MENJAWAB PERSOALAN JEMAAH TABLIGH TINGGALKAN ANAK ISTERI UNTUK KELUAR DI JALAN ALLAH.

Sabtu, 20 November 2010

JEMAAH TABLIGH TINGGALKAN ANAK ISTRI LI I’LAI KALIMATILLAH.


 Perginya seorang keluar di jalan Allah bukan untuk habiskan waktu di masjid, duduk2, dzikir, pegang tasbih, kalaulah ini yang dibuat maka ini adalah bentuk kezaliman terhadap keluarga. Tetapi para shahabat dahulu tinggalkan isteri berbulan-bulan bahkan ada Al Faruq ayah dari Rabi’ah Al Faruq seorang muhaddits telah tinggalkan istri 27 tahun adalah untuk meninggikan kalimat Allah dengan berdakwah. Datang dari kampung ke kampung, Bandar ke Bandar, dengan cara membentuk Jemaah dakwah. Bahkan di zaman Rasulullah saw tak kurang dari 150 jemaah telah dihantar Rasulullah saw. Dan Nabi sendiri telah ikut tak kurang dari 25 kali. Kini orang ramai ingin tegakkan agama hanya dengan duduk2 di kedai kopi sambil mencela sesama muslim…Mungkinkah???


TERTIB DAKWAH JEMAAH TABLIGH ADA DALAM KITAB HAYATUSHAHABAH.

Maulana Muhammad Yusuf Rah A telah berkata: Kalau saya tuliskan suatu kitab usul atau tertib kerja dakwah tabligh ini maka yang membaca hanyalah orang-orang yang ikut dalam kerja dakwah saja sedangkan yang lain tidak membacanya. Padahal dakwah ini memiliki usul dalam kehidupan para sahabat nabi. Karena Allah swt jadikan shahabat sebagai contoh tauladan umat. Untuk itulah saya tuliskan kitab HAYATUSSHAHABAH. Maulana Ahmad Lat telah berkata bahwa kitab Hayatusshahabah sudah cukup untuk dijadikan ushul dalam kerja dakwah dan tabligh ini, tak perlu tambahan apa-apa, siapa yang ikut cara mereka akan ada jaminan keselamatan baginya. Hayatusshahabah dihimpun dalam 3 jilid. Ketiga jilid merupakan keajaiban yang besar, karena belum ada kitab hadits yang ditulis dengan cara seperti ini. Permulaan kitab ditulis dengan ayat : “Dari kalangan orang beriman ada laki-laki yang telah membenarkan janjinya kepada Allah yakni mereka syahid dan mencari cari jalan untukk syahid” Seolah-olah Maulana Yusuf Rah A ingin katakan inilah kitab yang berisi kisah orang yang telah tunaikan janjinya kepada Allah SWT. Akhir dari kitab ini adalah carita tentang bantuan-bantuan Allah secara ghaib yang diberikan kepada para shahabat. Sehingga tengah-tengah antara keduanya adalah berisi cara untuk datangkan bantuan itu.


Mereka menamsilkan bahwa kehidupan shahabat ibarat lautan yang mana jika orang akan berenang di dalamnya harus tanggalkan dulu pakaiannya dan diganti dengan baju renang. Ayat pembuka seolah pakaian yang bias menyelam dalam kehidupan mereka. Selama kita tidak tanggalkan pakaian kita hari ini dan diganti dengan pakaian para sahabat, maka selama itu kita tidak akan faham kehidupan para sahabat dalam memperjuangkan agama. Pakaian kita hari ini yakni saya seorang doktor, seorang guru, seorang ayah, seorang suami, harus kita tanggalkan seketika dan menggantinya dengan pakaian para sahabat yakni Syahid dan Bersiap-siap untuk Syahid.


Ada juga yang mengkritik dan bertanyakan mana dalil dakwah dengan cara keluar di jalan Allah ?? Mana dalilnya tinggalkan anak istri untuk dakwah ?? Mana dalilnya 4 bulan 40 hari? Sebenarnya kisah tersebut telah ada dalam kitab hayatusshahabah dengan sanad hadits yang jelas. Hanya orang yang tidak mahu mujahadah untuk meniru kehidupan shahabat tak akan faham dengan kehidupan mereka. Bagaimana mungkin orang akan faham agama dengan cara satu keadaan yang tak sama. Hanya mengkajinya di majlis taklim setelah itu pulang ke rumah bersuka-ria sama anak istri, menonton TV dll. Sementara para shahabat Nabi bermujahadah dalam terik matahari, kehausan, berhadapan dengan musuh, musim dingin, dsb. Sedangkan Al Quran turun kepada mereka dalam keadaan suasana yang berlainan bukan di majlis taklim. Surah At Taubah turun di musim panas, surat Al Ahzab di musim dingin dsb. Mustahil akan dapat memahami Al Quran tanpa mengambil pengorbanan mereka.


JEMAAH TABLIGH BUKAN ORGANISASI TETAPI DALAM KERJA DAKWAHNYA 


TERORGANISIR. Di mulai dari penanggung jawab mereka untuk seluruh dunia yang dikenal dengan Ahli Syura di Nizamuddin, New Delhi, INDIA. Kemudian di bawahnya ada syura Negara, misalnya : Syura Malaysia, Indonesia, Amerika, dll. Kini hampir ada lebih dari 250 negara yang memiliki markaz seperti Masjid Sri Petaling dan Masjid Kebon Jeruk Jakarta. Kemudian ada orang tanggungjawab bagi negeri2 kemudian dipecahkan lagi orang tanggungfjawab bagi halqah2. Di bawah halaqah terdiri dari beberapa mahalah yakni masjid yang hidup amal dakwah dan masing-masing mereka ada tanggungjawab yang dipilih oleh musyawarah tempatan masing-masing. Di India ada masjid yang menjadi Muhallah sekaligus halaqah dimana di dalam masjid hidup 10 kelompok kerja (jemaah yang dihantar tiap bulan 3 hari). Semua permasalahan diputus dalam musyawarah sehingga tak ada perselisihan di antara mereka dan mereka punya sifat taat kepada hasil musyawarah. Walaupun mereka tak pernah katakan bentuk mereka kekhalifahan seperti harakah lain yang mempropagandakan Khilafatul Muslimin, tetapi system jemaah tabligh terlihat begitu rapi sehingga mereka saling kenal satu sama lain karena jumlah orang yang pernah keluar di jalan Allah tercatat dan terdaftar di markaz dunia. Setiap 4 bulan mereka berkumpul musyawarah Negara masing-masing kemuadian dibawa ke musyawarah dunia di Nizamuddin, India. Musyawarah harian ada di mahalah masing-masing untuk memikirkan orang kampung mereka masing-masing sehingga biarpun ada yang pergi tasykiil tetaplah ada orang di maqami yang garap dakwah di sana.


Yang jelas mereka telah amalkan ayat : “Hendaklah ada di antara kamu umat (Ibnu Abbas mengartikan jemaah) yang mengajak kepada kebaikan, memerintah kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar, merekalah orang yang mendapat kejayaan.” (QS Ali Imran) 





"Kejayaan Manusia Hanya Dalam Agama. Sejauh Mana Dapat Taat Perintah Allah Dan Hidup Ikut Cara Nabi SAW" Insya Allah.

 http://blogkarkun.blogspot.com

8 ulasan:

ahLia shahril berkata...

salam..
benar tu..org sumer larang anak-anak die wat kje dakwah takot nnti kne tinggal anak bini..

pahala yg dapat masyaallah berlipat kali ganda.. moga Allah pilih kita untuk tetap dalam usaha nie insyaallah

hainur hapis berkata...

Aminnnn Jazaka ALLAH hu khair..

mdh2an ALLAH majukan kita dalam usaha agama INSYA ALLAH.

Tanpa Nama berkata...

hm..hari tu kuar dgn jemaah foreign dri indonesia..mereka kate yg kalimah toyyibah ni ade lg huraian bwh die..ade 6.
-Allah mahakuasa makhluk takde kuase
-Allah menciptakan semua makhluk
-Allah memelihara semua makhluk
-Allah menjamin rezeki semua makhluk
-Allah berkuasa mencipta setiap suasana,situasi dan keadaan
-Khazanah Allah sgt luas..
jd nk tnye..bleh bgtau huraian utk yg lain jgak?sbb sy ni x la pndai sgt..stakat ni tau la..atau ada link..org lame kate nk dpt bnyk kene korban bnyk..tp sy ni,bnyk halangan..jd x dpt la korban bnyk masa..mntk tlng ye..terima kasih..jazakallah

syah berkata...

tumpang tanya, tempat mesyuarat halqah di Shah Alam Utara, kat surau Seksyen 4 ke, Seksyen 3? Khamis malam ke, Jumaat malam ye?

*berat tangan nak call jemaah tashkil, google2 jumpa blog ni pulak hehe*

hainur hapis berkata...

rasanya kt sek4. kamis malam jumaat INSYA ALLAH. dtg ye.. sy shah alam selatan INSYA ALLAH.

shyufi berkata...

keluar dakwah,tinggalkan anak bini...
sungguh tak adil ayat seperti ini dilemparkan tanpa mengetahui perkara sebenar dan apa yg sepatutnya diketahui.
dlm hal ni, tggalkan ank bini buat kerja dakwah..let say,tinggalkan anak bini buat krja dunia(outstation2,3 minggu,sambung belajar2,3 tahun).yg mana lebih berbaloi?..dakwah ni kita sambung kerja nabi,setiap muslim patut jalankan usaha ni.jangan selalu pandang yg negatif,padahal yg positif nya lebih byk.

Unknown berkata...

assalamualaikum
saya nak cakap kalau dah tak kerja bagi anak bini susah sampai anak susah nak perg sekolah menyusahkan orang lain plak ape hukumnye... tanggungjawab kat keluarga tak jalan... sok kat kubur kene jawab sal tanggung jawab kat keluarga gak... ape cerrrrr

Tanpa Nama berkata...

Tahun 1990 saya pernah keluar 4B (IP)

pernah berbai'ah secara pegang tali beramai-ramai dalam mesyuarat Malaysia di Nizammuddin pada tahun 1990 dengan Hidratjie Inamul Hassan R.A

First time keluar 3 Hari tahun 1982

Tetapi dah 18 tahun tak keluar

Pada pandangan saya jemaah Tabligh
sangat-sangat sesuai untuk pemuda-pemuda kerana terdapat dalil-dalil

Kepada golongan tua seperti saya ni (nearly 50an)
lebih baik tumpukan perhatian kepada amal-amal infiradi.

Kerana Tabligh adalah jalan terbaik
untuk memperbaiki diri jika dibuat dengan tertib

sebab dah