Kisah Blogger

Selasa, 17 November 2009

Kisah Blogger

 

Blogger dimulakan oleh sebuah syarikat kecil di San Francisco yang dikenali sebagai Pyra Labs pada bulan Ogos 1999. Semasa itu ledakan dot-com sedang berlaku. Tetapi kami sebenarnya bukanlah kumpulan VC yang dibiayai, sering mengadakan parti, bermain bola di lobi mahupun kumpulan peminum minuman bir percuma. (Melainkan ia adalah bir percuma orang lain.)
Kami adalah tiga sekawan, diberi dana untuk membuat projek web kontrak yang menyakitkan hati untuk syarikat besar, yang cuba masuk sendiri dengan hebat ke landskap Internet. Apa yang kami cuba lakukan pada asalnya tidak penting lagi sekarang. Tetapi dalam pada itu, kami membuat Blogger, lebih kurang mengikut kehendak hati, dan terfikir, Hmmm... seronok juga ya.
Blogger dilancarkan, secara kecil-kecilan, dan akhirnya secara lebih besar, sepanjang beberapa tahun. Kami memperoleh sedikit wang (tetapi masih sedikit). Kemudian kami jatuh bankrap, dan kami kehabisan wang, lalu perjalanan kecil kami yang menyeronokkan semakin tidak menyeronokkan. Kami dapat juga bertahan, walaupun tidak semuanya dalam keadaan baik, tetapi kami tetap meneruskan perkhidmatan setiap masa (kebanyakan hari) dan mula membinanya semula.
Semua berjalan dengan lancar semula pada tahun 2002. Kami mempunyai beratus ribu pengguna, walaupun masih lagi sedikit. Kemudian, sesuatu yang seorang pun tidak menjangka berlaku: Google mahu membeli kami . Ya, itu Google
Kami sangat sukakan Google . Dan mereka menggemari blog. Maka kami bersetuju dengan idea ini. Dan ia berjalan dengan lancar.
Kami adalah pasukan yang kecil (tetapi agak besar berbanding sebelumnya) dalam Google , memberi tumpuan untuk membantu orang menyuarakan pendapat mereka sendiri pada web dan mengatur maklumat dunia melalui perspektif peribadi. Bahkan, selama ini pun itulah usaha kami.
Untuk mengetahui lagi mengenai Google, lihat google.com. (Juga bagus untuk mencari.)

0 ulasan: