Usaha Dakwah Cara Rasulullah SAW

Rabu, 30 Disember 2009

Assalamualaikum

Nahmaduhu Wanu Solli Ala Rosullihil Karim, Amma ba'du



Tuan2 Yang Mulia
Kejayaan Manusia, Allah letakkan Hanya sanya dalam Agama Allah Ta'ala sahaja
Sejauh mana dapat taat perintah Allah,
dan mengikuti Sunnah Baginda Nabi SAW.



Untuk hadirkan umat ini pada agama yang sempurna (cara Nabi SAW)
tidak lain , hanya lah cara bagaimana Nabi SAW islah umat baginda ketika dahulu.


Nabi SAW dihantar pada satu kaum, yang mana kaum rom dan parsi pada ketika itu pun
tak mahu jajah tanah arab jahiliyyah, kerana akhlak orang arab jahiliyyah yang amat teruk

mereka berjudi dengan mempertaruhkan perempuan hamil,
mereka minum arak dalam tengkorak manusia
dan macam2 keburukan lagi



hari ni pun ada orang buang bayi hidup2


hal ini terjadi , kerana umat telah tinggalkan agama
tak amal agama



kerana apa umat tak amal agama,
kerana "usaha untuk ingat memperingati" tidak dibuat



"Berilah peringatan, sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orang mukmin"




Kita mengetahui umat terdahulu (sahabat2 r.a) telah berjaya,

mereka bukan saja berjaya dengan bawa agama yang sempurna

malah Allah SWT telah redha akan kehidupan mereka tersebut


kehidupan mereka di dunia, Allah SWT redha.




Sahabat r.a bgtau : "Kami dengar dan kami taat"



Dikatakan satu orang kafir datang nak berjumpa Rasulullah SAW


maka mereka tengok keadaan orang islam ketika itu sama sahaja semuanya



baik dari segi pakaian dan gerak geri



maka org kafir tadi telah confuse




mana satu Nabi SAW.






Sahabat R.A ikut Sunnah Nabi SAW secara 100%




dan kerana mereka mengikut secara 100% lah, Allah SWT sangat suka pada mereka
dan Allah bagi kejayaan pada mereka , dunia dan akhirat Alhamdulillah





kerana Nabi SAW adalah kekasih Allah
maka sesiapa yang mengikuti Nabi SAw juga
akan turut di cintai oleh Allah SWT Insya Allah.





Sahabat r.a ikut sunnah Nabi SAW, maka mereka berjaya



Bagaimana ketika satu utusan perang yang dihantar oleh Saidina Umar r.a
jemaah perang tersebut berperang, tapi tak menang, tak kalah



maka dua orang wakil telah di hantar oleh saidina Umar r.a untuk cek apa kah yang terjadi pada tentera islam tersebut



kalau ikut logik akal orang sekarang, tentu akan cek, senjata ke yang kurang,
atau bantuan perubatan diperlukan





tp wakil tersebut telah cek



"Apa sunnah Nabi SaW yang telah mereka tinggalkan"


mereka solat saf tidak lurus, dan mereka tidak mengamalkan bersugi



bila amal ni , di amalkan balik oleh tentera perang islam tersebut


maka mereka telah menang Alhamdulillah





Kejayaan hanya dalam agama
sejauh mana taat perintah Allah

ikut cara Nabi SAW Insya Allah




yakin dengan amal cara Nabi SAW akan bagi manfaat pada kita
dunia dan akhirat Insya Allah



dalam sunnah ada kejayaan

luar dari sunnah , xde kejayaan.





cara yahudi, cara nasoro, nampak moden , nampak canggih

tapi sebenarnya bawak kegagalan, dunia dan akhirat

cara mereka xde manfaat

xde pandangan Rahmat Allah





hari ni kita kene meyakini Sunnah Nabi SAW 100%
sesungguhnya setiap amalan yang Allah SWT beri pada baginda SAw
Adalah cara yang terbaik sekali.



sebab Baginda SAW adalah "kekasih Allah"

maka setiap amal yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Baginda SAW
adalah amalan yang terbaik sekali. "No Offence" .




hari ni, bukanlah dunia telah berubah. Tetapi hanyasanya orang2 islam tidak mengamalkan cara Kehidupan Nabi SAW.
mereka telah banyak mengamalkan cara yahudi, cara nasoro.


sehingga utk mengamalkan sunnah terasa berat
terasa janggal.

kerana suasana kafir dalam org islam semakin banyak.




kita kena amalkan cara Nabi SAW sahaja dalam kehidupan kita
kita tidak perlu lagi nak tengok2 , mcm mana orang yahudi/nasoro buat sesuatu perkara.




semua masalah dalam umat ini, Nabi SAw telah tunjuk cara penyelesaiannya

kita sepatutnya mengikuti hanya sunnah Nabi SAW sahaja


tak perlu ikut2 cara lain


kita dah ada cara kita sendiri, Insya Allah.







Agama mula bergerak dalam umat jahiliyyah dulu
dengan dakwah Nabi SAw


satu persatu Nabi SAw jumpa, dan ajak mereka beriman kepada Allah SWT


ucaplah LA ILA HA ILLA ALLAH, Nescaya kamu berjaya.






dan satu lagi yang ulama' kita bgtau, yang mana hari ni orang tak tau, adalah "usaha atas iman"


Sahabat2 r.a usaha atas iman, mereka muzakarahkan tentang iman

muzakarah cakap kebesaran Allah



satu sahabat r.a jumpa sahabat r.a yang lain, salah sorang berkata "mari kita beriman sebentar"




di suatu hari Nabi SAW kata "bagaimana iman kamu hari ini?"



kita selalu tanya, "sihat ke hari ni?"





dalam masjid Nabawi Di zaman Nabi SAW, adanya halaqah2 iman
halaqah cakap kebesaran Allah






dalam Al Quran menyebut "Wahai orang beriman, berimanlah kamu"



Hadis :

Rasulullah SAW bersabda kepada sahabat r.a :"Perbaharuilah iman kamu", bagaimana Ya Rasulullah? -tanya sahabat,
dengan banyak menyebut LA ILA HA ILLA ALLAH - Jawab baginda SAW




Ulama' kita kata, kita kene muzakarahkan kalimah LA ILA HA ILLA ALLAH.



Maksudnya, kena cter2kan ttg kebesaran Allah, keagungan Allah
bukan cterkan ttg kebesaran dunia/makhluk

tapi ceritakan tentang kebesaran Allah

Allah yang menjadikan

Allah yang menciptakan


seluruh makhluk xde kuasa

yang berkuasa hanya Allah SWT



muzakarah iman perlu dibuat

bila mana muzakarah iman dibuat, maka iman akan meningkat

dan kita mudah datang pada amal Insya Allah.



hari ni kita doa mintak iman
tapi usaha atas iman tak dibuat


bukan dengan berzikir sahaja

tapi menceritakan mafhum kalimah,


Allah SWT yang berkuasa , mahkluk xde kuasa



cter kat anak bini, kawan2, ceritakan Allah SWT sahaja yang berkuasa, mahkluk xde kuasa


ceritakan bahawa Allah lah yang wat segala2nya Insya Allah



dengan ini, barulah iman kita akan meningkat, yakin kita betul pada Allah Insya Allah.





"Kejayaan Manusia, Hanya Dalam Agama. Sejauh Mana Dapat Taat Perintah Allah, Dan Hidup Ikut Cara Nabi SAW" Insya Allah.

0 ulasan: