KARKUZARI

Jumaat, 4 Julai 2008

LAPORAN USAHA (KARKUZARI)
JEMAAH MALAYSIA (KUANTAN)
YANG KELUAR DI ARGENTINA

( SALAH SEORANG AHLI JEMAAH (ROSLI YUSUF) ADALAH PERNAH MENJADI AMIR DALAM JEMAAH SAYA
SEMASA SAYA KELUAR DI KEMAMAN DULU ( 2005 : 40HARI ) ALHAMDULILLAH


Assalamualaikum.

Untuk makluman saudara-saudaraku semua. (Karkuzari Jem. Kuantan Ke Argentina)

Di bawah ialah karkuzari jemaah Kuantan yg bergerak di Argentina untuk difikir atas
takaza agama yg dperlukan di sana.

Assalamualaikum whbt
Menemui Rakan-rakan seusaha semuga sibuk dengan usaha agama.

Sambungan dari lapuran terdahulu:
Jemaah kami telah buat usaha di Cordoba selama sebelas hari. Dapat jumpa ramai org
tempatan keturunan Arab eg Syria, lubnan, Mesir dan ada yg suami Islam ttp suami Katolk
dan sebaliknya dan anak-anak tiada ugama. Kami guna seorg tempatan sbg rahaba dan
jurubahasa yg berbayar. Kadang2 kami pecah jemaah utk buat kerja ditempat yg jauh naik
bas / teksi 2 hingga 3 jam perjalanan. Disini ada gap / pemisahan antara org Islam
convert dan org Islam keturunan Arab. Masjid hanya hidup seminggu sekali iaitu solat
jumaat.

Selepas Cordoba kami bergerak ke Mendoza pada 8/06/04 bersama2 seorang muallaf yg
sambung keluar bersama sama kami. Semasa di Cordoba lapuran dr org tempatan kami kena
tinggal di hotel kerana masjid tak dibenarkan iktikaf. Berkat tawajjuh tuan-tuan,
alhamdulillah kami dapat iktikaf di masjid dgn bayaran US 20.00 sehari. Disini satu org
fikirman telah bawa kami utk khususi dan ziarah org2 Islam. Disini masjid juga tiada
amalan kecuali hari Jumaat dan pada hari Sabtu ada kelas fardhu ain utk kanak-kanak.

Pada 13/06 kami pergi ke Santiago, Chile utk renew visa sebab visa awal kami dapat
adalah 30 hari shj. Di Santiago hanya ada satu Masjid shj dan disini adalah juga markaz.
Solah lima waktu hidup dan 5 amal jem masjid. Semasa disini kami pergi ziarah ke
kedutaaan Malaysia dan beberapa khususi. Dengan mesyuarat syura Chile dan Jem 4B Madras,
kami telah ditashkil selama 8 hari ke Linares (300 km dr Santiago). Disana kami buat
usaha utk hidupkan amal masjid disamping ziarah & khususi org Islam. Alhamdullillah
disini seorang telah masuk islam. Disini kami juga diziarahi oleh pelajar2 yang berminat
nak tahu lebih lanjut ttg Islam. Taklim dan gyast pertama mula dihidupkan.

Selepas tangguh dr linares, diSantiago kami jumpa jem Madras yg berbaki 10 hari dan juga
Jem Sri langka yg baru tiba. Pada 30/06 kami masuk semula ke Argentina merentasi
banjaran Andes sejauh 360 km dan bersolah jamak zohor/asar di sempadan dan dapat visa
baru 30 hari lagi.

Selama 4 hari di Mendoza, kami telah hantar 3 org bersama seorg karkun tempatan buat
usaha di San Rafeal (4 jam perjalanan). Ini adalah kali pertama jemaah dakwah (samada
tempatan atau luar) sampai. Sempat jumpa 5 keluarga Islam semuanya keturunan Arab tetapi
malangnya langsung dah tiada apa-apa amal agama. Mereka terharu dan sangat suka ada org
Islam datang ziarah. Tiada masjid / mussala disana tetapi ada orang tempatan disini yg
akan sediakan rumah mereka untuk Jemaah akan datang. InsyaAllah karkun Tempatan berserta
Fikirmen Chile akan ambil tanggungjawab ini.

Selepas Mendoza, pada 5/07 kami telah sampai di Rosario untuk beberapa hari disini untuk
kerja-kerja follow-up. Selepas Rosario kami akan ke Bandar Santa Fe, Mar de Plata dan
akhir sekali di Buenos Aires sebelum tangguh ke KL pada awal Ogos.

Insyalaah kami disini berusaha untuk hidupkan amal-amal masjid dan taklim rumah. Kami
juga tashkil supaya mereka dapat istiqamah dgn 3 hari bulanan. Kami mohon doa Tuan-tuan
dan semuga dapat sediakan lebih banyak lagi jemaah-jemaah untuk keseluruh alam. Umat
disini sangat-sangat dahagakan hidayah dan mereka berharap lebih banyak jemaah datang.
Semuga usaha kita di Kabuli sentiasa ---- wassalam.

Yusuf Daud
M. Zameri
Rosli Yusuf
Zainuddin Othman
Hafizi Ahamd
M. Azman Lazim
A.Rahman Dollah
Ramli Ahamd.

0 ulasan: