aku nak bli selimut
ngn tuala
pck ismail yg kirim suh blikan Alhamdulillah


then bli uncang, fery yg kirim Insya Allah

then ptg esok
dlm kul 3ptg
aku gerak ke shah alam Insya Allah
trus singgah ke yayasan restu
tmpt pck ismail keje

then dlm kul 6 stgh ptg 
Insya Allah gerak ke masjid sri ptlg Insya Allah
stp mlm mggu ada ceramah kt sana Insya Allah


nnt da smpai sri ptlg
nak bli buku taklim ( buku himpunan hadis2 ttg kelebihan amal)
dan bli madu tualang Insya Allah
harap ok skt la madu tu
sbb byk madu, campur gula la huhu
ssh skt nak dpt yg asli hehe


then mgkn x tdo (iktikaf) kt sri ptlg
then mlm mggu tu jgk pas ceramah
trus blk shah alam blk

pagi ahadnya , cdgnya, aku , pck ismail, fery, agus, ni rakan2 seusaha la

nak gerak ke kg aku kt tanjung karang tu
nak jln2 la

pck ismail tringin nak jalan2
tgk sawah padi hehe Insya Allah

bagus jgk bwk fery ngn agus tu
dorg ni indon
yg keje kt shah alam
dan wat usaha Alhamdulillah

so bagus la , dpt tgk kg aku  nnt Insya Allah


tggl nak bwk isteri je, bila lagi, xtahu
harap2 , ayah mertua leh consider, hehe Amin...


so ptg ahad , blk shah alam blk, dan aktiviti bersurai Insya Allah

tu je lah kot, plan aktiviti utk sabtu ahad ni Insya Allah

k , slmt terhibur
doakan sy ye
doakn utk umat

smg hidup dlm iman
mati dlm iman, amin...


Assalamualaikum

Kisah Rasulullah s.a.w sebagai pengajaran

Rabu, 21 Januari 2009

Kisah Rasulullah s.w.t sebagai pengajaran

    1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.
    2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.
    3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.'
    4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya Khumaira?' (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan') Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.' Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa saja hari ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.
    5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa engkau memukul isterimu?' Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, 'Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.' 'Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a. w. 'Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?'
    6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik,kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat. 
      7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, 'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?' 'Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.' 'Ya Rasulullah...mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit...' desak Umar penuh cemas. Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda. 'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?' Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.'  
    8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.
    9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu. 
      10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.  
    11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan. 
      12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.
    13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?' Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.' Rasulullah s. a. w. bersabda,'SAMPAIKANLAH PESANKU WALAUPUN SEPOTONG AYAT..'

    Assalamualaikum, Alhamdulillah dpt update blog

    Isnin, 19 Januari 2009

    Assalamualaikum
    Alhamdulillah lama xupdate blog secara jujur hehe Alhamdulillah
    ni kat umah karkun2 kt pdg jawa Alhamdulillah
    karkun sama2 seusaha masa kat itm dulu Alhamdulillah
    ptg td pas keje niat nak dtg sini 
    Alhamdulillah, hajat terlaksana Alhamdulillah
    Today isnin 19 januari 2009 Alhamdulillah
    ptutnya ptg esok (selasa) baru dtg sini
    nak wat ghast kata2nya hehe, amin
    xpela, aku dtg sini sbb nak amik gmba dlm henset bukhari
    masa amik gmba smlm, masa kat jor itm kt seksen 7 Alhamdulillah
    ni aku kt atas katil bukhari ni
    gelap je blk
    huhu
    lampu da rosak hehe
    tp syok ar layan intenet mcm ni
    lyn je hehe
    tgu bukhari blk ni
    mgkn dia ada pengajian bhsa arab kt masjid kot
    bg byn pun dah guna bhsa arab Alhamdulillah
    mdh2an aku berjaya jgk amin...
    harap2 dpt buh gmba terbaru mlm ni jgk Insya Allah
    Kepada yang sudi ziarah
    Jazaka Allah Khir sy ucapkan
    k
    Assalamualaikum

    Kawan2, jom tgk blog ana

    Khamis, 15 Januari 2009

    ar lu pikir la sendiri...
    Assalamualaikum!

    Keadaan Studio Ku Huhu Alhamdulillah

    Jumaat, 9 Januari 2009


    Assalamualaikum
    ini pglmn di ofis ku Alhamdulillah
    kat studio tu Alhamdulillah

    ofis aku wat editting video
    so sape2 nak edit video
    leh la bg kat ktorg Insya Allah

    nak cover video org kwen ke
    video korporat ke
    video interaktif ke
    silakan Insya Allah

    k

    Assalamualaikum