HINDARI RASA JEMU WALAUPUN SUDAH LAMA BERKAHWIN DENGAN ISTERI

Ahad, 14 November 2010


Untuk renungan dan perhatian isteri2 dan bakal isteri... Buat Iktibar kita semua dan para suami / lelaki, renung2 kan lah.

Kisah benar yang terjadi kepada seorang isteri... dan ceritanya bermula begini..


"Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin puan2 tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka. Walaupun mereka tidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka mereka menilai secara diam2 dan membanding kita dengan perempuan lain.

Barangkali suami puan2 tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan.. Saya seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak, Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang anak. Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan suami saya berkerja biasa saja..

Kebanyakan belanja rumah seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang menbayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa.

Suami saya bolehlah di katakan menarik jika dibandingkan saya, tinggi, putih dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya. Saya mengabdi diri seluruhnya untuk rumah tangga, pagi sebelum pergi kerja saya akan masak utk anak2, sarapan utk suami, saya memandu sendiri ke pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang menyediakan segala keperluan rumahtangga.

Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal perwatakkan saya. Saya memakai tudung, dia nampak biasa saja, tetapi dia tidaklah sentiasa tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya, memeluk atau memegang saya,biasa shj kami akan bersama bila waktu malam apabila dia perlukan saya.

Baru2 ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja sendiri. Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30 tahun. Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis tersebut semasa waktu kerja. Hubungan yang terjalin nampaknya telah sampai ke tahap hubungan seks.

Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia menafikan,tetapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia mengaku. Saya ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan. Apa kurangnya saya, dia akhir berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurang dengan saya, saya menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu shj tiada rangsanngan lagi bila melihat saya.

Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang di lihat cantik,menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan cemburu pada lelaki lain.Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman wanitanya mempunyai kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap, fashion yang menarik.

Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa saja,kuku saya pendek dan kadang2 rosak kerana memasak, rambut pulak kadang2 berbau bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari, Perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya bert-shirt dan berkain batik.

Hari2 melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya, bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah, anak2.Tiada topik menarik seperti teman wanitanya yg boleh bercakap pasal politik,carreer, mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali dunia yang baru mengaenai fashion, korporat, jadi dia merasakan seperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut.

Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertama memang saya di lahirkan begini, kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri, ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk kecantikan.

Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga dia tetapi dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati ingin bersama wanita menarik yang boleh menbuat dia berasa bangga.

Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi sy tidaklah duduk meratap tetapi menghadiri slimming session dan membelanjakan duit separuh untuk kecantikan bukan untk lelaki tetapi untuk kepuasan sendiri, biarlah saya pendek dan sedikit tembam tetapi saya berazam untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik.

PS (Pendapat Aku) : Penting di sini kita memahami erti perkahwinan. Perkahwinan adalah bukan tempat kita untuk berseronok-seronok dan jangan bertindak zalim dengan perbuatan kita. Perkahwinan adalah sebahagian cara utk kita mencari keredhaan Allah. Dan perkahwinan itu sebahagian dari Iman. Dan perkahwinan juga tempat kita di uji. Maka, bersabarlah dan bertindak dengan bijak dengan penuh hikmah .

"Bagi lelaki yg berfikir utk bertindak spt ini, fikirkanlah, btp besarnya pengorbanan seorg isteri demi sebuah keluarga yg sempurna. Jadikanlah kebaikkan seseorg isteri itu sbg hiasan untuk anda, tetapi jadikanlah keburukkan seseorg isteri itu sbg t'jawab utk anda memperbaikinya....InsyaAllah......."










"Kejayaan Manusia Hanya Dalam Agama. Sejauh Mana Dapat Taat Perintah Allah Dan Hidup Ikut Cara Nabi SAW" Insya Allah. 


 http://blogkarkun.blogspot.com




TIPS : 







  • Jaga solat.  "Sesungguhnya solat mencegah dari fasakh dan mungkar". Biasanya orang yang tak menitikberat kan solat, (mungkin ada tinggal2 solat) slalunya org mcm ni yang terlibat dengan zina. Sama ada dia org bujang atau sudah berkahwin.

  • Solat yang betul adalah secara berjemaah di tempat azan di azankan di awal waktu. NABI SAW dan Para Sahabat r.a tak pernah sembahyang (suami-isteri) untuk solat fardhu di rumah kecuali solat sunat. Bila kita sembahyang di rumah, maka masjid akan kosong dan untuk hasilkan kekuatan dan keinginan untuk slalu dapat korbankan kesenangan/keselesaan di rumah untuk pergi ke masjid ialah dengan banyak mendengar tentang KELEBIHAN SOLAT BERJEMAAH daripada hadis2 NABI SAW. Hadis yang di kira dhaif boleh di amalkan(khususnya berkenaan fadilat) kerana ia dapat mentarghib diri. Hadis dhaif cuma tidak boleh dijadikan sebagai untuk urusan syariat,akidah dsb. WA ALLAH HU ALAM. Untuk datangkan jazbah(semangat) dalam beramal tidak salah. Kalau tak smua malas nak pegi masjid, sbb xde kekuatan, tak tau kelebihan. Sbb tu kena dgr hadis.

  • Da kwen pun kene jaga pandangan. Kalau tak, tak bersyukur dengan bini sendiri.

  • Isteri kena slalu pandai amik hati suami. INSYA ALLAH


Assalamualaikum.

Selamat Berpagi Ahad
Hidup adalah untuk mengumpulkan sebanyak2 kebajikan sebanyak mungkin.

"Berlumba-lumba lah kamu dalam membuat kebajikan" - Hadis


Bukan berlumba2 bermegah2 dengan harta yang diperolehi,
kalau tak tunai hak dalam harta tu pun susah jugak.

"Dalam rezeki kita ada hak orang lain"

INSYA ALLAH


ASSALAMUALAIKUM

7:28 pagi | Ahad | 14 Nov 2010.





  • Dalam rumah, wat majlis bacaan hadis bersama anak isteri. Beli sebuah kitab hadis,sebaik2nya hadis2 berkaitan kelebihan amal, supaya kita s'asa jazbah (semangat) utk beramal. Kalau hadis2 ttg kaifiat ni byk kita tau dah, masalah nya mcm mana nak amal. xde kekuatan. cukuplah kita tau sstu kaifiat amal, then kita kena dgr kelebihan amal tersebut berkali2, maka s'asa jazbah utk beramal INSYA ALLAH. Bukan memperbanyakkan blaja kaifiat, tp memperbanyakkan dgr kelebihannya INSYA ALLAH. Wat majlis bacaan Hadis di rumah , maka malaikat akan turun bawa rahmat. Rumah jadi tenang, anak2 taat, isteri taat INSYA ALLAH. Dalil nya, sahabat r.a dgr hadis dari Baginda SAW di masjid nabawi, kemudian mereka pulang, bgtau isteri. Isteri bgtau anak, dan anak2 main dgn kwn2 jiran nya juga muzakarah hadis yg sama. bukan ultraman, dan hero2 kartun barat. Kecik2 anak2 jgn bagi tgk tv, khususnya cter kartun tp banyakkan memperdengarkan kepada mereka kisah2 keunggulan sahabat r.a dlm memperjuangkan agama. Barulah rohani agama masuk dlm hati mereka INSYA ALLAH. Anak2 jiwa kosong, bersih, maka mudah di isi, ok?



8 ulasan:

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE berkata...

salam..

Kesian...ummat sdg menderita, pncanya iman & agama.
Bleh selit2 dlm '6 pesanan utk wanita' tak ni?

hainur hapis berkata...

Assalamualaikum akak
Jazaka ALLAH komen.

maksud akak tu apa? nak copy ke. amik je.

saya lum kwen g,
so takleh nak bagi bayan masturat.

ptutnya sy bih byk bersyukur jadi org bujang dari memikirkan jodoh yg tak kunjung tiba.

Doakan sy kak


Assalamualaikum

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE berkata...

salam.

Tuan Hainur,
Mksud akak, psl tips tu...elok sgt rasanya dibgtau dlm muzkrh.sbb kalo nk krkuzari psl citer mnusia akhir zmn ni, mmg x ssuai nk dimuzakarhkn wktu prgm msturat, infradi bleh le. Kena byk citer kisah shbt/shbiah je.

Papepun,jazakallah izinkn utk dicopy, sbb crita ni pun boleh syer ngan org lain..

er.bleh ke tmbh sikit.
'Buat taklim rmh', ianya mmg satu keperluan...sbb bkn org yg x buat usaha agama je jd kes gitu, dlm jemaah pun ada.Ksian...

X pe2, jgn risau sgt psl jodoh, lmbt @ cpt, smua ada khirnya,insyaAllah didoakan utk enta skali.

wallahu alam.

hainur hapis berkata...

Jazaka ALLAH , INSYA ALLAH blh la letak dlm muzakarah huhu

betul jugak tu, taklim pun perlu, sbb sy bujang, tak wat taklim rumah

tp taklim rumah mmg perlu bagi yang berumah tangga INSYA ALLAH

nnt saya add dlm entry sy tu INSYA ALLAH


Jazaka ALLAH hu khair

Assalamualaikum

hainur hapis berkata...

test

hainur hapis berkata...

test kedua.

Ishak Zaini berkata...

Aslmkm..

Er, walaupun tajuk ni agak menyeramkan di permulaannya. Tapi, solution yang dinyatakan kemudian tu mententeramkan kembali keadaan. Sediakan payung sebelum hujan. Kalau marahkan gelap, gelam takkan hilang. Bawa cahaya, baru kegelapan hilang. Moga Allah beri taufik pada kita untuk mencontohi kehidupan sahabat dan sahabiah r.hum.

Di kesempatan ini saya nak jemput hainur, selaku pengendali blog rakan seusaha dan kengkawan semua untuk datang ke majlis walimah saya, Ishak & Umu:

Majlis walimah belah perempuan pada 18/12/10 di Gemas, Negeri Sembilan.
(3 orang karkun nikah dengan tiga beradik karkunah insyaAllah)
dan

Majlis belah lelaki pada 26/12/10 di Lanchang Pahang.

Mohon doa untuk kami, dan jemput datang ye tuan. Jazakallah.

hainur hapis berkata...

ok Abg Ishak Zaini, INSYA ALLAH.