Ghast Jemaah South Africa Di Ghana Alhamdulillah

Jumaat, 31 Oktober 2008

 KARKUZARI JEMAAH SOUTH AFRICA
 
Satu jemaah South Africa buat usaha di Ghana , saperti biasa bila jemaah sampai mereka akan buat khususi semua orang Islam termasuk orang2 yang berpengaruh. Maka orang ada tempatan syorkan jumpa satu orang yg paling berpengaruh dan ditakuti di kawasan tu, seorang ketua pemberontak bernama BIG BROTHER , tapi tiada yang mahu bawak jumpa. Amir Saheb tetap mau jumpa orang tersebut dan setelah bermesyuarat telah diputuskan 2 orang jemaah dan rahaba untuk jumpa BB.
Kemudian lepas solat Asar setelah doa,mereka yg diputuskan pun pergilah dengan penuh tawajud kepada Allah SWT dan mereka pun sampai ke kediaman BB ni, rumah yang besar macam istana dan berpagar.
Ada pengawal lengkap dengan senjata mesingan di dada masing2. Jemaah menghampiri mereka ni dan menyatakan untuk berjumpa dengan BB. Setelah ditanya kenapa nak jumpa dan setelah memberitahu maksud kedatangan jemaah datang dari South Africa menziarahi BB,mereka telah di larang untuk berjumpa.
Alhamdulillah, ketika itu juga ada sebuah kereta hendak keluar dari kediaman BB tersebut. Mungkin terlihat jemaah yang berserban dan berjubah, kereta tadi telah berhenti dan keluar seorang dari kereta tersebut dan menghampiri jemaah dan bertanya apa buat disini. Memperkenalkan dirinya iatu sepupu BB maka ia memberi kebenaran untuk jemaah untuk berjumpa dengan BB.
Maka jemaah pun masuk keistana BB yg besar tersergam dan terus dibawa oleh pengawal ke bilik BB dibahagian belakang istana tersebut kawasan bilik kecil dan ada beberapa peralatan serta mini-bar di satu sudut. Mereka dipersilakan duduk sementara menunggu BB datang. Alangkah terperanjatnya jemaah ni
bila melihat sahaja BB ni…!!!!! Bukan hanya nama Big Brother tapi memang BIG BROTHER betul betul punya ..!!!
Orangnya dekat 7 atau 8 kaki tinggi, muka serta matanya memang BESAR malah serba serbi memang besar dan nampak bertatu di badan. Dan terus duduk depan jemaah meletakkan pistolnya atas meja didepan jemaah tanpa bercakap apa2 pun dan bila jemaah bagi salam pun tak dijawab. Jemaah ni pun gementar jugak tapi dihati mereka tak putus putus tetap berzikir kepada Allah SWT.
Kemudian mereka memperkenalkan diri dan sedikit takruf  tapi… BB masih membatu tak cakap apa2.
Perlahan2 jemaah ni mulakan dakwahkan iman,kebesaran Allah SWT ,akhirat dan seterusnya …….
Setelah agak lama memberikan bayan, pengawal peribadi BB minta jemaah ni berhenti dan mintak beransur secepat mungkin. Tiba2 …. BB mula tunjuk reaksi dengan mengangkatkan isyarat jari dimulutnya supaya diam…. Bila nampak je reaksi tersebut jemaah ni cepat cepat terus tasykil BB untuk datang ke mesjid sekarang jugak.
BB bersetuju untuk kemesjid dan kelam kalibut pegawal2 menyediakan kenderaan untuk BB kemesjid. Sebanyak 7 buah telah tersedia … terus kemesjid. Sampai dimesjid kanak2 yang nampak kenderaan BB pergi ke arah mesjid maka terus menghebuhkan keseluruh pekan tu mengenai BB telah pergi ke mesjid.
Bila tersebar sahaja cerita BB kemesjid orang ramai mula berpusu pusu kemesjid hendak melihat peristiwa ‘aneh’ tu.
Di mesjid Amir Saheb sambut BB dengan sedikit ikram hidangan makanan dan minuman dan jemaah istiqbal sediakan satu bekas untuk BB letakkan senjata senjatanya seterusnya Amer Saheb mulakan dakwah kepada BB. Bila hampir maghrib pengawal beritahu tiba masanya untuk BB balik dan Amir Saheb jemaah terus je tasykil untuk solat maghrib. BB sedia dan suruh pengawalnya ambil semua senjata dan apa2 yang ditanggalkan dari dirinya untuk bawa balik keistananya.
Kemudian BB ni tengok jemaah pakai kopiah dan jubah mintak pakaian macam jemaah SA tu. Kalam kabut pulak jemaah nak cari satu bandar saiz macam BB tu  tapi Alhamdulilllah akhirnya jumpa. Orang ramai dah semakin ramai, tua muda berpusu pusu kat pintu tingkap mesjid menyaksikan BB dan jemaah.
Bila solat maghrib, BB solat belakang imam, imam baca surah panjang sikit … tiba2 terdengar satu suara mula mula perlahan tapi makin lama makin jelas kedengaran …. tangisan suara BB dan seterusnya menyebabkan seluruh jemaah mesjid maghrib yg ramai tu turut menangis bersama ….
BB duduk 3 hari dengan jemaah.
Keesokkan hari nya bila jemaah SA tu tanya ada sesiapa ke BB nak khususi, dan kata ada .. bapanya, dah berbelas tahun tak jumpa.
Bila pergi rumah bapanya bila melihat BB dia agak terperanjat melihat perubahan BB, namun dia masih tak mahu menerima nya sebagai anaknya  sejak dulu lagi kerana mungkin sbb kegiatannya itu. Tetapi akhirnya sesudah beberapa bercakap lama dengan bapanya akhir ia dipeluk bapanya dan seterusnya bapanya memeluk setiap ahli jemaah yang bersama2 dengan BB.
 
 
 
 
Selepas 3H jemaah minta tangguh dan BB azam keluar 40H …. Kemudian terima berita ia telah
keluar 40H dan seterus 4B ke IPB. Selepas beberapa lama, satu hari jemaah yang berusaha di Ghana tu menerima telegram yang menyedihkan yang BB telah meninggal dunia ketika sedang berzikir … menyebabkan mereka2 semua menangis ….
Bila ditanya siapa nama BB sebenarnya , tiada siapa pun tau hanya tahu namanya ‘Big Brother’ ..
Semoga Allah SWT menerima taubat dan usaha dan amalannya.. Big Brother 
Amin
 
 
 

0 ulasan: