Assalamualaikum
Nahmaduhu Wanusolli Ala Rosulihil Karim, Amma Ba'du
Tuan2 Yang Mulia
Kejayaan kita hanya sanya dalam agama
Sejauh mana , dapat taat perintah Allah
Ikut cara Nabi SAW Insya Allah
Tuan2 jadikanlah usaha ini maksud hidup Tuan2 Insya Allah.
Hari ni kita kene bergerak, mengajak manusia kepada Allah
sebagaimana para Sahabat R.A amik keje yang sama
yakni mengajak manusia kepada Allah Insya Allah
kemuliaan umat ini
adalah kerana, Allah SWT meng'am'kan keje mengajak manusia kepada Allah kepada sluruh umat ini
inilah kemuliaan umat ini
yang mana keje ini dulu di bagi kepada para Nabi dan anbia'
namun keje ini Allah SWT telah am kan kepada seluruh umat Nabi SAW
hingga hari kiamat Insya Allah
Semua manusia ( dalam umat ini ) bertanggungjawab utk mengajak manusia yang lain
utk beriman kepada Allah
dan mentaati perintah2 Allah Insya Allah
walau apa cara yang tuan gunakan
walau bagaimana pun, cara yang paling terbaik
adalah melalui cara Nabi SAW sahaja
dengan jalan mujahadah, jalan susah payah
maka Insya Allah , umat akan dapat hidayah Insya Allah
Untuk itu tuan2 blaja lah bagi masa
kuar 3hari Insya Allah
kalau tak dapat cuti isnin
kuar 2hari dulu Insya Allah ( sabtu - ahad ) Insya Allah
kerana ada dalil, Sahabat2 RA keluar 3hari, 40 hari, dan 4 bulan
( rujuk dalil di http://blogkarkun.blogspot.com - menu kiri bawah )
Insya Allah, keje yang sama kita kene buat
bukanlah kerana zaman sudah masuk zaman teknologi
maka cara dakwah Rasulullah SAW tidak lagi sesuai
sebenarnya kalau ada cara yang lebih baik
maka Allah SWT akan bagi cara tersebut kepada Nabi SAW
kerana Baginda SAW adalah kekasih Allah
dan semua para anbia' buat cara yang sama
yakni jumpa manusia secara bertemu muka
dan ajak umat kepada kalimah
kejayaan mereka dalam kalimah Insya Allah
untuk itu, semua sedia Insya Allah
"Kejayaan Manusia, Hanya Dalam Agama. Sejauh Mana Dapat Taat Perintah Allah, Dan Hidup Ikut Cara Nabi SAW" Insya Allah.
Targhib Iman Insya Allah
Selasa, 5 Januari 2010
Label:
targhib Insya Allah,
usaha atas iman
Dicatat oleh
hainur hapis
di
8:53 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan