Manusia Umum nya Tak Yakin Dengan Cara Nabi SAW

Khamis, 24 Disember 2009

 Assalamualaikum

tuan2 yang mulia
kejayaan  manusia dan jin
hanya sanya dalam agama Allah

taat perintah Allah
ikut cara Nabi SAW Insya Allah


apa yang telah Allah SWT rakamkan dlm AL Quran , bukanlah kisah sejarah
tp teladan dan petunjuk utk umat ini

sehingga akhir zaman



bagaimana membawa ketaatan kpd Allah dan RasulNYA

juga bagaimana hidup dapat redha Allah SWT , dunia dan akhirat , Insya Allah






hari ni org tak faham sunnah
mereka kata , itu zaman dulu


zaman sekarang dah lain, dunia telah berubah

tuan2 kene faham

apakah yg tuan2 faham

apakah usaha tuan2 yg berhasil, yg dpt islah umat ini


hakikat nya, tuan2 hanya membangunkan usaha zahir,
tp rohani umat tak meningkat pun



dunia nampak makin sibuk, makin hari , masa makin pendek
( keberkatan dlm masa telah Allah SWT ambik)



umat tak dpt dtg pada agama

betul ke usaha tuan2


apa usaha tuan2 yg paling berjaya kaedah nya utk islah umat ini?


jawapan nya tiada!





hanya sanya dgn cara Nabi SAW sahaja, umat ini dpt di islahkan


dlm setiap cara Nabi SAW, bawa kejayaan pada kita dunia dan akhirat




walaupun skrg ada pisau cukur, tp kita tetap tak boleh cukur janggut
kerana Nabi SAW tak wat mcm tu



(potong janggut bila dah lebih segenggam tangan sahaja-sunnah potong janggut)





zaman dulu pakai kayu sugi
walau sekarang ada colgate


tp kita kene tetap pakai kayu sugi

kerana itu amalan Rasulullah SAW,

dlm stiap amalan baginda SAW, ada kejayaan Insya Allah




kita kene meyakini sunnah Nabi SAW

bukan sbb ada alternatif


cara yahudi, cara nasrani , langsung xde kejayaan


xleh bagi faedah dunia dan akhirat


tuan2 kene bagi masa, wat keje ini

Insya Allah, mdh2an tuan2 akan faham


selagi tuan2 tak keluar, Allah xkan bagi faham kat tuan2





Lihat bagaimana Nabi SAW islah umat baginda , kaum jahiliyah itu
dari seburuk2 umat  , kepada sebaik2 umat






cara yang sama, seperti Nabi2 a.s terdahulu jugak buat


iaitu jumpa manusia, bertentang mata, bgtau manusia , kejayaan mereka hanya dalam mentaati
perintah Allah, dlm mentaati perintah Agama.




mereka tidak buat forum, seminar, bentang kertas kerja sana - sini, modul itu, modul ini.




kalau lah cara tersebut berkesan


maka Allah Ta'ala akan beri cara tersebut pada Nabi SAW



sbb Nabi SAW itu kekasih Allah


( tidak di jadikan 7 petala langit, dan 7 petala bumi, kalau tidak kerana Nur Muhammad SAW )



Baginda SAW begitu mulia

dan Allah SWT beri Baginda SAW, method dakwah yg sama


cara utk islah umat ini


hanya lah dgn jumpa manusia, ajak mereka kepada Allah


"katakanlah ( wahai muhammad ) , inilah jalanku, ( mengajak manusia kepada Allah )
dengan basirah, aku dan pengikutku" - firman Allah.




tuan2 tak yakin , dgn cara Nabi SAW bawa kejayaan .




tuan2 kene kuar jalan Allah

lapang 3 hari atau 2hari tiap2 bulan, keluar di jalan Allah




muzakarah dgn kwn2 yg ahli dalam usaha ini

mintak pndapat mereka , apa yg anda ragu ttg usaha  ini


dlm surah yassin, Allah Ta'ala bgtau


"ikutilah mereka, yg tidak meminta upah daripada kamu"


hari ni , org jumpa kita
minta duit, minta sokongan


ini semua , mengajak kepada kebatilan
mengajak kepada makhluk



kita dihantar ke muka bumi
bukan utk bina negara


bukan kerana bngsa


tp kita dihantar adalah utk


menyempurnakan agama dalam diri kita
dan diri setiap umat, smpai hari kiamat


kita adalah satu umat


umat Nabi SAW


bertanggungjawab atas setiap umat ini




bgaimana agama yg sempurna dpt mereka, dan kita amalkan , smpai hari kiamat , Insya Allah.





utk itu semua sedia , Insya Allah






"Kejayaan Manusia, Hanya Dalam Agama. Sejauh Mana Dapat Taat Perintah Allah, Dan Hidup Ikut Cara Nabi SAW" Insya Allah.

0 ulasan: