Keluar Di Jalan Allah Insya Allah

Khamis, 7 Januari 2010

Nahmaduhu Wanusolli Ala Rosulihil Karim , Amma Ba'du


Tuan2 yang  mulia
kejayaan manusia
hanya sanya dalam agama

sejauh mana kita dapat taat perintah Allah
Ikut cara Nabi SAW Insya Allah


Harta yang paling bernilai di dunia ini
adalah iman dan amal


dan perkara yang boleh bagi manfaat dalam kubur, masyar

hanyalah iman, dan amal


untuk itu kita kene usahakan atas iman dan amal kita Insya Allah


bawak mati jumpa Allah, bawak iman dan amal yang sempurna Insya Allah


Iman sebesar zarah, Allah Taala bagi syurga seluas 10 kali dunia


tp mati tak bawak iman

bau syurga pun tak dapat


untuk usaha atas iman

kita kene ckp kebesaran Allah lagi dan lagi

jumpa manusia ckp kebesaran Allah

dengan itu kebesaran Allah akan masuk dalam hati


rasa kebesaran Allah masuk dalam hati

mudah menunaikan perintah2 Allah Insya Allah




bila tak cakap kebesaran Allah

maka kebesaran dunia / makhluk masuk dalam hati


maka manusia akan yakin dengan makhluk

dan inilah syirik umat ini


meyakini selain dari Allah

boleh bagi manfaat , boleh bagi mudarat



maka untuk dapat hakikat iman, syahadah kita yang sempurna


sebagaimana yang terkandung dalam kalimah tersebut

"penafian makhluk, hanya sanya Allah saja yang berkuasa,

bagi manfaat, bagi mudarat"


untuk itu , kita kene cakap, perbincangkan dgn kawan2


akan kebesaran Allah


jumpa manusia, ckp kebesaran Allah


Allah yang bagi mulia, Allah yang bagi berjaya

makhluk xde kuasa, xleh bagi manfaat , xleh bagi mudarat



Rasulullah SAW berdabda :

"Wahai sahabatku, perbaharuilah iman kamu", bagaimana Ya Rasulullah?- Tanya Sahabat,
 Dengan banyak menyebut LA ILA HA ILLA ALLAH."- Jawab Rasulullah SAW.


Sahabat R.A bertemu Sahabat R.A yang lain

mereka muzakarah iman, muzakarahkan kebesaran Allah



mereka cerita kebesaran Alllah


"Katakanlah, smua datang dari Allah"



suasana cakap kebesaran Allah

memang di amalkan oleh sahabat

di pasar2 mereka juga ada suasana agama



hari ni, kita tak buat dakwah

maka suasana dunia masuk dalam masjid



untuk itu lah, dakwah perlu di buat

supaya umat kembali pada agama

cara Nabi SAW Insya Allah.



"Berilah peringatan, sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang mukmin"


"Serulah manusia ke jalan Tuhan Mu dengan hikmah dan kasih sayang"






"Sampaikan dari ku walau satu ayat"



Untuk itu kita kene bergerak jumpa manusia

sampaikan agama yang sempurna pada manusia


inilah kejayaan umat ini Insya Allah


dengan cara Nabi SAW sahaja

umat ini dapat di islah kan Insya Allah


sedia untuk keluar 3hari

dan hadir di masjid seri petaling KL


untuk sambut takazah agama Insya Allah



Sahabat2 R.A juga ada keluar 3hari, 40hari, 4 bulan, dan lama lagi

dalil nya ada di   http://blogkarkun.blogspot.com


( menu kiri - bawah )


Keluar lah, bagi masa untuk agama

3hari sahaja tiap2 bulan

tak rugi Insya Allah


para wanita,

serulah suami2 anda keluar di jalan Allah

Insya Allah bermanfaat.


untuk itu semua sedia Insya Allah.


Korban utk agama, dapat agama

Korban utk dunia, dapat dunia.


"Kejayaan Manusia, Hanya Dalam Agama. Sejauh Mana Dapat Taat Perintah Allah, Dan Hidup Ikut Cara Nabi SAW" Insya Allah.