Mengapa Memilih Blog

Selasa, 17 November 2009


10 sebab untuk blog

Apakah itu blog? Apakah bezanya antara blog dan laman web? Sebenarnya, blog juga salah satu jenis laman web yang sama seperti forum, portal dan sebagainya cuma sasaran dan rupanya sahaja yang berbeza. Blog mempunyai beberapa jenis. Selain blog biasa yang bersifat jurnal dan peribadi, terdapat juga blog foto, vblog, podcast dan banyak lagi. Blog juga dikategorikan mengikut tajuk tertentu seperti blog automotif, blog teknologi, blog fesyen, blog gajet-gajet terkini dan sebagainya. Antara jutaan blog di internet, blog peribadi adalah blog yang paling banyak dibina di seluruh dunia. Blog kini semakin popular dan trend semasa anda hendaklah mempunyai blog. Kenapa anda perlukan blog? Berikut adalah 10 sebab mengapa anda perlu mempunyai blog!

1. Emosi
            Hidup di bandaraya besar selalunya berada dalam keadaan sibuk, terkejar-kejar, banyak tugasan, kurang masa dan pelbagai masalah lain. Masalah harian ini lazimnya akan membawa kita kepada tekanan! Semakin banyak tekanan semakin parahlah emosi sehingga membawa kepada masalah psikologi. Biasanya kita meredakan tekanan dengan meluahkan pada seseorang seperti kekasih, ahli keluarga, kawan-kawan, dan rakan sekerja. Namun tidak semua mempunyai keluarga dekat dengan mereka jika mereka berasal dari negeri lain atau mungkin kita sendiri tidak mahu memberitahu mereka?
            Ya! Buatlah sebuah blog untuk anda meluahkan perasaan anda. Tidak kira perasaan marah, kecewa, benci, terkilan dan sebagainya. Dengan ini, tekanan anda mungkin berkurangan. Walaupun tidak sebanyak mana, tetapi pasti ada kesannya. Apatah lagi ada maklumbalas atau komen dari kenalan talian anda atau sesiapa yang anda tidak ketahui memberi kata-kata perangsang dan semangat untuk anda. Selain itu, anda juga boleh berkongsi kegembiraan dengan individu lain secara menghebohkannya di blog dan dikongsi bersama sesiapa jua. Bagus bukan? Blog sebagai terapi emosi.

2. Ekonomi
            Zaman sekarang, di mana-mana juga orang akan berkata, blog boleh mendatangkan duit! Benarkah? Ramai juga yang terjebak dalam kancah ini dan kecewa, kerana blog-blog mereka gagal mendatangkan duit. Membuat blog yang boleh menghasilkan pendapatan bukanlah semudah yang anda fikir. Perlu ada perancangan dan ilmu dalam bidang-bidang berkaitan. Blog yang menghasilkan pendapatan adalah sama seperti berniaga, anda perlu berfikiran seperti seorang ahli perniagaan. Terdapat pelbagai cara menghasilkan pendapatan dengan blog. Secara ringkasnya anda boleh bina blog yang menarik dan mengemaskinikannya dari semasa ke semasa sehingga anda mempunyai pelawat yang ramai setiap hari. Dengan pelawat yang ramai, anda blog menyertai program-program pengiklanan di mana memberikan anda komisen atau menjual ruang blog untuk iklan terus kepada sesiapa yang mahu.

3. Diari
            Kita menulis perkara yang berlaku setiap hari di dalam diari, terutama sekali kaum perempuan. Tetapi lelaki juga ada yang mempunyai diari. Kita mungkin boleh mengingati hal yang berlaku hari ini atau semalam, namun hal-hal yang berlaku bulan lalu atau setahun lalu? Sudah tentu sukar bukan. Nah inilah masanya blog memainkan peranan. Setiap peristiwa yang berlaku dalam hidup kita dicatatkan.
            Oh ya!, apa yang lebih menarik, ada juga blog ibu-ibu yang merakamkan cerita dan gambar-gambar anak mereka dari saat dilahirkan, merangkak, mula bercakap perkataan pertama sehinggalah boleh berjalan mahupun sudah mula bersekolah. Blog menjadi public diari, bermaksud boleh dibaca oleh sesiapa. Tetapi jangan bimbang, sesetengah blog mempunyai pos peribadi (private), yang memerlukan kata laluan sebelum boleh dibaca. Seperti mana kertas dan buku , komputer dan papan kekunci sudah semakin lazim dengan hidup kita. Atas sebab ini jugalah, tiada keraguan bahawa blog boleh dijadikan diari terkini yang mudah dan moden.

0 ulasan: