Nahmaduhu WanuSolli Ala Rosulihil Karim, Amma Ba'du
FADILAT SEDEKAH
MENGHINDARKAN BALA
HADIS : "Yang Dinamakan bala itu, tidak akan mendahului sedekah"
HADIS : "Barangsiapa bersedekah di pagi hari, maka dia akan terhindar dari di timpa bala sepanjang hari itu"
Allah SWT mengembangkan harta dengan sedekah
MENGUBATI PENYAKIT
HADIS : "Ubatilah penyakit mu dengan sedekah"
Sedekah melapangkan hati
Berkata baik itu sedekah
Menolong memunggah barang saudara kita naik ke atas kenderaan nya juga sedekah
Membuang sesuatu yang bahaya dari jalan adalah sedekah
Menahan diri dari melakukan maksiat juga sedekah
"Kejayaan Manusia, Hanya Dalam Agama. Sejauh Mana Dapat Taat Perintah Allah, Dan Hidup Ikut Cara Nabi SAW" Insya Allah.
FADILAT SEDEKAH
Khamis, 31 Disember 2009
Label:
Kelebihan Fadilat Sedekah
Dicatat oleh
hainur hapis
di
11:21 PG
6
ulasan
KELUAR DI JALAN ALLAH INSYA ALLAH
MUZAKARAH 6 SIFAT SAHABAT R.A
Ulama’ kita telah gariskan , Kejayaan Umat ini , dan Umat akan datang
Adalah apabila mereka mengikut jejak para sahabat R.A
Kerana mereka di cintai Rasulullah SAW
“Apabila kamu ingin meniru, maka tirulah mereka yang telah mati ( sahabat2 R.A ) - Hadis
Sahabat R.A dapat title R.A , yakni kehidupan mereka di dunia , Allah telah redha dengan kehidupan mereka di dunia.
Kita umat yang sama, macam mana nak jalani kehidupan di dunia ini
Dengan dapat redha Allah, maka kita kene ikut jejak para Sahabat R.A
“SahabatKu Umpama bintang di langit, ikutilah mereka, nescaya kamu tidak akan sesat” – hadis
Jadi , Ulama’ telah gariskan beberapa perkara supaya kita dapat mengikuti jejak langkah mereka yang mulia.
Umumnya, Sahabat R.A ada 6 sifat yang mulia, iaitu :
1. Mereka ada hakikat Yakin atas kalimah LA ILA HA ILLA ALLAH,
MUHAMMADUR RASULULLAH
2. Mereka ada hakikat solat yang khusyuk dan khuduk
3. Mereka ada hakikat ilmu dan zikir
4. Mereka ada Ikramul muslimin
5. Mereka ada hakikat Niat Yang Ikhlas
6. Mereka ada Hakikat Dakwah dan Tabligh
( Lapang Diri, masa dan harta , Keluar di Jalan Allah )
Jadi , ke enam2 sifat inilah yang kita kene usahakan dalam diri kita. Ulama’ kata, bila mana 6 perkara ini ada dalam diri kita , maka kita mudah menuju kepada kesempurnaan agama Insya Allah.
Sekarang Kita muzakarahkan , macam mana ke enam2 perkara ini dapat hadir dalam diri kita.
1. USAHA ATAS KALIMAH LA ILA HA ILLA ALLAH, MUHAMMADUR RASULULLAH
KALIMAH LA ILA HA ILLA ALLAH :
MAKSUD :
Maksud dari pada kalimah ini , adalah “meyakini hanya sanya Allah SWT sahaja yang berkuasa,
Makhluk langsung xde kuasa”
CARA NAK DAPAT :
Jadi untuk dapat hakikat yakin pada Allah yang sempurna dalam hati, maka hari2 kene banyak cakap kebesaran Allah. Nafikan kebesaran makhluk, isbatkan kebesaran Allah dalam hati.
Jumpa manusia, cakap kebesaran Allah. Supaya kebesaran Allah akan masuk dalam hati , Insya Allah.
KELEBIHAN:
Bilamana akhir kalam dapat ucap kalimah toyyibah ini, maka wajib syurga baginya Insya
Allah.
Iman sebesar zarah, Allah Ta’ala bagi syurga 10 kali luas dunia , Insya Allah
KALIMAH MUHAMMADUR RASULULLAH
MAKSUD :
Meyakini hanya dengan cara Nabi SAW sahaja, bawa kejayaan pada kita, dunia dan akhirat.
Sunnah Nabi SAW terbahagi kepada 3 iaitu :
1. Sunnah Surah (Penampilan Nabi SAW)
2. Sunnah Sirah (perjalanan Nabi SAW)
3. Sunnah Sarirah ( fikir Nabi SAW)
CARA NAK DAPAT :
Penampilan Nabi SAW, umum mengerti macam mana penampilan Nabi SAW. Jadi kita punya penampilan pun kene macam Nabi SAW. (belajar2 Insya Allah)
Perjalanan Nabi SAW, Sunnah2 Baginda SAW dari Baginda SAW bangun tidur sampai Baginda SAW tidur balik. Kita pun kene wat perkara yang sama Insya Allah
Fikir Nabi SAW, adalah fikir risau umat nya, bagaimana setiap umat nya, boleh selamat dari azab api neraka , masuk syurga Allah SWT , Insya Allah. Kita juga kene belajar2 fikir risau umat Insya Allah.
KELEBIHAN
"Barangsiapa Mengikuti Sunnah Ku, Maka Dia Mencintai Ku, Barangsiapa MencintaiKu, Maka Dia Akan Bersama Ku Dalam Syurga" - Hadis
2. USAHA ATAS SOLAT YANG KHUSYUK DAN KHUDUK
MAKSUD :
Membawa ketaatan dalam solat, ke luar solat
( dalam solat kita merendahkan pandangan, di luar solat kita merendahkan pandangan.
Dalam solat kita zikir, di luar solat kita zikir, dll )
Ulama’ kata, mcm mana pembawakan kita dalam solat, mcm tu la kita di luar solat.
Dalam solat kita tawajjuh, luar solat pun kita akan tawajjuh, Insya Allah
Begitulah sebaliknya.
Solat Yang paling tinggi mutunya , dapat tarik nusrah Allah secara tunai
( Mcm mana kisah Saidina Ali K.AW tiada makanan, maka kisar gandum telah berputar mengeluarkan gandum asbab solat saidina Ali K.A.W tersebut. )
Dan Solat sekurang2nya, dapat cegah kita dari fasakh dan mungkar.
CARA NAK DAPAT:
Solat mengikut sunnah Nabi SAW, iaitu berjemaah, di tempat azan di azankan, di awal waktu.
KELEBIHAN :
Dengan jaga Solat, Allah SWT akan beri 5 ganjaran ,
1. Rezeki nya di permudahkan
2. Ditarik azab kubur
3. Mendapat buku catitan amal , dengan tangan kanan
4. Melintas titian sirat sepantas kilat
5. Masuk Syurga Tanpa Hisab
3. USAHA ATAS HAKIKAT ILMU DAN ZIKIR
Maksud Ilmu adalah mengetahui mana satu perintah Allah yang perlu diutamakan dalam satu2 keadaan.
Cthnya ketika bekerja, tiba2 azan berkumandang, maka satu orang yang ada kefahaman ilmu, dia akan tinggalkan kerja, dan pergi kepada sembahyang.
Inilah kefahaman ilmu yang sebenar. Hari ni banyak orang tahu agama. Tapi tak faham kehendak agama yang sebenar, hakikatnya.
Maksud ilmu juga, “Apa2 yang dapat membantu kamu mebajawab soalan kubur, itulah dikatakan ilmu.”
CARA NAK DAPAT :
Ilmu terbahagi kepada dua , ilmu fadhail dan ilmu masail
Ilmu masail , kita leh belajar dengan guru2 yang mursyid.
Ilmu masail maksud nya adalah ilmu mengenai hukum hakam sesuatu perkara
Ilmu fadail adalah ilmu tentang kelebihan sesuatu amal
Ilmu fadail boleh kita perolehi dengan duduk dalam majlis taklim
Atau mendengar bacaan kitab fadhail amal ( di dalam majlis taklim )
*Kita duduk dalam majlis taklim fadhail amal, supaya kita sentiasa ada jazbah untuk mengamalkan sesuatu amal , Insya Allah.
KELEBIHAN :
Satu orang yg berilmu lebih di takuti oleh syaitan, dari 1000 orang abid.
Tidur satu orang berilmu lebih ditakuti oleh syaitan dari seorang abid yang beribadah
Sepanjang2 malam.
4. USAHA ATAS IKRAM MUSLIMIN
MAKSUD :
Menunaikan hak suadara(seislam) kita , tanpa menuntut hak.
Memuliakan mereka, kerana iman yang ada dalam diri mereka.
Setiap orang islam adalah mulia di sisi Allah, kerana iman yang ada dalam diri mereka.
CARA NAK DAPAT :
1. Memuliakan Alim Ulama’
2. Menghormati Orang2 tua
3. Kasih Sayang kanak2
KELEBIHAN :
Menunaikan hak saudara seislam kita , Allah SWT akan bagi kita 73 hasanah
1 hasanah , Allah SWT akan bagi di dunia ( yang mana cukup utk keperluan kita di dunia )
72 hasanah lagi, Allah SWT akan bagi di akhirat kelak.
Satu orang yang membatalkan niat iktikaf, kerana pergi menunaikan hajat saudara dia,
Maka Allah SWT akan bagi dia 10 tahun pahala iktikaf yang di terima,
Satu malam ikitikaf, Allah SWT jauhkan dia dari api neraka sejauh 3 parit.
Satu parit, adalah sejauh jarak langit dan bumi.
5. USAHA ATAS NIAT YANG IKHLAS
Ikhlas bermaksud, melakukan perintah2 Allah SWT , semata2 kerana Allah SWT.
CARA NAK DAPAT :
Kita kene selalu check niat kita, sebelum-semasa-sesudah beramal
Pastikan ikhlas semata2 kerana Allah SWT.
KELEBIHAN :
Niat yang ikhlas semata2 kerana Allah SWT, Allah SWT akan lipat gandakan ganjaran amal.
Sebagaimana satu orang Sahabat R.A yang sedekahkan satu biji tamar, dan dia ikhlas kerana Allah SWT, maka Nabi SAW bgtau, dia punya pahala adalah sebesar gunung uhud.
6. USAHA ATAS DAKWAH DAN TABLIGH
MAKSUD :
Membetulkan salah faham kita, bahawa diri dan harta kita bukan milik kita, tetapi Allah SWT telah beli diri dan harta kita dengan syurga.
Jadi kita kene infakkan diri dan harta kita di jalan Allah SWT
CARA NAK DAPAT :
Bagi masa keluar di jalan Allah ( untuk usaha atas iman diri sendiri dan mengajak orang lain untuk usaha atas iman)
Selama 4bulan, atau 40 hari, atau 3hari.
Ulama’ kita bagitau, apa bila kita keluar jalan Allah SWT selama 4 bulan
Maka Allah SWT akan bagi roh agama.
Macam mana bayi dalam kandungan, 4 bulan je, dia dapat roh/nyawa.
Dalil:
Boleh klik link ini :
http://azharjaafar313.blogspot.com/2009/02/keluar-di-jalan-allah.html
Satu wanita di zaman Saidina Umar r.a telah merindui suami nya yang keluar di jalan Allah
Yg sangat lama.
Maka saidina Umar r.a telah Tanya adik perempuan nya, berapa lama wanita boleh bertahan sepeninggalan suami nya ke jalan Allah, maka adik nya telah bagi isyarat jari 3 atau 4.
Maka saidina Umar r.a telah memendekkan tempoh sahabat r.a keluar di jalan Allah SWT kepada 4 bulan sahaja
Bila keluar 40 hari, maka kita akan dapat istiqamah dengan amal2 yang kita buat masa 40 hari tersebut.
Satu orang sahabat r,a yang telah berada di satu tempat ( kerana urusan keluar di jalan Allah)
Selama beberapa hari ( hampir 40 hari )
Maka Nabi SAW bgtau, kenapa tak dicukupkan 40 hari.
Satu orang sahabat r.a pernah keluar di jalan Allah SWT selama 3 hari.
KELEBIHAN :
Sepagi atau sepetang berada di jalan Allah, adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya.
Debu2 yang melekat pada orang yang keluar di jalan Allah, maka anggota tersebut, Allah haramkan api neraka hatta asap nya sekali.
"Kejayaan Manusia, Hanya Dalam Agama. Sejauh Mana Dapat Taat Perintah Allah, Dan Hidup Ikut Cara Nabi SAW" Insya Allah.
Label:
KELUAR JALAN ALLAH SWT,
muzakarah 6 sifat sahabat r.a
Dicatat oleh
hainur hapis
di
9:18 PG
1 ulasan
Memiliki dot Com Anda Sendiri Insya Allah
Rabu, 30 Disember 2009
contoh www.hainur.com
anda boleh beli nama .com .net dan lain2 di www.netkl.com
itu yang termurah setakat ni, di malaysia bagi perkhidmatan penamaan domain2.
pastikan anda sudah mempunyai blog anda sendiri di blogger.com.
(pengunjung setia anda, masih boleh mengakses blog anda, walaupun mereka menggunakan
alamat lama anda)
buka www.netkl.com
klik domain
masuk kan nama domain yang anda kehendaki , cth : karkun.com
jika available, teruskan pembelian
pada ruangan setting dns, anda biarkan saja
klik next,
klik order now
masukkan butir2 peribadi anda
pastikan email anda betul
dan submit borang tersebut.
selepas itu, anda akan menerima satu invois dalam inbox email anda
menyatakan anda membeli sekian2 domaian, dengan hrga sekian2
dia akan ckp, urusan penetapan domain akan berjaya, setelah pembayaran di buat.
so anda g bank, ( dalam invois ada bgtau bank apa nak byr- ada pilihan beberapa bank )
cth , anda amik Maybank, g mesin cash deposit maybank
masukkan amaun RM30 ke akaun netkl tersebut.
pastikan no akaun netkl tersebut di masukkan dengan betul.
slip pembayaran, anda boleh amik gmba nya, atau scan
dan send balik gmba slip tersebut ke email netkl. ( rujuk invois tadi utk mengetahui cara
menghantar ke email yang mereka kehendaki )
dan masa nak send email ni pun bgtau mereka, "Abg tolong pointkan domain sy tu (sekian2.com)
ke blogger."
ni dns blogger : ghs.google.com
nnt tau la mereka uruskan. bagitau itu sahaja.
Insya Allah domain anda akan berfungsi dengan jayanya dalam tempoh 24 jam Insya Allah
pengunjung setia anda masih boleh mengunjungi blog anda dengan nama url lama
walaupun mereka tak tau lagi url baru anda.
dia akan redirect domain Insya Allah.
harga domain di netkl.com hanya RM30 sahaja
dan valid selama setahun Insya Allah
maknanya renew setahun sekali Insya Allah.
kalau tiba tempoh expired, anda tak renew
maka nama domain lama anda (sekian2.blogspot.com)
masih kekal.
pengunjung kene akses guna nama link lama
nama link baru dah tak boleh, kecuali setelah renew balik Insya Allah.
Label:
Memiliki dot Com Anda Sendiri Insya Allah
Dicatat oleh
hainur hapis
di
8:54 PG
0
ulasan
Usaha Dakwah Cara Rasulullah SAW
Assalamualaikum
Nahmaduhu Wanu Solli Ala Rosullihil Karim, Amma ba'du
Tuan2 Yang Mulia
Kejayaan Manusia, Allah letakkan Hanya sanya dalam Agama Allah Ta'ala sahaja
Sejauh mana dapat taat perintah Allah,
dan mengikuti Sunnah Baginda Nabi SAW.
Untuk hadirkan umat ini pada agama yang sempurna (cara Nabi SAW)
tidak lain , hanya lah cara bagaimana Nabi SAW islah umat baginda ketika dahulu.
Nabi SAW dihantar pada satu kaum, yang mana kaum rom dan parsi pada ketika itu pun
tak mahu jajah tanah arab jahiliyyah, kerana akhlak orang arab jahiliyyah yang amat teruk
mereka berjudi dengan mempertaruhkan perempuan hamil,
mereka minum arak dalam tengkorak manusia
dan macam2 keburukan lagi
hari ni pun ada orang buang bayi hidup2
hal ini terjadi , kerana umat telah tinggalkan agama
tak amal agama
kerana apa umat tak amal agama,
kerana "usaha untuk ingat memperingati" tidak dibuat
"Berilah peringatan, sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orang mukmin"
Kita mengetahui umat terdahulu (sahabat2 r.a) telah berjaya,
mereka bukan saja berjaya dengan bawa agama yang sempurna
malah Allah SWT telah redha akan kehidupan mereka tersebut
kehidupan mereka di dunia, Allah SWT redha.
Sahabat r.a bgtau : "Kami dengar dan kami taat"
Dikatakan satu orang kafir datang nak berjumpa Rasulullah SAW
maka mereka tengok keadaan orang islam ketika itu sama sahaja semuanya
baik dari segi pakaian dan gerak geri
maka org kafir tadi telah confuse
mana satu Nabi SAW.
Sahabat R.A ikut Sunnah Nabi SAW secara 100%
dan kerana mereka mengikut secara 100% lah, Allah SWT sangat suka pada mereka
dan Allah bagi kejayaan pada mereka , dunia dan akhirat Alhamdulillah
kerana Nabi SAW adalah kekasih Allah
maka sesiapa yang mengikuti Nabi SAw juga
akan turut di cintai oleh Allah SWT Insya Allah.
Sahabat r.a ikut sunnah Nabi SAW, maka mereka berjaya
Bagaimana ketika satu utusan perang yang dihantar oleh Saidina Umar r.a
jemaah perang tersebut berperang, tapi tak menang, tak kalah
maka dua orang wakil telah di hantar oleh saidina Umar r.a untuk cek apa kah yang terjadi pada tentera islam tersebut
kalau ikut logik akal orang sekarang, tentu akan cek, senjata ke yang kurang,
atau bantuan perubatan diperlukan
tp wakil tersebut telah cek
"Apa sunnah Nabi SaW yang telah mereka tinggalkan"
mereka solat saf tidak lurus, dan mereka tidak mengamalkan bersugi
bila amal ni , di amalkan balik oleh tentera perang islam tersebut
maka mereka telah menang Alhamdulillah
Kejayaan hanya dalam agama
sejauh mana taat perintah Allah
ikut cara Nabi SAW Insya Allah
yakin dengan amal cara Nabi SAW akan bagi manfaat pada kita
dunia dan akhirat Insya Allah
dalam sunnah ada kejayaan
luar dari sunnah , xde kejayaan.
cara yahudi, cara nasoro, nampak moden , nampak canggih
tapi sebenarnya bawak kegagalan, dunia dan akhirat
cara mereka xde manfaat
xde pandangan Rahmat Allah
hari ni kita kene meyakini Sunnah Nabi SAW 100%
sesungguhnya setiap amalan yang Allah SWT beri pada baginda SAw
Adalah cara yang terbaik sekali.
sebab Baginda SAW adalah "kekasih Allah"
maka setiap amal yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Baginda SAW
adalah amalan yang terbaik sekali. "No Offence" .
hari ni, bukanlah dunia telah berubah. Tetapi hanyasanya orang2 islam tidak mengamalkan cara Kehidupan Nabi SAW.
mereka telah banyak mengamalkan cara yahudi, cara nasoro.
sehingga utk mengamalkan sunnah terasa berat
terasa janggal.
kerana suasana kafir dalam org islam semakin banyak.
kita kena amalkan cara Nabi SAW sahaja dalam kehidupan kita
kita tidak perlu lagi nak tengok2 , mcm mana orang yahudi/nasoro buat sesuatu perkara.
semua masalah dalam umat ini, Nabi SAw telah tunjuk cara penyelesaiannya
kita sepatutnya mengikuti hanya sunnah Nabi SAW sahaja
tak perlu ikut2 cara lain
kita dah ada cara kita sendiri, Insya Allah.
Agama mula bergerak dalam umat jahiliyyah dulu
dengan dakwah Nabi SAw
satu persatu Nabi SAw jumpa, dan ajak mereka beriman kepada Allah SWT
ucaplah LA ILA HA ILLA ALLAH, Nescaya kamu berjaya.
dan satu lagi yang ulama' kita bgtau, yang mana hari ni orang tak tau, adalah "usaha atas iman"
Sahabat2 r.a usaha atas iman, mereka muzakarahkan tentang iman
muzakarah cakap kebesaran Allah
satu sahabat r.a jumpa sahabat r.a yang lain, salah sorang berkata "mari kita beriman sebentar"
di suatu hari Nabi SAW kata "bagaimana iman kamu hari ini?"
kita selalu tanya, "sihat ke hari ni?"
dalam masjid Nabawi Di zaman Nabi SAW, adanya halaqah2 iman
halaqah cakap kebesaran Allah
dalam Al Quran menyebut "Wahai orang beriman, berimanlah kamu"
Hadis :
Rasulullah SAW bersabda kepada sahabat r.a :"Perbaharuilah iman kamu", bagaimana Ya Rasulullah? -tanya sahabat,
dengan banyak menyebut LA ILA HA ILLA ALLAH - Jawab baginda SAW
Ulama' kita kata, kita kene muzakarahkan kalimah LA ILA HA ILLA ALLAH.
Maksudnya, kena cter2kan ttg kebesaran Allah, keagungan Allah
bukan cterkan ttg kebesaran dunia/makhluk
tapi ceritakan tentang kebesaran Allah
Allah yang menjadikan
Allah yang menciptakan
seluruh makhluk xde kuasa
yang berkuasa hanya Allah SWT
muzakarah iman perlu dibuat
bila mana muzakarah iman dibuat, maka iman akan meningkat
dan kita mudah datang pada amal Insya Allah.
hari ni kita doa mintak iman
tapi usaha atas iman tak dibuat
bukan dengan berzikir sahaja
tapi menceritakan mafhum kalimah,
Allah SWT yang berkuasa , mahkluk xde kuasa
cter kat anak bini, kawan2, ceritakan Allah SWT sahaja yang berkuasa, mahkluk xde kuasa
ceritakan bahawa Allah lah yang wat segala2nya Insya Allah
dengan ini, barulah iman kita akan meningkat, yakin kita betul pada Allah Insya Allah.
"Kejayaan Manusia, Hanya Dalam Agama. Sejauh Mana Dapat Taat Perintah Allah, Dan Hidup Ikut Cara Nabi SAW" Insya Allah.
Label:
Usaha Dakwah Cara Rasulullah SAW
Dicatat oleh
hainur hapis
di
8:53 PG
0
ulasan
Melanggani Bacaan Di Blog Saya, Insya Allah
Jika sekiranya , anda mungkin sibuk, dan tidak dapat slalu ke blog ini
anda boleh meninggalkan alamat email anda di kotak chatbox di sebelah (kanan)
dengan ini, Insya Allah, bilamana saya update sesuatu artikel terbaru
maka salinan yang sama akan dihantar terus ke inbox email anda secara automatik dengan izin Allah
Jadi anda mempunyai dua pilihan, sama anda mengikuti post demi post entry di sini
atau hanya tinggal baca di inbox email anda kesemuanya Insya Allah
Assalamualaikum
Label:
Insya Allah,
Melanggani Bacaan Di Blog Saya
Dicatat oleh
hainur hapis
di
8:50 PG
0
ulasan
Petua memilih calon suami
Petua memilih calon suami
kata2 ini di petik dari orang soleh terdahulu,
"Pilihlah suami mu dari kalangan orang yang bertaqwa,
kerana apabila dia menyukai mu, dia akan memuliakan mu
dan jika dia membenci mu, dia tidak akan menzalimi mu"
Semoga dapat amal dan sampaikan Insya Allah
Hadis :
"Sebaik-baik harta yang kamu miliki di dunia ini , adalah isteri yang solehah"
( Dalam Kitab Fadilat Sedekah )
Assalamualaikum
"Kejayaan Manusia, Hanya Dalam Agama. Sejauh Mana Dapat Taat Perintah Allah, Dan Hidup Ikut Cara Nabi SAW" Insya Allah.
Label:
Petua memilih calon suami
Dicatat oleh
hainur hapis
di
8:48 PG
1 ulasan
Penyebab Karkun Slow Wat Usaha Agama
Nahmaduhu Wanu solli ala rossulihil karim, amma ba'du
Elder's kita kata , penyebab karkun slow wat usaha agama
adalah kerana kurang keyakinan mereka kepada ulama2 yang buat usaha ini
"Kejayaan Manusia, Hanya Dalam Agama. Sejauh Mana Dapat Taat Perintah Allah, Dan Hidup Ikut Cara Nabi SAW" Insya Allah.
Label:
Penyebab Karkun Slow Wat Usaha Agama
Dicatat oleh
hainur hapis
di
8:46 PG
0
ulasan
LAMAN GERBANG UTAMA KEPADA BLOG2 KARKUN2 SEDUNIA DI LANCARKAN
Selasa, 29 Disember 2009
Ini Laman Gerbang Utama Tersebut :
MUZAKARAH 6 SIFAT SAHABAT R.A
USAHA ATAS DAKWAH DAN TABLIGH
Label:
muzakarah 6 sifat sahabat r.a
Dicatat oleh
hainur hapis
di
10:31 PG
0
ulasan
Laporan Usaha Dakwah Di Isreal - Re Post
Isnin, 28 Disember 2009
LAPORAN USAHA DAKWAH, JEMAAH DARI SINGAPORE KE ISRAEL
kerana malaysia tiada hubungan diplomatik dengan mereka ( israel )
"Kejayaan Manusia, Hanya Dalam Agama. Sejauh Mana Dapat Taat Perintah Allah, Dan Hidup Ikut Cara Nabi SAW" Insya Allah.
p/s : bila mana maulana kata smua bentuk usaha agama adalah betul, tetapi yang paling betul
adalah cara Nabi SAW sahaja.
juga yahudi tu bgtau, smua bntuk usaha agama di dunia, kami yang ajar
so tuan2 kene cek, adakah usaha tuan2 di ajar oleh yahudi2 itu
kerana sesungguhnya tiada ukhwah antara lelaki dan wanita
( tiada sebarang bentuk perhubungan - no offence )
Moga Allah SWT bagi hidayat pada tuan2 Insya Allah
Label:
laporan usaha dakwah di israel
Dicatat oleh
hainur hapis
di
5:07 PTG
3
ulasan
Targhib Diri Aku Sendiri Insya Allah
tuan2 kene byk doa, doa utk org2 tua tuan yang telah tiada
Kata2 Dari Seorang Pengomen Di ILUVISLAM.COM
nahmaduhu wanusalli ala rasulihi karim...
tuan2 sudah xde mase lg kite bercerita psal jemah tabligh ini...
usaha ini sudah menjadi ummumiat di dunia...
tambahan pula owg malaysia sudah sedia maklum dengan ijtimak malaysia...
sekarang nie bayk la takazar2 yang masih bel0m ditunai kn...
bnyk hak2 saudara kita yg bel0m kite tunaikan...
usah kite bincang hal remeh temeh sebegini...
kite tahu Allah akan meredhai sesiapa yg men0l0ng agmenye mngikut care kekasihNya...
insyaAllah sem0ge Allah bg kite smua kefahaman...
halqah setapak-markas sri petaling,kl-usaha di k0lej
halqah skudai-markas sinaran baru,jb-usaha tempatan
"Kejayaan Manusia, Hanya Dalam Agama. Sejauh Mana Dapat Taat Perintah Allah, Dan Hidup Ikut Cara Nabi SAW" Insya Allah.
Kelebihan Wanita Syurga
Khamis, 24 Disember 2009
Dari Abu Hurairah r.a:
"Rasulullah SAW bersabda:
"Golongan yang pertama sekali masuk syurga wajahnya adalah seperti bulan purnama.
Dan orang yang masuk sesudah itu seperti bintang yang sangat terang cahayanya.
Hati mereka sebagai hati satu orang (bersatu) tidak pernah berselisih dan benci-membenci antara sesama mereka.
Tiap-tiap seorang di antara mereka mempunyai dua orang isteri.
Masing-masing di antara kedua isteri itu tampak sumsum betisnya dari belakang dagingnya kerana sangat indahnya." (Bukhari)
"Kejayaan Manusia, Hanya Dalam Agama. Sejauh Mana Dapat Taat Perintah Allah, Dan Hidup Ikut Cara Nabi SAW" Insya Allah.
Makanan Yang Di Larang Utk Pengantin Perempuan
dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak
bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripada
Al-Khudri yang berkata :
berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana
baginda telah bersabda : "Wahai Ali, bila pengantin
perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia)
tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia)
membasuh kedua-dua kakinya . Maka sesungguhnya apabila
kamu berbuat demikian Allah mengeluarkan tujuh puluh (
70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu,! dan Allah
s.w.t. menurunkan tujuh puluh ( 70 ) rahmat yang
sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga
sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu
dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan
(gila babi) dan sopak selama mana ia berada di dalam
rumah tersebut. Laranglah pengantin itu daripada
memakan dan meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini pada
minggu pertama perkahwinan iaitu :
1. Susu
2. Cuka
3. Coriander (Ketumbar)
4. Apple Masam
Saidina Ali r.a bertanya : "Wahai Rasulullah,
mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?"
Baginda menjawab : "Kerana rahim perempuan itu kering
dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan)
ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya
tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada
perempuan yang tidak dapat anak."
Saidina Ali r.a ! bertanya : "Wahai rasulullah,
mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan
semasa minggu pertama perkahwinan) ."
Baginda menjawab : "Apabila ia minum cuka semasa haid,
sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih
selama-lamanya secara sempurna .
Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di
dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran .
Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya
maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan
sebabnya."
Label:
pantang larang pengantin perempuan
Dicatat oleh
hainur hapis
di
9:04 PG
1 ulasan
Manusia Umum nya Tak Yakin Dengan Cara Nabi SAW
hari ni org tak faham sunnah
(potong janggut bila dah lebih segenggam tangan sahaja-sunnah potong janggut)
zaman dulu pakai kayu sugi
Lihat bagaimana Nabi SAW islah umat baginda , kaum jahiliyah itu