PESANAN DARIPADA TIGA WALI ALLAH

Khamis, 3 Julai 2008

PESANAN DARIPADA TIGA WALI ALLAH

Hassan Al Basri berkata:
Kambing itu lebih sedar daripada manusia kerana menurut kata gembalanya. Tetapi manusia tidak taat kepada perintah Allah s.w.t. dalam menurut saja kehendak iblis. Kawan2 yang jahat merosakkan orang yang berjalan menuju Allah. Barang siapa yang cintakan emas dan perak akan dihinakan oleh Allah s.w.t.
Orang yang menggali asas dasar kedunia ini dan di situ membina bangunan akhirat adalah orang yang bijak.

Al Syibli pula berkata:
Waktu yang sekarang kamu berada ini adalah lebih berharga daripada seribu tahun yang lalu dan seribu tahun yang akan datang.
Orang yang tidur satu jam di waktu malam dengan melupakan Allah s.w.t. adalah tertinggal kebelakang sebanyak seribu tahun dalam perlumbaan kerohanian.
Apa yang ditakdirkan untuk mu pasti kamu dapat walaupun seribu halangan.

Abu Muhammad Royam pula berpesan:
Allah s.w.t. berfirman bahawa Dia menjadikan manusia untuk menghambakan diri kepadaNya, bukan tujuan lain.
Semakin kaya orang itu semakin jauh ia daripada Allah s.w.t.
Ketika berseorangan, menangislah sambil berdoa kepada Allah s.w.t. agar hati menjadi bersih.

Dipetik dari buku Cerita serta Doa dari Hadith & Al-Quran.



0 ulasan: