MENJAWAB PERSOALAN JEMAAH TABLIGH TINGGALKAN ANAK ISTERI UNTUK KELUAR DI JALAN ALLAH.

Sabtu, 20 November 2010

JEMAAH TABLIGH TINGGALKAN ANAK ISTRI LI I’LAI KALIMATILLAH.


 Perginya seorang keluar di jalan Allah bukan untuk habiskan waktu di masjid, duduk2, dzikir, pegang tasbih, kalaulah ini yang dibuat maka ini adalah bentuk kezaliman terhadap keluarga. Tetapi para shahabat dahulu tinggalkan isteri berbulan-bulan bahkan ada Al Faruq ayah dari Rabi’ah Al Faruq seorang muhaddits telah tinggalkan istri 27 tahun adalah untuk meninggikan kalimat Allah dengan berdakwah. Datang dari kampung ke kampung, Bandar ke Bandar, dengan cara membentuk Jemaah dakwah. Bahkan di zaman Rasulullah saw tak kurang dari 150 jemaah telah dihantar Rasulullah saw. Dan Nabi sendiri telah ikut tak kurang dari 25 kali. Kini orang ramai ingin tegakkan agama hanya dengan duduk2 di kedai kopi sambil mencela sesama muslim…Mungkinkah???


TERTIB DAKWAH JEMAAH TABLIGH ADA DALAM KITAB HAYATUSHAHABAH.

Maulana Muhammad Yusuf Rah A telah berkata: Kalau saya tuliskan suatu kitab usul atau tertib kerja dakwah tabligh ini maka yang membaca hanyalah orang-orang yang ikut dalam kerja dakwah saja sedangkan yang lain tidak membacanya. Padahal dakwah ini memiliki usul dalam kehidupan para sahabat nabi. Karena Allah swt jadikan shahabat sebagai contoh tauladan umat. Untuk itulah saya tuliskan kitab HAYATUSSHAHABAH. Maulana Ahmad Lat telah berkata bahwa kitab Hayatusshahabah sudah cukup untuk dijadikan ushul dalam kerja dakwah dan tabligh ini, tak perlu tambahan apa-apa, siapa yang ikut cara mereka akan ada jaminan keselamatan baginya. Hayatusshahabah dihimpun dalam 3 jilid. Ketiga jilid merupakan keajaiban yang besar, karena belum ada kitab hadits yang ditulis dengan cara seperti ini. Permulaan kitab ditulis dengan ayat : “Dari kalangan orang beriman ada laki-laki yang telah membenarkan janjinya kepada Allah yakni mereka syahid dan mencari cari jalan untukk syahid” Seolah-olah Maulana Yusuf Rah A ingin katakan inilah kitab yang berisi kisah orang yang telah tunaikan janjinya kepada Allah SWT. Akhir dari kitab ini adalah carita tentang bantuan-bantuan Allah secara ghaib yang diberikan kepada para shahabat. Sehingga tengah-tengah antara keduanya adalah berisi cara untuk datangkan bantuan itu.


Mereka menamsilkan bahwa kehidupan shahabat ibarat lautan yang mana jika orang akan berenang di dalamnya harus tanggalkan dulu pakaiannya dan diganti dengan baju renang. Ayat pembuka seolah pakaian yang bias menyelam dalam kehidupan mereka. Selama kita tidak tanggalkan pakaian kita hari ini dan diganti dengan pakaian para sahabat, maka selama itu kita tidak akan faham kehidupan para sahabat dalam memperjuangkan agama. Pakaian kita hari ini yakni saya seorang doktor, seorang guru, seorang ayah, seorang suami, harus kita tanggalkan seketika dan menggantinya dengan pakaian para sahabat yakni Syahid dan Bersiap-siap untuk Syahid.


Ada juga yang mengkritik dan bertanyakan mana dalil dakwah dengan cara keluar di jalan Allah ?? Mana dalilnya tinggalkan anak istri untuk dakwah ?? Mana dalilnya 4 bulan 40 hari? Sebenarnya kisah tersebut telah ada dalam kitab hayatusshahabah dengan sanad hadits yang jelas. Hanya orang yang tidak mahu mujahadah untuk meniru kehidupan shahabat tak akan faham dengan kehidupan mereka. Bagaimana mungkin orang akan faham agama dengan cara satu keadaan yang tak sama. Hanya mengkajinya di majlis taklim setelah itu pulang ke rumah bersuka-ria sama anak istri, menonton TV dll. Sementara para shahabat Nabi bermujahadah dalam terik matahari, kehausan, berhadapan dengan musuh, musim dingin, dsb. Sedangkan Al Quran turun kepada mereka dalam keadaan suasana yang berlainan bukan di majlis taklim. Surah At Taubah turun di musim panas, surat Al Ahzab di musim dingin dsb. Mustahil akan dapat memahami Al Quran tanpa mengambil pengorbanan mereka.


JEMAAH TABLIGH BUKAN ORGANISASI TETAPI DALAM KERJA DAKWAHNYA 


TERORGANISIR. Di mulai dari penanggung jawab mereka untuk seluruh dunia yang dikenal dengan Ahli Syura di Nizamuddin, New Delhi, INDIA. Kemudian di bawahnya ada syura Negara, misalnya : Syura Malaysia, Indonesia, Amerika, dll. Kini hampir ada lebih dari 250 negara yang memiliki markaz seperti Masjid Sri Petaling dan Masjid Kebon Jeruk Jakarta. Kemudian ada orang tanggungjawab bagi negeri2 kemudian dipecahkan lagi orang tanggungfjawab bagi halqah2. Di bawah halaqah terdiri dari beberapa mahalah yakni masjid yang hidup amal dakwah dan masing-masing mereka ada tanggungjawab yang dipilih oleh musyawarah tempatan masing-masing. Di India ada masjid yang menjadi Muhallah sekaligus halaqah dimana di dalam masjid hidup 10 kelompok kerja (jemaah yang dihantar tiap bulan 3 hari). Semua permasalahan diputus dalam musyawarah sehingga tak ada perselisihan di antara mereka dan mereka punya sifat taat kepada hasil musyawarah. Walaupun mereka tak pernah katakan bentuk mereka kekhalifahan seperti harakah lain yang mempropagandakan Khilafatul Muslimin, tetapi system jemaah tabligh terlihat begitu rapi sehingga mereka saling kenal satu sama lain karena jumlah orang yang pernah keluar di jalan Allah tercatat dan terdaftar di markaz dunia. Setiap 4 bulan mereka berkumpul musyawarah Negara masing-masing kemuadian dibawa ke musyawarah dunia di Nizamuddin, India. Musyawarah harian ada di mahalah masing-masing untuk memikirkan orang kampung mereka masing-masing sehingga biarpun ada yang pergi tasykiil tetaplah ada orang di maqami yang garap dakwah di sana.


Yang jelas mereka telah amalkan ayat : “Hendaklah ada di antara kamu umat (Ibnu Abbas mengartikan jemaah) yang mengajak kepada kebaikan, memerintah kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar, merekalah orang yang mendapat kejayaan.” (QS Ali Imran) 





"Kejayaan Manusia Hanya Dalam Agama. Sejauh Mana Dapat Taat Perintah Allah Dan Hidup Ikut Cara Nabi SAW" Insya Allah.

 http://blogkarkun.blogspot.com

NOORMAN MASREK

Ahad, 14 November 2010










"Kejayaan Manusia Hanya Dalam Agama. Sejauh Mana Dapat Taat Perintah Allah Dan Hidup Ikut Cara Nabi SAW" Insya Allah. 


 http://blogkarkun.blogspot.com

HINDARI RASA JEMU WALAUPUN SUDAH LAMA BERKAHWIN DENGAN ISTERI


Untuk renungan dan perhatian isteri2 dan bakal isteri... Buat Iktibar kita semua dan para suami / lelaki, renung2 kan lah.

Kisah benar yang terjadi kepada seorang isteri... dan ceritanya bermula begini..


"Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin puan2 tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka. Walaupun mereka tidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka mereka menilai secara diam2 dan membanding kita dengan perempuan lain.

Barangkali suami puan2 tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan.. Saya seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak, Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang anak. Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan suami saya berkerja biasa saja..

Kebanyakan belanja rumah seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang menbayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa.

Suami saya bolehlah di katakan menarik jika dibandingkan saya, tinggi, putih dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya. Saya mengabdi diri seluruhnya untuk rumah tangga, pagi sebelum pergi kerja saya akan masak utk anak2, sarapan utk suami, saya memandu sendiri ke pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang menyediakan segala keperluan rumahtangga.

Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal perwatakkan saya. Saya memakai tudung, dia nampak biasa saja, tetapi dia tidaklah sentiasa tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya, memeluk atau memegang saya,biasa shj kami akan bersama bila waktu malam apabila dia perlukan saya.

Baru2 ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja sendiri. Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30 tahun. Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis tersebut semasa waktu kerja. Hubungan yang terjalin nampaknya telah sampai ke tahap hubungan seks.

Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia menafikan,tetapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia mengaku. Saya ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan. Apa kurangnya saya, dia akhir berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurang dengan saya, saya menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu shj tiada rangsanngan lagi bila melihat saya.

Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang di lihat cantik,menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan cemburu pada lelaki lain.Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman wanitanya mempunyai kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap, fashion yang menarik.

Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa saja,kuku saya pendek dan kadang2 rosak kerana memasak, rambut pulak kadang2 berbau bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari, Perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya bert-shirt dan berkain batik.

Hari2 melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya, bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah, anak2.Tiada topik menarik seperti teman wanitanya yg boleh bercakap pasal politik,carreer, mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali dunia yang baru mengaenai fashion, korporat, jadi dia merasakan seperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut.

Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertama memang saya di lahirkan begini, kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri, ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk kecantikan.

Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga dia tetapi dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati ingin bersama wanita menarik yang boleh menbuat dia berasa bangga.

Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi sy tidaklah duduk meratap tetapi menghadiri slimming session dan membelanjakan duit separuh untuk kecantikan bukan untk lelaki tetapi untuk kepuasan sendiri, biarlah saya pendek dan sedikit tembam tetapi saya berazam untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik.

PS (Pendapat Aku) : Penting di sini kita memahami erti perkahwinan. Perkahwinan adalah bukan tempat kita untuk berseronok-seronok dan jangan bertindak zalim dengan perbuatan kita. Perkahwinan adalah sebahagian cara utk kita mencari keredhaan Allah. Dan perkahwinan itu sebahagian dari Iman. Dan perkahwinan juga tempat kita di uji. Maka, bersabarlah dan bertindak dengan bijak dengan penuh hikmah .

"Bagi lelaki yg berfikir utk bertindak spt ini, fikirkanlah, btp besarnya pengorbanan seorg isteri demi sebuah keluarga yg sempurna. Jadikanlah kebaikkan seseorg isteri itu sbg hiasan untuk anda, tetapi jadikanlah keburukkan seseorg isteri itu sbg t'jawab utk anda memperbaikinya....InsyaAllah......."










"Kejayaan Manusia Hanya Dalam Agama. Sejauh Mana Dapat Taat Perintah Allah Dan Hidup Ikut Cara Nabi SAW" Insya Allah. 


 http://blogkarkun.blogspot.com




TIPS : 







  • Jaga solat.  "Sesungguhnya solat mencegah dari fasakh dan mungkar". Biasanya orang yang tak menitikberat kan solat, (mungkin ada tinggal2 solat) slalunya org mcm ni yang terlibat dengan zina. Sama ada dia org bujang atau sudah berkahwin.

  • Solat yang betul adalah secara berjemaah di tempat azan di azankan di awal waktu. NABI SAW dan Para Sahabat r.a tak pernah sembahyang (suami-isteri) untuk solat fardhu di rumah kecuali solat sunat. Bila kita sembahyang di rumah, maka masjid akan kosong dan untuk hasilkan kekuatan dan keinginan untuk slalu dapat korbankan kesenangan/keselesaan di rumah untuk pergi ke masjid ialah dengan banyak mendengar tentang KELEBIHAN SOLAT BERJEMAAH daripada hadis2 NABI SAW. Hadis yang di kira dhaif boleh di amalkan(khususnya berkenaan fadilat) kerana ia dapat mentarghib diri. Hadis dhaif cuma tidak boleh dijadikan sebagai untuk urusan syariat,akidah dsb. WA ALLAH HU ALAM. Untuk datangkan jazbah(semangat) dalam beramal tidak salah. Kalau tak smua malas nak pegi masjid, sbb xde kekuatan, tak tau kelebihan. Sbb tu kena dgr hadis.

  • Da kwen pun kene jaga pandangan. Kalau tak, tak bersyukur dengan bini sendiri.

  • Isteri kena slalu pandai amik hati suami. INSYA ALLAH


Assalamualaikum.

Selamat Berpagi Ahad
Hidup adalah untuk mengumpulkan sebanyak2 kebajikan sebanyak mungkin.

"Berlumba-lumba lah kamu dalam membuat kebajikan" - Hadis


Bukan berlumba2 bermegah2 dengan harta yang diperolehi,
kalau tak tunai hak dalam harta tu pun susah jugak.

"Dalam rezeki kita ada hak orang lain"

INSYA ALLAH


ASSALAMUALAIKUM

7:28 pagi | Ahad | 14 Nov 2010.





  • Dalam rumah, wat majlis bacaan hadis bersama anak isteri. Beli sebuah kitab hadis,sebaik2nya hadis2 berkaitan kelebihan amal, supaya kita s'asa jazbah (semangat) utk beramal. Kalau hadis2 ttg kaifiat ni byk kita tau dah, masalah nya mcm mana nak amal. xde kekuatan. cukuplah kita tau sstu kaifiat amal, then kita kena dgr kelebihan amal tersebut berkali2, maka s'asa jazbah utk beramal INSYA ALLAH. Bukan memperbanyakkan blaja kaifiat, tp memperbanyakkan dgr kelebihannya INSYA ALLAH. Wat majlis bacaan Hadis di rumah , maka malaikat akan turun bawa rahmat. Rumah jadi tenang, anak2 taat, isteri taat INSYA ALLAH. Dalil nya, sahabat r.a dgr hadis dari Baginda SAW di masjid nabawi, kemudian mereka pulang, bgtau isteri. Isteri bgtau anak, dan anak2 main dgn kwn2 jiran nya juga muzakarah hadis yg sama. bukan ultraman, dan hero2 kartun barat. Kecik2 anak2 jgn bagi tgk tv, khususnya cter kartun tp banyakkan memperdengarkan kepada mereka kisah2 keunggulan sahabat r.a dlm memperjuangkan agama. Barulah rohani agama masuk dlm hati mereka INSYA ALLAH. Anak2 jiwa kosong, bersih, maka mudah di isi, ok?



USAHA ATAS IMAN

Sabtu, 13 November 2010

Assalamualaikum semua!
selamat pagi.

update pagi2 sabtu ni INSYA ALLAH.
kul 10 pagi nnt , aku masuk keje INSYA ALLAH
Doakan aku!

skang baru 7:22pagi ALHAMDULILLAH.

xde pe nak update sgt,
saja coret2 je kt sini.

tak larat, nak ikut setiap update kt blogkarkun (link di bawah)
byk sgt, then masa kurang, sbb urusan keje dsb.

malam lebih free la nak akses internet INSYA ALLAH.


"Barangsiapa bertawakal kepada ALLAH dgn sebenar2 tawakal,
 maka ALLAH SWT akan beri dia rezeki macam ALLAH SWT beri rezeki
 pada burung2. Pagi dia kuar dalam keadaan lapar, petang dia balik dalam kekenyangan"

Ni hadis kot. tapi rasanya bukan ayat QURAN.


Masa kt sri ptlg hari tu (masjid seri ptlg KL,berdekatan stadium bukit jalil - pusat dakwah daerah asia pasifik),
elders dtg

dan bgtau, satu org yang balik bkerja, dia akan bawa dua bungkusan di kedua belah tangannya,
sebelah tangan keampunan ALLAH, sebelah lagi ,REZEKI.


elders bgtau muamalat yg betul bermula dgn masjid.
bermula dgn menghidupkan amalan (amalan mcm masjid NABAWI di zaman NABI S.A.W)

iaitu usaha ziarah. skang amalan tu xde g di masjid nabawi skang,
malahan utk menghidupkan usaha Rasulullah S.A.W

di masjid nabawi, mgkn sukar. khabarnya usaha ziarah di sana di kawal ketat.
tidak boleh di lakukan secara terbuka.

mgkn inilah kelemahan iman umat islam sendiri, khususnya org arab.
mereka di kawal org yahudi kafir kot hehe.

takut pangkat hilang, kuasa hilang, harta hilang,
terpaksa membenarkan org kafir menguasai mereka.

kalau kita henti dari wat dakwah, maka ALLAH akan naikkan pemimpin yg zalim.

Amalan masjid Nabawi di zaman NABI SAW
kata ulama ada 4.



  • Adanya suasana DAKWAH
  • Adanya suasana TAKLIM WA TAKLUM (Ajar-mengajar)
  • Adanya suasana IBADAH
  • Adanya suasana KHIDMAT

Dari masjid NABAWI tersebut
NABI SAW bentuk jemaah
dan di keluarkan ke beberapa tempat
untuk wat dakwah 


hari ni umat islam jauh dari amal agama secara sebenar
sbb tu usaha utk memperingati umat islam perlu di buat terlebih dahulu

agar mereka mengutamakan kehendak ALLAH
dari kehendak duniawi mereka

masuk keje mesti sharp pukul 8
tp semayang zohor pukul 3 stgh pun takpe.

sahabat r.a masbuk je berkabung.

kita lebih sedih dgn takdir dunia
dari bersedih dgn ke'slek'kan dlm amalan.


tadi aku terbaca hadis, 

"Barangsiapa mahu buku amalan nya cantik pada hari kiamat, hendaklah dia memperbanyakkan ISTIGHFAR"


Bila umat islam majoritinya da bagus amal agama 100%
baru lah org kafir senang nak masuk islam.

so usaha nak jadikan umat islam baik dari segala segi,
kenalah dia usaha utk baiki diri dia.

Kata Imam Malik r.a.h : 

 "Umat kini tak dapat diislahkan melainkan bagaimana umat terdahulu di islahkan"



INSYA ALLAH.

Assalamualaikum.



"Kejayaan Manusia Hanya Dalam Agama. Sejauh Mana Dapat Taat Perintah Allah Dan Hidup Ikut Cara Nabi SAW" Insya Allah. 


 http://blogkarkun.blogspot.com

.:: SEDIKIT PERSOALAN TENTANG NEGARA ISLAM ::.

Khamis, 11 November 2010


A) "Mendirikan Negara Islam" tidak terdapat di dalam Al Quran dan
Hadith. Kenapa?





B) Surah An Nuur 55 : 






1 Allah yang beri
kekhalifahan (bukan kita yang sibuk hendak jadi kerajaan) 


2 Allah beri
kekhalifahan pada Mukmin (bukan Muslim) dan 


3 Kekhalifahan untuk
mukabumi (seluroh alam bukan Malaysia atau Kelantan sahaja). 


Adakah
kumpulan-kumpulan yang perjuangkan Islam memenuhi syarat-syarat Allah
ini?




C) Allah yang beri dan tarik
Kerajaan pada siapa yang Allah suka - Al Baqarah. 









Jika Allah yang beri,
bolehkah kita meminta?Jika Negara Islam diperjuangkan
atas jalan politik, bolehkah kumpulan-kumpulan Islam itu terselamat dari
dua racun yang mesti wujud dalam politik - 1 matlamat menghalalkan cara
dan 2 menyukakan makhluk walau pun Allah tak suka?



"Kejayaan Manusia, Hanya Dalam Agama. Sejauh Mana Dapat Taat Perintah Allah, Dan Hidup Ikut Cara Nabi SAW" Insya Allah

. http://blogkarkun.blogspot.com