Yahudi & Dajjal

Khamis, 26 Jun 2008

Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin
atau apa jua makhluk lain selain ia sebagai manusia yg ditangguhkan
ajalnya "Minal Munzharin" seperti halnya Nabi Isa as yg di angkat
oleh Allah swt ke atas langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga
beliau nantinya turun semula ke atas muka bumi ini lalu beliau akan
mati dan di kuburkan di Madinah Al Munawwarah. Sama juga halnya dgn
Iblis yg di tangguhkan kematiannya sehingga kiamat nanti.
Dajjal; ayahnya seorang yg tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti Paruh
burung. Sedangkan Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak
dagingnya.

Menurut Imam Al Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal
keturunan bapanya ialah seorang Dukun Yahudi yg di kenali
dgn "syaqq" manakala ibunya adalah dari bangsa Jin. Ia hidup di
zaman Nabi Sulaiman as dan mempunyai hubungan dengan makhluk² halus.
Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap dan dimasukkan ke
dalam penjara. Walau bagaimanapun kelahiran dan kehidupan masa kecil
tidak diketahui dgn jelas.

Sifat² Badannya: Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah

bersabda: Dajjal ialah orang yang buta matanya sebelah kiri, lebat

(panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga dan Neraka. Nerakanya
itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka (Hadis Sahih
Muslim)

Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yg disebutkan dalam Hadis²
Rasulullah saw, diantaranya: Seorang yg kelihatannya masih muda;
Berbadan Besar dan agak kemerah-merahan; Rambutnya kerinting dan
tebal. Kelihatan dari belakang seolah-olah dahan kayu yg rimbun.

Dan tandanya yg paling ketara sekali ada dua: Pertama: Buta mata
kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yg kecut,manakala mata
kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-kelip laksana
bintang. Jadi kedua-dua matanya adalah cacat. Kedua: Tertulis
didahinya tulisan "Kafir (Kaf-Fa-Ra)". Tulisan ini dapat dibaca oleh
setiap org Islam, sama ada ia pandai membaca atau tidak.

Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma
dalam diri Dajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum
itu, kedua-dua tanda yg terakhir ini belum ada pada dirinya.

Tempat Tinggalnya Sekarang:

Menurut riwayat yg sahih yg disebutkan dlm kitab "Shahih Muslim",
bahawa Dajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di
sebuah pulau dan ditunggu oleh seekor binatang yg bernama "Al-
Jassasah". Terdapat hadis mengenainya.. (tetapi terlalu panjang utk
ditulis.. anda boleh membaca terus dari buku). Daripada Hadis ini
jelaslah bagi kita bahawa Dajjal itu telah ada dan ia menunggu masa
yg diizinkan oleh Allah swt utk keluar menjelajah permukaan bumi ini
dan tempat "transitnya" itu ialah di sebelah Timur bukan di Barat.

Berapa lama ia akan hidup setelah kemunculannya: Dajjal akan hidup
setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini, selama empat puluh
hari sahaja.

Namun begitu, hari pertamanya adalah sama dgn setahun dan hari kedua
sama dengan sebulan dan ketiga sama dengan satu minggu dan hari-hari
baki lagi sama seperti hari-hari biasa. Jadi keseluruhan masa Dajjal
membuat fitnah dan kerosakan itu ialah 14 bulan dan 14 hari.

Dalam Hadis riwayat Muslim ada disebutkan: Kami bertanya: "Wahai
Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di muka bumi ini? Nabi
saw,

menjawab: Ia akan tinggal selama empat puluh hari. Hari yg pertama
seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan hari ketiga
seperti seminggu. Kemudian hari² yg masih tinggal lagi (iaitu 37
hari) adalah sama seperti hari² kamu yg biasa. Lalu kami bertanya
lagi: Wahai Rasulullah saw!

Di hari yg panjang seperti setahun itu, apakah cukup bagi kami hanya
sembahyang sehari sahaja (iaitu 5 waktu sahaja). Nabi saw menjawab:
Tidak cukup. Kamu mesti mengira hari itu dgn menentukan kadar yg
bersesuaian bagi setiap sembahyang.."

Maksud Sabdaan Rasulullah saw, ini ialah supaya kita mengira jam yg
berlalu pada hari itu. Bukan mengikut perjalanan matahari seperti
biasanya kita lakukan. Misalnya sudah berlalu tujuh jam selepas
sembahyang Subuh pada hari itu maka masuklah waktu sembahyang Zohor,
maka hendaklah kita sembahyang Zohor, dan apabila ia telah berlalu
selepas sembahyang Zohor itu tiga jam setengah misalnya, maka
masuklah waktu Asar, maka wajib kita sembahyang Asar Begitulah
seterusnya waktu Sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh seterusnya
hingga habis hari yg panjang itu sama panjangnya dgn masa satu tahun
dan bilangan sembahyang pun pada sehari itu sebanyak bilangan
sembahyang setahun yg kita lakukan. Begitu juga pada hari Kedua dan
ketiga.

Fitnah Dajjal:

Dajjal telah diberi peluang oleh Allah swt utk menguji umat ini.
Oleh kerana itu, Allah memberikan kepadanya beberapa kemampuan yg
luar biasa. Di antara kemampuan Dajjal ialah:

1. Segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya. Benda-benda
beku akan mematuhinya.Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam akan
diuji dahulu oleh Allah dgn kemarau panjang selama 3 tahun berturut-
turut. Pada tahun pertama hujan akan kurang sepertiga dari biasa dan
pada tahun kedua akan kurang 2/3 dari biasa dan tahun ketiga hujan
tidak akan turun langsung.

Umat akan dilanda kebuluran dan kekeringan. Di saat itu Dajjal akan
muncul membawa ujian. Maka daerah mana yg percaya Dajjal itu Tuhan,
ia akan berkata pada awan: Hujanlah kamu di daerah ini! Lalu hujan
pun turunlah dan bumi menjadi subur. Begitu juga ekonomi,
perdagangan akan menjadi makmur dan stabil pada org² yg bersekutu
dgn Dajjal. Manakala penduduk yg tidak mahu bersukutu dgn
Dajjal..mereka akan tetap berada dlm kebuluran dan kesusahan. Dan
ada diriwayatkan penyokong Dajjal akan memiliki segunung roti
(makanan) sedangkan org² yg tidak percaya dengannya berada dalam
kelaparan dan kebuluran.

Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah s.a.w. bertanya: "Jadi apa
yg dimakan oleh org Islam yg beriman pada hari itu wahai
Rasulullah?"

Nabi menjawab: "Mereka akan merasa kenyang dengan
bertahlil,bertakbir, bertasbih dan bertaubat. Jadi zikir-zikir itu
yang akan menggantikan makanan." H.R Ibnu Majah

2. Ada bersamanya seumpamanya Syurga dan Neraka: Di antara ujian
Dajjal ialah kelihatan bersama dengannya seumpama syurga dan neraka
dan juga sungai air dan sungai api. Dajjal akan menggunakan kedua-
duanya ini untuk menguji iman org Islam kerana hakikat yg benar
adalah sebalik dari apa yg kelihatan. Apa yg dikatakan Syurga itu
sebenarnya Neraka dan apa yg dikatakannya Neraka itu adalah Syurga.

3. Kepantasan perjalanan dan Negeri-Negeri yang tidak dapat
dimasukinya:

Kepantasan yg dimaksudkan ini tidak ada pada kenderaan org² dahulu.
Kalau hari ini maka bolehlah kita mengatakan kepantasan itu seperti
kepantasan jet-jet tempur yg digunakan oleh tentera udara atau lebih
pantas lagi daripada kenderaan tersebut sehinggakan beribu-ribu
kilometer dapat ditempuh dalam satu jam "... Kami bertanya: Wahai
Rasulullah! Bagaimana kepantasan perjalanannya di atas muka bumi
ini?

Nabi menjawab: "Kepantasan perjalanannya adalah seperti
kepantasan "Al Ghaist" (hujan atau awan) yang dipukul oleh angin
yang kencang." H.R Muslim

Namun demikian, Dajjal tetap tidak dapat memasuki dua Bandar suci
umat Islam iaitu Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah.

4. Bantuan Syaitan-Syaitan untuk memperkukuhkan kedudukannya:
Syaitan² juga akan bertungkus-lumus membantu Dajjal. Bagi syaitan,
inilah masa yg terbaik utk menyesatkan lebih ramai lagi anak cucu
Adam a.s.

CARA UTK SELAMAT DARI FITNAHNYA:

Rasulullah s.a.w. juga telah meninggalkan kepada kita beberapa cara
yg perlu diikuti supaya kita dapat selamat dari fitnah Dajjal ini.
Cara-cara itu ialah:

Pertama: Memahami bahawa Dajjal itu adalah pendusta dan pembohong
serta mempunyai beberapa kelemahan yg ketara sekali. Diantaranya
ialah buta mata sebelah kiri. Seandainya ia sebagai tuhan, sudah
tentu ia dapat menghindarkan cacat cela yg jelas dapat dilihat di
mukanya itu. Dajjal takut kalau ada orang yg sempat memperhatikan
kekurangannya ini. Oleh kerana itu apabila ia selesai memfitnah org
di suatu tempat, ia akan segera beredar dari situ. Ia takut ada
orang yang meneliti keaiban dan kekurangannya ini.

Kedua: Tertulis didahinya perkataan "Kafir" yang bererti ia adalah
seorang kafir, di mana tulisan ini akan dapat dibaca oleh setiap
Muslim, sama ada dia pandai membaca atau tidak. Jadi orang Islam
tidak perlu terpedaya dgn godaannya. Apakah lagi nak mengatakan dia
sebagai tuhan.

Ketiga: Menghindarkan diri daripadanya, sama ada pergi ke Makkah
atau Madinah atau duduk di rumah dan jgn bergaul langsung dgn
masyarakat yg telah tergoda oleh fitnah Dajjal dan hendaklah ia
menghalang golongan perempuan dari keluar rumah kerana kebanyakan
pengikut Dajjal ini dari kalangan orang yang jahil tentang Islam dan
golongan perempuan.

Keempat: Membaca sepuluh ayat pertama (atau yg terakhir) dari surah
Al-Kahfi seperti yg disebutkan dalam hadis Rasulullah saw: "... .
Sesiapa yg hafal sepuluh ayat dari ayat awal surah Al-Kahfi, ia akan
terpelihara dari godaan Dajjal dan dalam riwayat lain, siapa yg
hafal sepuluh ayat yg terakhir daripadanya.." (Hadis Sahih Muslim)

"Sejak Allah s.w.t. menciptakan Nabi Adam a.s. sampai ke hari kiamat
nanti tidak ada satu ujian pun yg lebih dahsyat daripada Dajjal" H.R
Muslim.

Fitnah Dajjal atau ujian Dajjal ini akan mudah meragut keimanan
seseorang.

Oleh itu maka janganlah ada di kalangan ummat Islam ini yg
berkata: "Saya tak apa, saya dapat melawan Dajjal" Jangan sekali-
kali berkata demikian kerana sgt sedikit org yg dapat mempertahankan
keimanan ketika berhadapan dgn Dajjal. Oleh itu Rasulullah s.a.w.
telah mengajar kita supaya berlindung dengan Allah s.w.t. dari
godaan Dajjal, seperti yg di ajarkan oleh Baginda dlm doa tahiyyat
akhir yg sunat doa itu kita baca setiap kali kita sembahyang. Ini
menunjukkan betapa besarnya fitnah Dajjal tersebut "Ya Allah aku
berlindung dgn engkau daripada siksa api neraka Jahanam dan dari
siksa kubur dan dari ujian dlm kehidupan dan ujian setelah mati dan
juga aku berlindung dgn Engkau daripada kejahatan Al Masih Dajjal.."
H.R Muslim

0 ulasan: