Adolf Hitler & Islam

Selasa, 20 Julai 2010












Penyelidikan tentang Adolf Hitler yang ditutup oleh Yahudi dan sekutunya





Apa yang bakal anda baca ini ialah sebuah email yang saya terima dari
seorang kawan dari Arab Saudi...saya terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan
saya kongsi bersama anda semua...
____________________________________________________________________________













Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di
zaman ini...


(Embedded image moved to file: pic26777.jpg)
http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs061.ash2/36409_1438335553333_1081327063_1267087_5851615_n.jpg







Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD
beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau
berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan "Takkan dah habis
semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan
tajuk?"

Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.

Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara
berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya...lalu dia
bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.

Lalu dia berkata : " Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat
dari itu...pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama...tapi kenapa
dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan
nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan
kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak
Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?"

Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : "Ada dua sebab
-

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel.
Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana
beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan
terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga
tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini
telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah
mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih
kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu
masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat
begitu hebat satu ketika dulu.

Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah
berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun
kepada tentera yang bukan Islam.


(Embedded image moved to file: pic15573.jpg)
http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs055.snc4/35105_1438312232750_1081327063_1267002_6319388_n.jpg







Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam
untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua...bahkan tentera
German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu
sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau...


(Embedded image moved to file: pic05097.jpg)
http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs030.ash2/34853_1438313192774_1081327063_1267003_7735002_n.jpg








(Embedded image moved to file: pic16512.jpg)
http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs128.snc4/36757_1438313352778_1081327063_1267004_486271_n.jpg







Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka
serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam
mentadbir...


(Embedded image moved to file: pic23986.jpg)
http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs066.snc4/34639_1438313832790_1081327063_1267005_531180_n.jpg





Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy




Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi
mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama
Islam untuk membunuh Yahudi...


(Embedded image moved to file: pic13290.jpg)
http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs037.snc4/34220_1438314952818_1081327063_1267006_2975683_n.jpg








(Embedded image moved to file: pic09161.jpg)
http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs039.ash2/35308_1438328913167_1081327063_1267065_5900808_n.jpg








(Embedded image moved to file: pic18636.jpg)
http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs088.ash2/37731_1438329553183_1081327063_1267068_1802751_n.jpg





Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds




Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara
aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah
apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti.
Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar
bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar
dan semua orang boleh melihatnya di internet.

Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa
beberapa perkara :

1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan.
Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan
yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari
bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German
mencadangkan ayat Al-Quran :

(?????? ?????? ????? ?????) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan
akan terbelah...

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam
pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir
menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi
maksud yang mendalam.

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang
ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan
ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi...


2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar

Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam
ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.

" Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah
sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German
dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku
akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu
demi pemimpin ku"


3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar
semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para
doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan,
sambil mangatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak
untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya
menyentuh arak?"

Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau...minuman
kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas...


Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler,
tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak
Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.
























"Kejayaan Manusia, Hanya Dalam Agama. Sejauh Mana Dapat Taat Perintah Allah, Dan Hidup Ikut Cara Nabi SAW" Insya Allah.




 http://blogkarkun.blogspot.com

.:: WAKA-WAKA : GAMBAR DI STUDIO SIRIM SHAH ALAM ::.

Selasa, 13 Julai 2010


















"Kejayaan Manusia, Hanya Dalam Agama. Sejauh Mana Dapat Taat Perintah Allah, Dan Hidup Ikut Cara Nabi SAW" Insya Allah.




 http://blogkarkun.blogspot.com

.:: PETUA JAGA KESIHATAN BADAN DARI AMALAN BAGINDA S.A.W INSYA ALLAH ::.

Ahad, 11 Julai 2010

Petua Kesihatan Dari Nabi Kita, Nabi S.A.W





jom kongsi sama2


Ada sedikit ilmu yg ingin saya kongsi bersama dengan kawan2 semua?
Rupa2nya tanpa kita sedo, dalam makanan yg kita makan sehari2,
kita takboleh main balun aje?
sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis,lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit apabila kitatelah tua nanti.
Apabila kawan2 telah mengetahui ilmu ini,
tolonglahajarkan kepada yg lain2nya.


Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga.
Ustaz Abdullah Mahmood kata,
Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jagapemakanannya sehari2.
apa kata kita ikut diet ini kawan2.
tak payahlahsusah2 makan pil untuk kurus?
Insyaallah kalau kawan2 ikut diet Rasullullah ini?.
Garenti? kawan2 takkan sakit perut ataupun keracunan makanan.


Jangan makan SUSU + DAGING
Jangan makan DAGING + IKAN
Jangan makan IKAN + SUSU
Jangan makan AYAM + SUSU
Jangan makan IKAN + TELUR
Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
Jangan makan SUSU + CUKA
Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL# 


JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI ,
SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIHDAHULU,
BARU MAKAN NASI.# 


TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.#


JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM .
SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM
DIAAKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.




Nampak memanglah pelik.. tapi, kalau tak percaya... kawan2
cubalaa................................


Ianya takdelah dalam jangka masa terdekat nie.... 
Ianya berkesan bila kitasudah tua nanti.
Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur denganmakanan laut.
Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu.
di kuatiri akan cepatmendapat penyakit.
Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana 
dalam badan ayammengandungi ion+ 
manakala dalam ikan mengandungi ion-, 
jika dalam suapanayam bercampur dengan ikan
maka terjadi tidakkan balas biokimia yangterhasil yang boleh merosakkan usus kita.




p/s : 




Sampaikan walau sepatah...Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik.
Air sejukyang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita bolehsaksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi.
Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).




Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurangkurangnya seminit selepas membaca doa). 
Ia boleh mengelak dari sakit peningatau migrin. 
Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapadalam sehari perlu kita sujud. 
Ahli-ahli sains telah menemui beberapamilimeter ruang udara dalam salurandarah di kepala yg tidak dipenuhi darah. 




Dengan bersujud maka darah akanmengalir keruang berkenaan.
Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklahmenjilat jari. 
Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyakterkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur.(enzyme sejenis alat percerna makanan,
tanpanya makanan tidak hadam)




Wassalam...Sama2lah kita mengamalkannya.......
WallahuA'lamSabda nabi Ilmu itu milik tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demikebaikkan insyaallah Allah akanmenggandakan 10 kali kepadanya.









"Kejayaan Manusia, Hanya Dalam Agama. Sejauh Mana Dapat Taat Perintah Allah, Dan Hidup Ikut Cara Nabi SAW" Insya Allah. 


.:: DALIL SAHABAT R.A KELUAR DI JALAN ALLAH ::.

Jumaat, 9 Julai 2010




Para Sahabat Keluar ke Jalan Allah


Sebanyak 150 jemaah telah dihantar dari Madinah dalam masa 10 tahun tersebut. Baginda s.a.w. sendiri telah menyertai 25 daripada jemaah-jemaah tersebut. Sebahagian jemaah tersebut terdiri daripada 10,000 orang, ada yang 1,000 orang, 500 orang, 300 orang, 15 orang, 7 orang dan sebagainya. Jemaah-jemaah ini ada yang keluar untuk 3 bulan, 2 bulan, 15 hari, 3 hari dan sebagainya. 125 jemaah lagi sebahagiannya terdiri daripada 1000 orang, 600 orang, 500 orang dan sebagainya dengan masa 6 bulan, 4 bulan dan sebagainya.


Sekiranya kita menghitung dengan teliti maka akan didapati purata masa yang diberikan oleh setiap sahabat untuk keluar ke jalan Allah dalam masa setahun ialah antara 6 hingga 7 bulan.




Sahabat keluar 5 tahun


Pada tahun 627M satu rombongan sahabat-sahabat Nabi S.A.W yang diketuai oleh Wahab bin Abi Qabahah dikatakan telah mengunjungi Riau dan menetap selama 5 tahun di sana (sebelum pulang ke Madinah)
(dipetik dari kitab 'Wali Songo dengan perkembangan Islam di Nusantara', )




Sahabat keluar 6 bulan


Bara’ Radiyallahu 'anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam telah mengutus Khalid ibne-Walid Radiyallahu 'anhu kepada penduduk Yamen untuk mengajak mereka masuk Islam. Bara berkata: Aku juga termasuk dalam jamaah itu. Kami tinggal di sana selama 6 bulan. Khalid radiyalaahu anhu selalu mengajak mereka untuk masuk Islam, tetapi mereka menolak ajakannya.


Kemudian Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam mengutus 'Ali ibne-Abi Talib Radiyallahu 'anhu ke sana dan memerintahkan kepada Khalid r.a. untuk kembali dengan seluruh jamaah kecuali salah seorang dari jamaah Khalid r.a. yang mahu menemani Ali r.a, maka ia boleh ikut serta dengan Ali r.a. Bara r.a berkata: Akulah yang menemani Ali r.a. selama di sana. Ketika kami betul-betul dekat dengan penduduk Yaman, maka mereka keluar dan dan dating kehadapan kami. Lalu Ali r.a. mengatur shaf mereka untuk mengerjakan solah dan Ali yang menjadi imam dalam solah kami.


Selesai solah, Ali r.a membacakan isi surat Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam kepada mereka. Setelah mendengar isi surat Rasulullah sallalaahu alayhi wasalam itu maka seluruh Bani Hamdan masuk Islam. Kemudian Ali r.a. menulis surat kepada Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam yang isinya memberitahukan tentang ke-Islaman mereka kepada baginda. Setelah isi surat tersebut dibacakan kepada Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam, maka baginda langsung sujud syukur kepada Allah Swt. Setelah mengangkat kepala, baginda berdoa: Keselamatan bagi Bani Hamadan. Keselamatan bagi Bani Hamadan. (Bukhari, Baihaqi, Bidayah-wan-Nihayah)
(Dipetik dari kitab Muntakhab Ahadith, bab Dakwah dan Tabligh,)




Keluar 4 bulan


Ibn Juraij berkata: “Ada seseorang yang menceritakan kepada saya bahawa pada suatu malam ketika Umar radiyalaahu anhu sedang berkeliling (ghast) di sekitar lorong-lorong kota Madinah, tiba-tiba beliau mendengar seorang wanita sedang melantunkan sya’ir:


”Betapa panjang malam ini dan betapa gelap di sekelilingnya, Daku tidak boleh tidur kerana tiada yang tersayang yang boleh ku ajak bercumbu Andai bukan kerana takut berdosa kepada Allah yang tiada sesuatu pun dapat menyamaiNya Sudah pasti ranjang ini di goyang oleh yang lainnya."
Ketika Umar r.a. mendengar sya’irnya itu, maka dia bertanya kepada wanita tersebut, “Apa yang terjadi padamu?” Wanita itu menjawab, “Saya sangat merindukan suami saya yang telah meninggalkan saya selama beberapa bulan.” Umar r.a. betanya, “Apakah kamu bermaksud melakukan hal yang buruk?” Wanita itu menjawab, “Saya berlindung kepada Allah.” Umar r.a. berkata, “Kuasailah dirimu! Sekarang saya akan mengutus orang untuk memanggil suami mu.”


Setelah itu Umar r.a. bertanya kepada anak perempuannya Hafsah r.anha, “Aku akan bertanya padamu mengenai sesuatu masalah yang membingungkan aku, mudah-mudahan kamu boleh memberi jalan keluar untukku. Berapa lama seorang wanita mampu menahan kerinduan ketika berpisah dari suaminya?” Mendengar pertanyaan itu, Hafsah r.anha menundukkan kepala merena merasa malu. Umar r.a. berkata, “ Sesungguhnya Allah tidak pernah merasa malu dalam hal kebaikan.” Hafsah menjawab sambil berisyarat dengan jari tangannya, “Tiga sampai empat bulan.” Kemudian Umar r.a. menulis surat kepada setiap amir (pimpinan) pasukan tentera Islam supaya tidak menahan anggota pasukannya lebih dari 4 bulan.”
(Riwayat Abdur Razzaq dalam kitab Al-Kanz Jilidl VIII, m/s.308).


Ibnu 'Umar (Radiallahu'Anhu) mengatakan bahawa pada suatu malam Umar r.a. keluar (untuk melihat ehwal orangramai), tiba-tiba beliau mendengar seorang wanita sedang bersya’ir:


"Betapa panjang malam ini dan betapa gelap di sekelilingnya Aku tidak boleh tidur kerana tida yang tersayang yang boleh kuajak bercumbu." 


Kemudian Umar r.a. bertanya kepada Hafsah r.anha, berapa lama wanita dapat bertahan tidak bertemu dengan suaminya?” Hafsah r.anha menjawab, “Enam atau empat bulan.” Maka Umar r.a. berkata, “Untuk selanjutnya saya tidak akan menahan tentera lebih dari masa itu.”
(Hr. Baihaqi dalam kitabnya jilid IX m/s 29)
[seperti yang dipetik dari kitab Hayatus Sahabah, bab Al-Jihad]




Keluar 40 hari


"Seorang lelaki telah datang kepada Saiyidina Umar ibnu Khattab r.a. maka Saiyidina Umar r.a. pun bertanya: Di manakah engkau berada? Dijawabnya: Saya berada di Ribat. Saiyidina Umar r.a. bertanya lagi: Berapa hari engkau berada di Ribat itu? Jawabnya tiga puluh hari. Maka berkata Saiyidina Umar r.a.: Mengapa kamu tidak cukupkan empat puluh hari?
(Kanzul Ummal, Juzuk 2 muka surat 288, dipetik dari kitab 'Risalah ad Dakwah)




Keluar 3 hari


Daripada Ibnu Umar r.a. berkata: Nabi SAW telah memanggil Abdul Rahman bin Auf r.a. lalu bersabda: Siap sedialah kamu, maka sesungguhnya aku akan menghantar engkau bersama satu jama'ah maka menyebut ia akan hadis dan katanya: Maka keluarlah Abdul Rahman hingga berjumpa dengan para sahabatnya, maka berjalanlah mereka sehingga sampai ke suatu tempat pertama bernama Daumatul Jandal, maka manakala ia masuk ke kampung itu ia mendakwah orang-orang kampung itu kepada Islam selama tiga hari. Manakala sampai hari yang ketiga dapat Islamlah Asbagh bin Amru al Kalbi r.a. dan adalah ia dahulunya beragama Nasrani dan ia ketua di kampung itu.
(Hadith riwayat Darul Qutni, dipetik dari kitab 'Risalah ad Dakwah)









"Kejayaan Manusia, Hanya Dalam Agama. Sejauh Mana Dapat Taat Perintah Allah, Dan Hidup Ikut Cara Nabi SAW" Insya Allah. 




 http://blogkarkun.blogspot.com

>> KELEBIHAN AYAT QURSI , WANITA TERSELAMAT DARI PENZINAAN DGN IZIN ALLAH >>

Khamis, 8 Julai 2010

Dari Email :


Kisah benar ini  berlaku di US. 
Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US.  Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. 

Suatu malam perempuan  ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia  mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan  tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu. 

Disebabkan hari yang  agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak  gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan  bersaorangan. 

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih  Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan  tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah  memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan  agar Allah membantu dia disaat itu. 

Masa dia melepasi tempat lelaki itu  bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik  lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke  rumahnya. 

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang  perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong  yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut.  Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah  perogol itu. 

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat  aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas  siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang  dicari. 

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia  mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu,  tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu  sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol  tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat  lain). 

Dia pun tanya perogol itu.. 

“Why don’t you do anything to  me on that night even though you know that I’m alone?” 
(Kenapa awak tak buat  apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa  tu?) 

Perogol tu jawab: 

“No, you are not alone. That night I saw  two young man walking with you. One on your right side and the other one was by  your left side. If you were alone of course you will be my victim.” 
(Tak,  awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan  awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah  awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..) 

Wanita ni  rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat  Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia  baca malam itu. 


p/s : MORAL CERITA INI??? 

Jika kita sebagai  hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia  pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi  pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas  yang ditetapkan Islam. Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah  malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan  diriNya. 

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat  tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang  siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan  memberi pertolongan kepadanya ..." 
[Dari Abdullah bin ‘Amr  r.a.] 

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan  ku... 
semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang  bermanfat... 
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata  orang mukmin iaitu DOA…. 

semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari  kejahatan syaitan yang di rejam……. 

Korang yg bergelar  wanita...amalkanlah.. 
moga lelaki bermata buaya emas tak ganggu  kalian...

.:: SELESAIKAN MASALAH DENGAN AMAL INSYA ALLAH ::.

Khamis, 1 Julai 2010

"Ubatilah Penyakit Mu Dengan Sedekah"


"Barangsiapa yang bersedekah di pagi hari, maka dia akan terhindar dari di timpa bala
  sepanjang hari itu"


"Barang siapa makan madu di pagi hari, maka dia akan terhindar dari di timpa penyakit
  sepanjang hari itu"


"Rumah yg ada madu di dalam nya, malaikat mendoakan rahmat ke atas rumah itu"


"Barangsiapa membaca Surah Al-Waqiah di malam hari, maka dia akan terhindar
  dari kepapaan buat selama2nya"




"Barang siapa makan tanpa 'sapra' ( alas lapik makanan - biasanya di letak di bwh pinggan atau dulang ) , maka dia akan mewarisi kepapaan"




"Barangsiapa yg berjimat ( tidak membazir air ) ketika mengambil air wuduk,
  maka ALLAH akan pelihara harta nya dari pembaziran"


"Barangsiapa baca surah Kursi di dalam rumah nya, maka syaitan tidak akan dapat menghuni rumah itu"




"Barangsiapa masuk ke rumah dgn nama ALLAH, maka syaitan tidak dpt masuk dan tidak dapat memakan makanan dalam rumah org itu"




"Barangsiapa solat isyak berjemaah di masjid ( maka dia seolah2 beribadah separuh daripada malam, dan barangsiapa solat subuh di masjid, ( maka dia seolah2 beribadah spjg2 mlm )"




"Org munafik sukar utk solat isyak dan subuh berjemaah di masjid"




"Barangsiapa dapat menjaga solat pada dua waktu sejuk, maka dia akan dapat jaga ke semua wktu dalam solat. 2 solat wktu sejuk itu ialah ( asar dan subuh )".






"Sebaik2 rezeki yg kamu makan itu adalah dari hasil usaha tangan kamu sendiri"




"Solat wanita di biliknya sendiri adalah lebih besar ganjaran nya dari wanita itu solat di depan masjid Nabawi"




"Rumah yang tidak ada kurma, adalah umpama rumah yg tidak ada makanan"




Cara2 minum air zam-zam , adalah dengan berdiri menghadap kiblat, buka serban atau kopiah, dgn doa dan niat. INSYA ALLAH niat yg di niat mdh2an akan di kabulkan ALLAH.




Bersihkan harta dengan mengeluarkan zakat




"Sebaik2 harta yg kamu miliki di dunia ini, adalah isteri yang solehah"









"Kejayaan Manusia, Hanya Dalam Agama. Sejauh Mana Dapat Taat Perintah Allah, Dan Hidup Ikut Cara Nabi SAW" Insya Allah.