ADAB MENDENGAR AZAN

Rabu, 3 Februari 2010

ADAB MENDENGAR AZAN

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud :   'Hendaklah Kamu mendiamkan diri
ketika azan, jika tidak Allah Akan kelukan lidahnya ketika maut
menghampirinya.'
  Ini jelas menunjukkan,
Kita disarankan agar mendiamkan Diri, jangan berkata apa-apa pun semasa
azan Berkumandang.  Sebagai orang beragama Islam Kita wajib Menghormati
azan - Banyak fadhilatnya.

Jika lagu Kebangsaan Kita diajar agar berdiri tegak Dan diamkan Diri.

Mengapa ketika azan Kita tidak boleh mendiamkan diri?  Lantas sesiapa yang
berkata-kata ketika azan, Allah Akan kelukan lidahnya ketika nazak.  Kita
takut dengan Kelunyalidah Kita
semasa ajal hampir tiba maka Kita Tidak dapat mengucap kalimah
'Lailahaillallah. .' yang
Mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika Nyawanya akan
dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan Syurga  untuk mereka.  Dari itu
marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya
lidah ini tidak kelu semasa nyawa
kita sedang dicabut.

'Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi
mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .' semasa
sakaratul maut menghampiri kami..
Amin... amin.. amin Yarobbala'lamin. .'




"Kejayaan Manusia, Hanya Dalam Agama. Sejauh Mana Dapat Taat Perintah Allah, Dan Hidup Ikut Cara Nabi SAW" Insya Allah.


http://blogkarkun.blogspot.com


www.hainur.com

0 ulasan: