BAGAIMANA SAYA MENDAPAT HIDAYAH

Isnin, 4 Januari 2010

BAGAIMANA SAYA MENDAPAT HIDAYAH



Nahmaduhu Wanu Solli Ala Rosulihil Karim, Amma Ba'du



Nama Saya Mohd Hainur Hapis.
Asalnya saya dapat usaha ini di uitm shah alam pada 2003

iaitu penggal kedua pada tahun 2003



Sebelum tu aku stress, dan frustrated sangat dengan ex-kekasih hati aku
(skang dia dah kawen pun, huhu)



Dalam tempoh jiwa tengah down tu
abg aku push aku utk solat berjemaah di masjid
(kat kampung aku)




sbb aku biasa solat fardhu kt rumah je
masa tu



then abg aku train aku utk solat fardhu berjemaah di masjid



then masuk sem baru seterusnya
aku pun mula la meneruskan sembahyang berjemaah di surau kolej perindu, uitm





then, adalah jemaah karkun wat usaha
kadang aku dengar dorang punya bayan
aku rasa tenang Alhamdulillah


sbb masa tu jiwa aku parah skt
rasa lemah semangat

aku perlu semangat rohani masuk dalam jiwa aku




then lama2 bersama dengan program jemaah kt surau tu



then satu masa mereka nak keluar 2 hari (nisab student)

then aku pun tak berat hati nak g


pertama kali keluar jalan Allah di Batu 3 shah alam
sebuah surau atas bukit
dekat dengan kilang gula CSR tu
jalan nak g puchong atau nak mik highway ELITE
kat batu 3 shah alam Alhamdulillah





walau macam mana pun, roommate aku dpt tau aku wat usaha tabligh
mereka bising, mereka marah2


mereka ckp org tabligh beramal tak betul dan lain2



aku pun turun smgt skt

tp jemaah student kt kolej tu tetap ikram aku


kdg dorang ajak aku makan sama
kadang duduk dalam mesyuarat harian dorang



dan aku pun ada g markas wat pertama kali


masa sampai sana aku mcm terkejut skt
putih je smua


semua tawaduk je Alhamdulillah
tekun beribadah Alhamdulillah



pesan pkck yang bwk aku ke markas tu
masa balik, "jangan serik g markas ye"




mgkn tu asbab aku istiqamah dalam usaha ni sampai sekarang Alhamdulillah



banyak asbab la



walau mcm mana pun, aku masih tak istiqamah lagi wat usaha

then masa nak lanjutkan 2 sem terakhir, aku kene berpindah kolej
ke kolej luar dari main campus


masa tu dalam otak aku
mcm dapat satu idea
aku nak wat usaha sungguh2 bila da smpai kolej tu


(sbb aku tahu usaha dakwah kt kolej tu kuat)



sampai je kolej (kolej jati) tu

aku solat isyak berjemaah dulu

Then Allah mudahkan urusan





aku jumpa satu karkun membe lama
dia taskil aku duduk bilik dia Alhamdulillah
dua sem terakhir tersebut,

aku duk ngn dia sebilik



dia pun banyak hikmah
banyak ikram Alhamdulillah


nama pun hafiz jugak
sama mcm aku





Alhamdulillah la,
karkun student kt kolej tu ramai
josh2 pulak tu





aku pun "masyuk" wat usaha Alhamdulillah
mereka pun ikram aku baik Alhamdulillah





masa kita org nak abis blaja, sebanyak 14 karkun student
keluar 4 bulan dari uitm shah alam (2005)


kebanyakan nya dari kolej tersebut




Alhamdulillah



masa tu pada tahun 2005






Aku tak dapat kuar 4 bulan bersama mereka
sbb tafakut tak membenarkan aku keluar




Syura mintak aku keluar 40 Hari dulu



walau mcm mana pun


tak lama lps tu (semasa member2 aku tu tgh keluar 4bulan IPB - India, Pakistan, Bangladesh)






Aku mimpi bertemu Maulana Saad
masa tu kami mcm dalam satu bilik
yang agak gelap




aku nmpk beberapa ulama kita duduk secara bersebelahan di dpn aku


tp yang tengah je aku nmpk mukanya

iaitu Maulana Saad, (muka dia mcm budak2 skt)



Maulana Saad ceritakan aku satu kisah ini (sebagai tamsilan)



"8 Orang Karkun naik kapal terbang , 3 dari padanya orang Melayu,
 5 lagi Orang Putih,
 Bila Kapal itu lalu kat kawasan awan putih, suhu dalam kapal menjadi sejuk

5 orang putih itu mati, tinggal 3 orang melayu itu yang hidup


Lalu Maulana Berkata "Kamu Kene Buat Usaha Dakwah Atas Orang Melayu!"



Lalu Maulana Berkata lagi "Soal Rezeki, Kamu Kene Bergantung Harap Pada Khazanah Allah"



Demikian Nasihat Maulana Saad dalam mimpi aku Alhamdulillah.


Semoga Saya Mendapat Hidayah Insya Allah

Mudah2an Allah SWT beri hidayah kita semua Insya Allah




Tuan2 bolehlah ceritakan mcm mana tuan2 dapat hidayah
di blog tuan2.


Nnt Setiap Update Di Blog Tuan2, Insya Allah kita akan dapat tau
(dengan tajuknya sekali) di blog :


'GERBANG UTAMA BLOG RAKAN SEUSAHA SELURUH DUNIA INSYA ALLAH' (http://blogkarkun.blogspot.com)




Mdh2an dapat amal dan sampaikan Insya Allah


P/s: baru abis dengar rakaman bayan Maulana Indonesia di seri ptlg, bayan subuh 20.12.2009
dari sumbangan abg azhar jaafar Alhamdulillah  (http://azharjaafar313.blogspot.com)


Jazaka Allah khir


Tuan2 jadikanlah Usaha ni maksud hidup Tuan2 Insya Allah



Assalamualaikum






"Kejayaan Manusia, Hanya Dalam Agama. Sejauh Mana Dapat Taat Perintah Allah, Dan Hidup Ikut Cara Nabi SAW" Insya Allah.

4 ulasan:

Ahmad Al-Hadi berkata...

Tuan punya spiritual memang tinggi la.... sampai ada mimpi mimpi...

Nanti saya akan cuba catat pengalaman saya dapat usaha.....

QuLMinD berkata...

bila baca artikel mcm ni rasa iman ni lemah lg...perlu kuatkan semangat rohani/dalaman dulu mcm ni.buat tahajjud banyak.insyallah akan terasa hubungan dgn Allah.

Tanpa Nama berkata...

Porn from social networks
erotic lines pc erotic games sex erotic adult movie
http://condoms.erolove.in/?exclusive.anahi

Zul Fattah berkata...

alhamdulillah. allah masih pilih tuan.. doakan sy tuan.. iman sy lemah skrg ini