Assalamualaikum
Credit kepada blog utz akhi jap
"Daripada Ibnu Omar r.a berkata : Berhadap Rasulullah S.A.W . kepada kami (pada suatu hari) kemudian beliau bersabda; "Wahai kaum Muhajirin, lima perkara kalau kamu telah dibalakan dengannya (kalau kamu telah mengerjakannya), maka tiada kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah S.W.T ,semoga kamu tidak menemui masa itu. Perkara-perkara itu ialah :
- Tiada terzahir (nampak) perzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani berterus terang melakukannya, kecuali mereka akan ditimpa penyakit Tha'un yang cepat merebak di kalangan mereka, dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang terdahulu.
- Dan tiada mereka mengurangkan sukatan dan timbangan, kecuali mereka akan dibalakan dengan kemarau dan susah mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangan pemimpin mereka.
- Dan tiada mereka menahan mereka akan zakat harta benda kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tidak ada binatang ( yang juga hidup di atas permukaan bumi ini),tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah S.W.T.
- Dan tiada mereka mungkir akan janji Allah S.W.T dan Rasulnya kecuali Allah S.W.T akan menguasakan ke atas mereka , maka musuh itu merampas sebahagian dari apa yang ada di tangan mereka.
- Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka ( di saat itu ) Allah S.W.T akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri."
Hadis di atas menerangkan bahawa:
- penyakit Tha'un dan Aids adalah berpunca daripada berlaku banyak perzinaan.
- Kesukaran mencari rezeki dan kezaliman pimpinan adalah berpunca daripada rakyat yang mengurangi sukatan dan timbangan.
- Kemarau yang panjang adalah berpunca dari tidak mengeluarkan zakat.
- Kemampuan musuh mengambil sebahagian dari apa yang dimiliki oleh kaum Muslimin adalah berpunca daripada mereka mengkhianati janji-janji mereka kepada Allah S.W .T
- Perang saudara yang berlaku di kalangan kaum Muslimin adalah berpunca daripada mengenepikan hukum Allah S.W.T dan tidak mahu menjadikan al-Quran sebagai undang-undang di dalam kehidupan.
CATATAN AKU PULAK :
Salah satu tanda akhir zaman, adalah berlaku nya penipuan2
so ini mungkin satu lagi penipuan
maksud nya , satu usaha untuk mengelirukan / menipu umat islam
kalau kalimah Allah boleh di pakai di kalangan orang kafir
maka anak2 kita esok mgkn blh terkeliru
kerana inilah sebahagian penipuan2 akhir zaman yang memang akan berlaku
mgkn ini antaranya , atau lain penipuan lagi
kalau tuan2 baca apa yang dah saya BOLD kan di atas
ayat tu bgtau , KAMU MELANGGAR JANJI2 KAMU PADA ALLAH
sudah tentulah
hari ni berapa org islam yang dpt jaga sembahyang
ada yang solat kt rumah pun ada
yang tak sembahyang pun ramai
kalau kita beribadah kt rumah
mcm mana kita nak sebarkan islam
kita tak syiar kan,
kita byk ilmu,
tp beramal belum tentu,
beramal bukan dgn banyak ilmu
tp dgn kekuatan iman
kekuatan iman , datang dengan mujahadah
mujahadah usaha atas iman
ialah dengan jumpa manusia ( atau keluarga sendiri, atau kawan2 )
dan cakap kebesaran Allah.
katakan Allah yang buat segala2nya
nak cakap kebesaran Allah ni pun
adalah amalan para Sahabat r.a
bila muzakarah kebesaran Allah
maka kebesaran Allah masuk dalam hati
iman masuk dlm hati
pergi jumpa manusia
lorong ke lorong , pintu ke pintu
cakap kebesaran Allah
dengan mujahadah
kadang kene maki
kadang di pandang rendah
bila mujahadah baru dpt iman
baru senang nak amal
hafal byk2 ilmu pun belum tentu ada kekuatan nak dtg smyg ( berjemaah )
usaha atas iman, maka akan dapat iman Insya Allah
solat adalah tiang agama
meninggalkan solat , bermakna meruntuhkan agama
kalau kita tak seru manusia , mcm mana manusia nak datang pada perintah Allah
umat perlu di seru, ajak mereka menunaikan perintah2 Allah
Maulana Ilyas r.ah pernah berkata :
"Hari ni kita mendambakan perkara yang besar2,
sedang kan perkara yang kecik pun kita tak dapat nak jaga,
mcm mana Allah nak bagi perkara yang besar"
Sedia Insya Allah.
"Kejayaan Manusia, Hanya Dalam Agama. Sejauh Mana Dapat Taat Perintah Allah, Dan Hidup Ikut Cara Nabi SAW" Insya Allah.
2 ulasan:
salam..semoga kita sama2 meningkatkan iman dlm diri kita ya syeikh..
Insya Allah
Jazaka Allah Khir
Doa utk ana
Catat Ulasan